HARAP MAKLUM ........

#########################################

Buat pembaca yang mahu meninggalkan komen, sila pastikan anda meninggalkan link blog anda dalam kotak komen DIQCUSS.


Terima kasih diatas sokongan anda....

kawie2020 team.

Lelaki Yang Seksi...

27 comments
Adalah dinasihatkan bahawa en3 kali ini hanya khusus untuk lelaki sahaja. Perempuan tidak sesuai untuk membaca en3 kali ini kerana ia mempunyai unsur2 yang tidak sepatutnya dengan jiwa perempuan/wanita. Bagi yang degil dan mahu teruskan membaca dengan alasan untuk menambah pengetahuan tentang lelaki, saya tidak bertanggungjawab diatas segala persepsi kaum hawa terhadap golongan adam ini.

Diulangi, kaum perempuan tidak dibenarkan membaca en3 ni khususnya perempuan yang belum berkahwin, janda, solo, bujang, yang duduk jauh dari ibubapa/warisnya dan yang sewaktu dengannya.

Saya juga menegaskan bahawa saya tidak bertanggungjawab diatas kewujudan unsur syahwat dikalangan perempuan/wanita selepas membaca en3 ini

**********

Sesuai untuk LELAKI yang dah berkeluarga mahupun yang masih solo.......
Ini adalah petua orang tua2 yg diceduk dari kitab Tajul Muluk khas untuk LELAKI.

Ewah ewah ewah... korang suka betul kalau bab-bab nak tahanlama nie, ya?


Kat bawah nie ada petua untuk 'tahan lama'. grrrrr.
Cartoon Boy Pictures, Images and Photos














KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.
Gunakan sebelah pada 31 December 2009. Dan sebelah lagi pada 1 January 2010. Wah...tahan sampai 2 tahun kan ?

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama,
Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Kalau untuk lebih 'tahan lama',
Bayar le zakat utk barang kemas tu atau pakai saja. Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat. Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa...

PAKAIAN.
Nak tahan lama,
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama2 sangat. Elak guna washing mach. Jangan jemur bawah mentari terik. Elak guna bleach. Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER...
BAJU SENDIRI SIMPAN.

KERETA
Nak tahan lama.
Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. Jangan bagi angin masuk. Jangan bagi abuk masuk. Jangan bagi wap air masuk. Bayar loan bulan2 sampai abis loan. Gerenti tahan lama.

KENYANG
Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan - baca bismillallah dan doa
Akhir makan - doa dan ucap alhamdullillah. ..

UMUR
Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi bazirkan duit saja, kalau duit tak ada, banyakkan lagi masalah).

ROKOK
Rokok nak tahan lama?
Jangan hisapplah... ...!!!!, letak atas meja dan pandang saja.
P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang...sendiri mau ingat
hahaaa....

TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam
Rajin-rajinlah tidur siang.

HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan,
Jujur dan ikhlas je!!!!

Last word:
SELAMAT BERTAHAN LAMA...
...............sentiasa terbuka dan rasional.

HAHAHAHAHAHAHAHA..... Duc Laugh Pictures, Images and Photos jgn ingat yang tu jer...


kalau betul-betul nak tahan lama klik sini
http://www.lelakiperkasa.com

Waktu Sekolah Dulu Dulu

33 comments
school sucks! Pictures, Images and Photos
Waktu aku bersekolah dulu, aku cukup takut dengan teacher dan sir. bukannya ape..aku cukup lemah dalam bahasa inggeris nih. Tambahan pulak aku dok pikir2 kan aku memang dapat Sir atau teacher muka yg garang gilaaa... tu yg menyebabkan aku teramatlah takutnya. Aku ingat lagi, aku paling kecut kalau disuruh membaca buku teks bahasda inggeris..

**********

Ni kisah aku time kat sekolah rendah dulu (Nama sekolah x di rahsiakan kerana aku bangga study kt sekolah tu dulu.. S.K Tunjang ), nak di jadikan cerita selepas rehat my english teacher (Yang garang lagi bengis itu) masuk la ke kelas, So nak di jadikan cerita adala budak dalam kelas aku tu nak pergi ke toilet. Kalau baru lepas rehat susahlah nak minta keluar ke tandas coz Sir akan tanya balik kenape x pergi toilet waktu rehat tadi.. Dia tanya plak dalam english.. nak jawap balik dalam english tuu yg susah tuuu....

Dia: Sir, may i go to the toilet?

Dengan mata terbeliak macam setan hilang anak dia menjawab.

