HARAP MAKLUM ........

#########################################

Buat pembaca yang mahu meninggalkan komen, sila pastikan anda meninggalkan link blog anda dalam kotak komen DIQCUSS.


Terima kasih diatas sokongan anda....

kawie2020 team.

Gurauan di malam Pertama

Photobucket
Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini. Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.

"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu. "Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut PakTam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.

Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ketepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku."Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku hanya mengangguk tanda setuju. Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.

Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum!" ke telinganya untuk menguji isteriku.

"Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...

"Kringggggg...."

"Tik..tik..tik..tik..."

"Kring.. kring..kring.."

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku.Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.

Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi... Selamat Pengantin Baru, Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim. Ikhlas dari : loloq, wak, apam, boprak, kawie (bacc99/00 -uitm).

Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah.Baru jer nak Intro, blum baca doa lagik..huhuhuhu.... dengki la diorang kat aku sebab dah kawin...

Nota kaki bucuk : Inila gurauan kiteorg kt member kite yg br berkawin...

12 comments :: Gurauan di malam Pertama

  1. ada juga macam tu ya..

  2. kalo camtu aku kawen nnti xyah bgi adiah la eh..haha

  3. hahaha...
    idea ak tuk kenakan ko nanti bile ko kawen
    wakakaa

  4. nasib baik belum start
    kalau dalam proses lagi ler potong stim

    wakakaka

  5. idea bez nh nk knekan abg aku.ahahahahaha

  6. smpai 5 jam ek..msti dia bg tuk solat 5 wktu...klu kes ni jd kt aku..aku baling je jam2 tu kt dlm semak...k la bro

  7. huh...kejam tahap dewa...hehe

    re...yes...rempuh is the right word...:-)

  8. [ijad] ade cam tu bro..hehehe...

    [imheppie] makacih..selamat poket aku..hehheheh..

    [azza] aku dah tahu da taktik ko..hehehe...

    [fattChinChoy] sebab tu set pukul 2 am.. kalau set pukul 4.00am..tentu lg haru kan..hahahaha..

    [ringo]jgn kate aku ajar ko plak yer..hehehe...

    [unrestmind] kalau ko kawen aku antar 5 bungkus adiah yg semuanye jam berbunyi kul 3am.. biar ko buang semua adih tu..hahaha...

    [patung cendana] kejam? x aih.. jenaka malam pertama jer.. sekali je dalam perkahwinan...

  9. ohhh...
    air tersangkut...
    hehehe...

  10. knape bunyi serentak...kalau betul-betul nak kenakan bagila 7 biji jam loceng dari pukul 1pagi sampai 7 pagi....ada je gangguan...tu baru betul-betul terkena..tak gitu....he3

  11. wakaka,.. siot je,.,.
    mmg potong stim,..
    aku dh dpt pngajaran,..
    kalu dpt hadiah kawen tu, toksah letak lam bilik pengantin,.. br selamat,..
    haa,.. amacam,.. wakaka..

  12. takpe..masih ada sambungannya..malam masih muda.