Sir: No!!!

Dengan perasaan hampa budak tu duduk di tempatnya semula, teacher pun terus mengajar, tiba-tiba kami semua ada bau something yang kurang menyenangkan, lepas itu budak yang mintak pergi ke toilet tadi meraung menangis tiba-tiba.

Rupa-rupanya dia berak dalam seluar dia, t*** dia da meleleh kat hujung kaki seluar, yela cirit la katakan.. hahahaha.. tu la penangan dapat Sir garang... takut gila baban beb...

**********
5 Reaons Why I Didn't Do My Homework Pictures, Images and Photos
Waktu aku kt Sekolah menengah pulak, takutnya pada teacher atau Sir tidak berkurangan sedikit pon walaupon umor dah meningkat... Aku dapat Sir yg memang garang mengalahkan raksasa serta merangkap guru displin. Mukanya memang bengis, kepalanya botak... kalau dia masuk kelas, kitaorg akan masukkan tangan dalam laci meja sekolah. kalau tangan atas meja, n tangan kita dok main pen ker, terangkat sikit coz nak pas buku ker, Sir aku ni akan mengganggap kita mengangkat tangan untuk membaca ataupun menjawab soalan... jadi jalan paling selamat tangan diletakkan dalam meja.. kepala mesti tunduk dan masing2 akan menggunakan hikmat mengecilkan badan sekecil yg boleh supaya nama kita x dipanggil....

tapi aku selamat sikit coz aku selalu dipanggil sir untuk memicit kepalanya yg botak tu... selalunya dia akan menyuruh kawan2 aku, yg sempat dia panggil nama untuk membaca buku teks sambil menikmati kepalanya diurut oleh aku.. jadi confirmla aku x kene bc buku kuat2 dalam kelas..hahahaha...

**********
Ketika aku tamat pengajian peringkat diploma, aku bercadang untuk menyambung pelajaran keperingkat tertinggi. Pada waktu itu aku amat menyangjungi Tun Dr Mahathir. Tun DrM ni memangla menggalakkan org melayu cekap berbahasa inggeris. so aku rasa aku perlulah memajukan bahasa inggeris.. Kerana itu aku memilih Universiti Teknologi MARA. Memang aku menghadapi maslah di Uitm. BI aku hancus giler dan aku dimasukkan kedalam kelas pemulihan English. Lebih parah lagi, oleh kerana aku ni budak Accounting, kebanyakan lecturer Uitm ni adalah foreigner dari Sri Lanka, India, Australia, New Zeland, yg sememangnya x tahu berbahasa Melayu. Nak x nak kena la comunicate dlm BI. Nasib baik aku masuk kelas pemulihan BI yg byk menolong aku sehingga kini.

Dalam kelas pemulihan BI ni, penyakit takut aku masih x hilang lagi... semangat membara tapi aku cukup takut kt lecturer BI aku nih.. satu klas cukup takut pd lecturer BI kerana kegarangannya yang melampau walaupun dia bukanlah "lecturer yang terlampau...".

Nak dijadikan cite ari tu dia nak sume student dlm klas bercakap dlm BI (speakinglah tu..), pas2 sorang2 dia tanya... mengeletarlah juga kepala lutut dan segala kepala yang kami ade.

Smpai giliran kat kawan aku ni... dia pun tanya soalan yg aku pun dah x berapa ingat (lupalah..) tp member aku yang tengah control macho+ ayu ni diam je. Geram punya pasal.. lecturer aku dengan nada lantang pun berkata.. (adik bradik menjerit lah..) " Hei, open your mouth!"... maka member aku dengan slambanya mengangakan mulutnya seluas2 nya... hahahahaha.. gamat la bilik kuliah tu smpi lecturer aku pon tumpang gelak sama...

**********

lepas grad, kenela cari keje... cousin aku nih blajor kt universiti tempatan (bukan uitm) dan memang la gabra kalau ditanya dalam bi. tapi dia juga pandai kontrol.Daud sedang di interview di sebuah syarikat :

Pegawai : Nama saudara siapa ?

Daud : "Daud..."

Pegawai : "Cuba ceritakan tentang keluarga saudara !!...

Daud : "Saya 2 beradik.. adik saya masih belajar di Kampung.. Orang Tua saya tinggal di Perak.. Nenek dan Datok saya dari belah ayah tinggal di Perlis... Nenek dan Datuk dari belah Ibu pula tinggal di Johor.. Bapak saudara dan mak saudara semua tinggal di Melaka..

Pegawai : "Apakan saudara boleh berbahasa ingeris ?

Daud : "Yes .. sir ... "

Pegawai : "now tell me about your family in English !!... "

Daud : "Sorry sir .. i don't have family in English ... they're all living in Malaysia"



Boleh x korg bygkan... ahaks....

Nota kaki bucuk: betul le BI ni penting, cobela blajor betul2.. dah 11 tahun belajar BI (sek rendah + sek men), asasnya sudah ader cuma perlu gilapkan jer...

Bila nak dapat jodoh?

21 comments


Pengalaman yang ingin aku kongsikan disini..

Hari itu adalah hari kebanggaan mama dan abah. Aku berjaya untuk melanjutkan pelajaran keperingkat sarjana muda disebuah universiti terkemuka di tanah air. Mama dan abah siap buat kenduri kesyukuran dikampung kerana kejayaan aku itu. aku pun rasa syok la jugak. Pada hari pendaftaran di universiti, mama n abah juga turut bersama aku pergi ke universiti tersebut. setelah pendaftaran, aku, mama n abah pergi mencari rumah sewa yg berdekatan dengan kampus aku. Setelah semuanya selesai, tibalah masa untuk mama n abah untuk berangkat pulang kekampung.

Mama: Nanti belajaq betui2 tau... bagi dapat markah yg tinggi, nanti senang dapat kerja yang baik2... lagi satu jgn lupa cari kawan perempuan kt sini, senang sikit, mama tak payah cari jodoh kat hang dah... cari yg sopan santun, pandai dan lawa...

Aku: isk..x mau la cr girlfriend kt sini. cheq malu la mama... kalau belajaq tu insyaallah cheq boleh tp nak cari girlfriend nih susah la...

Abah: Apa nak susah.. cari la pelan2(perlahan-lahan).. kan banyak masa lagi..(sambil tersenyum)

**********
Bila tamat pengajian, ekonomi menjadi gawat dan susah aku untuk mencari pekerjaan. Jadi aku dapat sambung belajar buat Sarjana. Pada saat itu, bila aku balik kampung ja, aku menjadi rimas dengan permintaan mama.

Mama: Hang ni dah ada girlpren ka?

Aku: X da lagi la mama...

Mama: awat hg x cari? hg x mau kawen ka? mama kira nak buat kenduri kawen kt hg nih..

Aku: Nantila mama, biaq habih mengaji dulu.. ni keja x dapat lg macam mana nak bela anak dara org nih...

Mama: entah2 hg ni gay kot.. apa la umor dah panjang girlpren pon x da lagi...

Aku: (terkejut aku dgr kata mamaku... Bukannya aku x mau kawen tapi aku ni cukup malu ngan pompuan, bila jumpa ngan awek ja, mesti kerketaq2 punya. Satu lagi aku bukan gay naa... cuma penyakit kus kus aku ni menjadi2 dgn aweks)

**********

Kini aku sudah bekerja setelah tamat pengajian. Tetapi bila aku balik kampung ja, soalan2 cepu mas selalu sgt menerjah minda aku. Kali ini, mama dapat sokongan pakcik makcik aku, adik beradik aku, sepupu sepapat aku, bahkan anak sedara aku pon asyik dok kenakan aku pasal blom berkawen lagi....

Mama: Betoi ka hg xda kawan lagi nih... mama nak kawenkan hg ngan anak dara 1 kampung kita nih...

Pakcik aku: betoi..betoi tu.. nanti bila raya x gaduh nak kelahi dah nak balik kampung sapa..

Aku: Sapa dia mama?

Mama: bukan org jauh pon.. anak dara 1 kampung kita laa...

Aku: isk..isk.. mama x tau ka... mana boleh kawen 1 kampung.. Majlis agama dah keluaq fatwa dah.. x boleh kawen 1 kampung...

Mama: Hg jgn nak mengarut... mana ada fatwa macam tu... jgn2 hg dok ikut Ayah Pin kot

Aku: Dak(tak) aih.. betuiiii... Majlis agama baru keluar fatwa x bagi kawen 1 kampung..

Mama: Macam mana majlis agama boleh mengeluarkn fatwa HARAM menikahi gadis 1 kampung nih???

Aku: "bagaimana tidak HARAM,,,sedangkan kawin 4 pun da ramai,,inikan pula 1 kampung..." hahahahaha....

Mama: ooooo... nak buat loyar buruk pulak budak bertuah nih naa....

nota kaki bucuk: aku x tau dah nak bg alasan apa pulak bila balik kampung nanti... Hgpa boleh rekemenkan gadis kat aku x? hehehehe...

Kemalasan tahap Gaban

20 comments
Lazy Student Cartoon Pictures, Images and Photos
Minggu ini cukup memboringkan.. tekak ku rasa pahit, sakit dan pedih... itu adalah petanda bahawa aku sudah demam. aku malas nak berbuat apa sahaja. hanya melepak sambil menonton tv sahaja yg mampu aku buat. Hanya disaat2 ini aku teringat ketika aku masih kecil dulu. kenangan kecil ketika aku masih dikampung.
********
Adik :mama.. adik rasa x sihat ler... adik sakit tekak...

lalu mama merasa dahi adik dengan menggunakan tangannya.

mama : dahi adik hangat la.. adik demam ni.. pi tido kat depan nanti mama bawa koctal ya..
********
seronoknya dapat layanan mama waktu kecil2 dulu terutamanya bila demam. walaupun susah, tapi mama akan cuba untuk memenuhi permintaan aku. waktu demam aku paling suka makan sardin. waktu tu aku percaya sardin bleh menyembuhkan demam ku itu. kini barulah ku sedar betapa jahilnya aku dulu tapi sekarang ni kalau aku makan sardin mama, aku mesti sembuhkan.. hehehehe.... (ayat aku malas nak masak sardin)
********
Aku memang malas. bila x sihat ni kemalasan aku turut menjadi jadi. duduk kt rumah org bujang nih xde sape nk layan kite sgt. xbleh nak mengada2 sgt. aku tahu kalau aku buat manja2 kt rumah sewa aku ni, confirmla dapat penerajang ala gaban oleh housemate aku nih. Gilo gape nak manja2 ngan budak jantan... x de lor... Disaat aku malas + keciwa ini, aku nak paparkan kisah tentang orang malas ni untuk menghiburkan hati aku yg lara dan sesiapa saja yg seperasaan seperti aku nih.....
********
Tersebutlah kisah disebuah negeri yang bernama Negeri Rajin....Penduduk di negeri ini tesangat-sangat terkenal dengan sikap yang tersangatlah rajin..asal sebut je rajin, mesti teringat orang kt negeri ni..dan sehinggalah pada suatu hari, raja di negeri ini ingin membuat pertandingan yang digelar pertandingan " orang paling malas".

Tujuan raja ni buat pertandingan sebab dia nak cari orang yang paling malas kat negeri tu sebab banyak sangat orang yang rajin.,dan sehinggalah pada suatu hari di hari pertandingan tersebut datanglah begitu ramai orang yang ingin menyertai dan ingin melihat pertandingan tersebut....datanglah seorang pemuda pertama menghadap raja itu.....

pemuda1: ampun tuanku..patik rasa di negeri ini patiklah yang paling malas,,,....

raja: kenapa kamu berkata demikian?

pemuda1:kalau tuanku nak tahu,saya nak makan pun orang yang suapkan...

penduduk negeri: wahhhhhhh........

raja : tanpa membuang masa lagi, patik mengishtiharkan,,,,pemuda ini adalah PEMENANG.........

pemuda2 :tunggu....

raja :kamu ni kenapa???

pemuda2 : saya rasa, sayalah yang lebih layak untuk memenangi paertandingan ini...

raja : kenapa pula???

pemuda2 : kalau tuanku nak tahu,,saya nak makan pun kena orang yang tolong kunyahkan

penduduk negeri : Huhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....

raja : tanpa segan silu,patik mengishtiharkan bahawa...pemuda yang kedua inilah PEMENANGNYA.....

pemuda3 : tunggu................................

raja : kamu ni, kenapa pula nak menyibuk????

pemuda3 : saya bukan nak menyibuk tuanku...tapi,saya rasa sayalah yang paling malas, tuanku...

raja : cuba cerita apa yang kamu malas....

pemuda3 : saya nak cerita pun malas......

raja : .....................................

Nota kaki bucuk: Pernahkah korang rasa seperti aku nih?
********

Ujang....

22 comments
Photobucket
Aku masih ingat lagi sejak sekolah rendah lagi aku memang minat baca majalah jenaka seperti gila-gila. Bila aku disekolah menengah, telah muncul satu majalah baru yang jadi popular kerana cerita cerita kartun yang best seperti aku budak hostel, lawak antarabangsa dan sbagainya. Majalah itu dikenali sebagai majalah Ujang. tapi bila aku mula sambung belajar buat diploma, aku amat meminati komik-komik seperti alam perwira, pedang setiawan, dewataraya dan yg sejenis dengannya. aku menjadi begitu kemaruk dgn komik2 ni sehingga tamat sarjana. Bila aku memasuki alam pekerjaan, minat itu sudah kurang. tidak semua majalah dan komik yg aku minat dibeli cuma ada beberapa yang masih aku follow. sekarang aku meminati komik2 yg berkisar tentang sejarah, negarawan seperti 'Romance of 3 kingdom' 'Shih Hwang Di' 'king solomon' Hercules dan sebagainya. Sehingga kini aku masih lagi menyimpan koleksi majalah2 yg aku beli sejak dulu hinggalah skrg nih.
********
Ketika aku belajar di universiti dulu, sudah pastinya aku bertemu dan berkenalan dengan ramai kawan2 yang datang dari pelbagai negeri di malaysia. ada yg dari utara, selatan, pantai barat dan negeri tempat aku belajar. pergaulan dengan kawan2 ini secara tak langsung kita dapat mengenali budaya, makanan, bahasa dari negeri2 di malaysia ini. adakalanya kita mengutuk kutuk member2 kita ini dan banyak masanya ada kejadian2 lucu yg timbul akibat perbezaan ini. Semua ini menjadikan hidup aku diwarnai dengan pelbagai warna dan ia cukup indah bila dikenangkan kembali. apatah lagi awek kita pula berasal dari negeri yg x sama dengan kita.
********
Kali ini aku x nak bercerita pasai percintaan. walaupon ia adalah topik yg popular dikalangan bloggers. Aku nak sentuh sikit tentang perbezaan dikalangan kita. Perbezaan ini mungkin menjadikan kita bertekak, bergaduh dan bermasam muka. Tetapi aku melihat perbezaan ini juga boleh merapatkan hubungan sesama manusia. Dan aku pula x nak bercerita tentang perbezaan fahaman politik kerana ia seperti tiada kesudahan dan ia bukanlah topik yg best dikalangan kawan2 bloggers aku. Kisah dibawah adalah kisah benar yang benar2 terjadi di universiti tempat aku belajar dulu...
********
Abu nih org Trengganu, manakala Amer ni org Kedah. Tinggal satu bilik..katil double decker.. Amer kat atas.. Abu kat bawah. Amer ni suker baca majalah dan komik.. si Abu lak suka pinjam.. belinya tidak. So, Amer ader sedikit bengang ler kat Abu ni. Kekadang.. majalah yg baru beli dan tak sempat nak baca lagi pun Abu dah kebas baca dulu.. bila kasi balik dah lasam dah.. tension Amer.

One day, Amer balik dari outing dan beli majalah UJANG. Siap cover tak kasi Abu ni nampak. Lepas basuh baju, kemas sedikit sebanyak dan siapkan homework.. dia pun nak rilek ler kat atas katil. Majalah UJANG bawah tilam pun dia bawa keluar. Elok jer dia baring.. baru buka mukasurat pertama.. Abu kat bawah dia bersuara..

” Amer.. nok ujang..”

“Nanti la jap.. aku baru jer nak baca..” jawab lembut jer Amer.

“Ameer.. nok ujang tu” Abu tak putus asa.

” Nanti la dulu.. bagi la aku baca dulu.. nanti abih aku bagi kat hang laa!” panas sikit Amer.

“Amer ! Nok ujang !! ” Suara Abu sedikit keras.

“Hang ni dah melampau.. kalau nak beli sendiri la.. apa.. hang ingat aku beli UJANG ni dengan duit bapak hang ka??”

Amer dah naik angin.. siap turun dari katil dia dah.

“Laaa.. aku kata tu.. haghi nok ujang tu.. mung basuh kaing.. kekgi basoh..” kecut jer Abu jawab..

Drummmmmm.. hujan pun turun dgn lebat.. Baju Amer kat ampaian pun basah kembali.

Nota kaki bucuk: Fahami loghat roomate anda hahahaha… dan perbezaan itu melucukan...

Bukit Putus

17 comments
bukit putus

Dulu boleh dikatakan setiap tahun aku akan pulang ke Rompin, Pahang. Kebiasaannya aku pulang dengan menaiki kereta. Dari kedah ke rompin memakan masa selama 12 jam. Aku selalu drive keta melalui highway utara selatan dan aku akan keluar ikut tol senawang, n9. Aku akan mengikut arah signboard ke Kuala Pilah. Dari tol senawang ke kuala pilah, aku akan menyusuri Bukit Putus. Jalannya agak berliku dan selekohnya berbelit dan bahaya. Selalu terjadinya kemalangan maut dan ngeri tambahan pula lori dan bas turut melalui jalan di bukit putus itu. apabila tiba disimpang kula pilah, sebelah kanan akan ke kuala pilah dan sebelah kiri akan ke Muadzam, bahau, felda kratong, akan boleh menembusi ke rompin. Perjalanannya jauh dan sunyi... kalau memandu diwaktu malam, lebih baik jangan berhenti kalau ada yg menhan keta kite... Bagi yangbiasa menggunakan jalan ini, mereka faham keadaan jalan dan suasana di bukit putus.


....................................................................................

Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.

Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…

” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…

Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…

Dia pun beranikan diri dan bertanya…

”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”
” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu
”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”
tanya lelaki tu lagi.
”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”
” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”
” Ehh takkan sampai seram… ”






“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”

Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya.

nota kaki bucuk: hahahahahahaha......

Mengarut....

14 comments
Tiga lelaki, seorang ahli falsafah.. seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap atas kesalahan mengendap itik buat projek...

Lalu hakim berkata.. "kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku.. kalau aku dapat menjawab.. kamu akan ditahan di penjara.. tapi kalau aku tidak dapat menjawab... kamu akan dibebaskan.."

Ahli Falsafah mula berkata.. "Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates.. Jika Yang Arif berjaya membawanya.. saya rela dihukum...".

Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan. . lalu buku itu di berikan kepada ahli falsafah untuk di sahkan... "Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif..." Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan. ..

Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan.. . "Cuba jawab 1253*254-45557+ (5454*25451) dalam masa 5 saat..". Sambil menekan kalkulator dengan pantas.. Hakim memberikan jawapannya.. dan ternyata tepat.. Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan. .

Giliran terakhir pergi kepada pelawak.. "Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya!". kata si pelawak.. Apabila kerusi disediakan.. pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan kentut yang kuat.. Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim.. "Yang Ariff.. dari lubang mana kentut saya tadi keluar?" Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat dibawah punggung si pelawak tadi.. hakim berkata... "Kentut mu keluar dari lobang yang ketiga dari sebelah kanan ini..".

"Salah!!!" Sebenarnya kentut saya dari lubang punggungku ini !!!".

Pelawak itu kemudian dibebaskan..

kisah temuduga

9 comments
job interview Pictures, Images and Photos
Ada seorang CEO sebuah syarikat terkenal di KL mahu menemuduga 4 orang calon yang telah melepas 3 peringkat interview yg telah diadakan oleh syarikatnya. Kempat-empat calon ini telah mencatatkan markah tertinggi. Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice). Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata “Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini ” “Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?” tanya CEO tersebut. Calon pertama berkata ” FIKIRAN , kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari” “Bagus , satu jawapan yang baik ” kata CEO tadi. ” Kamu pula ? “tanyanya kepada calon kedua. “KELIP MATA , kerana tanpa kita sedari , sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip ” jawab calon kedua. “Satu jawapan yang sangat baik , lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan ” kata CEO itu. ” Bagaimana kamu pula?” tanya CEO kepada calon ketiga. “Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas” jawab calon ketiga. “Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?” CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi. ” Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT ” jawab calon keempat dengan yakin sekali. “Haaa…? CIRIT-BIRIT ? Kamu ni tak serius langsung, macam mana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni ?” CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi. “Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah…………..” Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan………….. Hehehehehhe…………………

Harimau...

12 comments

Pada suatu hari seorang lelaki yang agak berumur bernama Abu merayau-merayau dari satu kedai ke satu kedai. Tujuannya adalah untuk mencari kerja.
Tetapi agak malang kerana disebabkan umurnya yang agak tua, dan waktu tu ekonomi sedang meleset, tidak ada satu tempat pun yang menawarkan kerja untuknya.

Maka Pak Abu yang malang tersebut pulang kerumah menemui isterinya dengan hampa. Isterinya memujuk dan memberi semangat supaya suaminya mencuba lagi tanpa merasa putus asa. Disebabkan terlalu penat suaminya terus melelapkan mata.

Esok paginya, si suami bangun awal-awal pagi, terus keluar rumah untuk mencuba nasib sekali lagi, manalah tahu, kalau kalau hari ni boleh dapat kerja fikirnya. Tetapi ceritanya serupa saja, tak ada siapa yang mahu memberinya kerja.

Walau macamana pun Pak Abu masih tak putus asa, hari seterusnya dia masih lagi pergi dari satu tempat kesatu tempat untuk bertanyakan kerja kosong. Setelah puas mencari tetapi gagal, Pak Abu mengubah taktik dan meminta kerja ditempat lain. Dia pun terus pergi ke zoo.

Pak Abu: Sini ada kerja kosong ke?

Penjaga Zoo: Mana ada kerja kosong sini pakcik.

Pak Abu: Tolonglah dapatkan pakcik apa-apa kerja, pakcik ni orang susah.

Penjaga Zoo: Ginilah pakcik, kalau pakcik nak sangat kerja, sini ada satu kerja, disebabkan banyak sangat binatang disini mati pasal tak cukup makan, nak tak pakcik pakai sarung monyet dan berlakun jadik monyet, tapi kena duduk dalam kandang lah.

Pak Abu: Berapa upahnya?

Penjaga Zoo: Tak berapa mahal pakcik, sehari RM15 je.

Pak Abu: Baiklah nak, daripada tak ada kerja, jadik monyet, monyet lah, janji dapat duit. Asalkan pakcik boleh makan anak beranak.

Penjaga Zoo: Kalau macam tu esok pepagi pakcik kena datang, dekat sini ada sarung monyek, dan pakcik masuk kandang no4, tau!

Pak Abu: Baiklah nak.

Penjaga Zoo: Tapi pakcik kena datang sebelum pukul 7 tau, jangan sampai orang ramai datang dulu dari pakcik.

Pak Abu: Baik nak.

Keesokkan harinya, pagi-pagi lagi dengan penuh semangat Pak Abu pun pergi ke Zoo tersebut. Penjaga zoo telah pun bersedia menunggunya dan memberikan pakaian monyet pada Pak Abu. Inilah hari pertama Pak Abu bekerja sebagai pelakon. Bukan main semangat dia lagi.

Dengan penuh ceria Pak Abu mengenakan pakaian monyet lalu masuk kekandang no 4. Ceria sungguh, lompat sana , lompat sini, bergayut sana , bergayut sini. Tak lama kemudian orang ramai mula berkunjung ke zoo tersebut, lagilah bermangat Pak Abu, lagi galak dia melompat, lagi pun bukannya orang tahu siapa dalam sarong tersebut, apa nak dimalukan fikirnya.

Berjam-jam Pak Abu melompat kesana kemari tanpa mengenal penat, maklumlah hari pertama kerja. Kadang-kadang Pak Abu tersasul jugak, bersalam pada orang yang datang kekandangnya. Tiba-tiba satu tragedi yang sangat menyayat hati telah berlaku. Tragedi yang amat sedih dan telah memasukkan nama Pak Abu di muka akhbar. Berita yang amat menggemparkan.

Pak Abu terlalu galak melompat, terlajak dan termasuk ke kandang harimau. Harimau tersebut merupakan harimau siberia jantan, dan lebih malang pula harimau tersebut sudah beberapa hari tidak makan. Makanan yang selalu diberikan adalah daging lembu sebanyak lima kilo sehari. Harimau itu sangat lapar. Ia merenung tepat ke arah Pak Abu yang memakai topeng monyet itu.

Pak Abu bergegas bangun untuk melompat semula kekandang asalnya. Tetapi kakinya kaku seolah olah tidak bertenaga. Dia cuba berdiri tetapi jatuh semula, mungkin terkena badi harimau agaknya. Harimau mula memandang tepat kearah Pak Abu, kaki hadapannya mengais ngais kebelakang, sambil mengaum, ia menunjukkan gigi taringnya yang tajam dan berkilat,

Pak Abu menggigil dan terkencing. Mula dia terbayang, begini rupa kesudahan hidupnya, diratah harimau pada hari pertama ia bekerja. Wajah isteri mula terbayang, bagaimana nanti fikirnya, bila isterinya mengambil jasadnya yang mungkin tidak sempurna lagi, koyak sana , koyak sini, robek sana , robek sini, mungkin keseluruhannya berlumuran darah.

Pak Abu lemah tidak bermaya. Harimau setapak demi setapak maju untuk menerkam Pak Abu. Sesekali ia menunjukkan taringnya lagi. Kepalanya mula tunduk tanda bersedia untuk menerkam, punggungnya mula terjungkit naik ke atas, ekornya mula bergoyang goyang, kaki hadapannya mula diluruskan kedepan, kaki belakang mula memasang kuda-kuda.

Pak Abu hanya mengigil dan menangis sahaja, tiada daya seorang tua untuk melawan. Ketika ini nasibnya diserah bulat-bulat kepada Tuhan. Harimau itu mula memasang kuda-kuda untuk menerkam, tiba-tiba, sesuatu yang ajaib telah berlaku, harimau itu boleh bersuara, boleh bercakap, katanya "Janganlah takut Pakcik, saya pun macam pakcik jugak, pakai sarung harimau, cari makan pakcik!."

Bulat mata Pak Abu bila mendengar kata-kata harimau itu.. "La.. orang jugak ke..."

Nota kaki bucuk: saje je nk buat saspen..hehehehe...

Menantu Ku....

6 comments

"Mamat ini amatlah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah tersebut bolehlah tahan cunnya. Mamat ini pun tak kalah kacaknya. Ngorat punya ngorat, tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon depan Pak Haji Dollah. Dia bukan main warak lagi, berkopiah di kepala.

Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka semuanya berjalan dengan lancar. Malam itu agak lewat sedikit keluarga Haji Dollah masuk tidur kerana sibuk berkemas rumah selepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugalah masuk tidur. Agak terganggulah juga kemanisan malam pertamanya itu.

Selepas semuanya selesai barulah dia orang tidur. Ketika sedang nyenyak tidur, Pak Haji Dollah mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bang! un mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, maklumlah malam pertama, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah.

Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah, dia asyik berbaring dek kerana penat, membetulkan urat-urat yang lenguh semalam.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya itu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam, Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi,

"Hai, Mat... kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat jawab, "Eh, ya ke tiga rakaat? Rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi."

"Masya Allah..," mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Rupanya si Mamat ini tak pernah sembahyang Subuh. Dia tak tahu yang solat subuh tu dua rakaat

Nota kaki bucuk: kalau nak kawen tu, persiapkanlah diri dgn ilmu agama.. jgn tunjuk pandai x bertempat..hahahaha....

Ibu Mertua Ku

11 comments
sexy old lady
Alkisah ada seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga-tiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma putrinya saja.

Dia lalu memutuskan untuk menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu bermotor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu dan terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa berfikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya.

Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livina terparkir di depan rumah, dan sehelai kertas bertulis “Dari ibu mertuamu”.

Giliran menantu kedua pula yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh dan terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian dan dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta.

Besoknya di depan rumah menantu kedua melihat terparkir Toyota Alphard, disertai sehelai kertas tercatat tulisan, “Dari ibu mertuamu”

Ketika giliran menantu ketiga diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air.

Seraya dia berkata, “Rasakan kau!”, sambil berputar membawa perahunya ke darat. Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, “Dari ayah mertuamu”.

nota kaki bucuk: berbaik2lah dgn mak mertua... kalau x nak baik kawen jer ngan anak yatim. hehehehe...

Berat Badan Ideal?

16 comments
Photobucket

Ada sepasang suami isteri pergi keklinik untuk pemeriksaan kesihatan. Dan seperti kebanyakan pasangan suami isteri, selalunya si suami akan menjadi lebih gemuk sikit berbanding waktu bujang dahulu. Hati senang katekan..

Setelah dipanggil, maka pasangan suami isteri ini pun masuklah ke bilik doktor untuk pemeriksaan.

Doktor : Encik mempunyai berat barat yg berlebihan kalau dibandingkan dengan ketinggian encik. emm.. Encik perlu kurangkan makan dan bersenam untuk mengurangi berat badan. kalau ikut berat badan ideal, encik perlu kurangkan 10 kg..

Suami : Baiklah doktor, saya akan cuba berdiet dan bersenam.

Doktor : Baguslah. saya gembira dengan semangat encik. emmm... untuk puan pulak... puan mengalami kurang berat badan, tapi tak lah begitu serius. kalau ikut berat badan ideal, puan harus menambah lagi 250gram.

Secara spontan siisteri menoleh dan berkata pada sisuami..:

haaahhh.. abang dengar sendirikan apa doktor cakap. lepas ni jom kita ke Habib Jewel. Abang belikan saya rantai emas ataupun gelang tangan emas seberat 250gram. Nanti berat badan saya menjadi ideal la....

Nota kaki bucuk: 1. Untuk istri2, gadis2, aweks2... bleh gune taktik ni nk minta brg kemas dr suami/balak/bf.. jgn minta kt aku udah ler..hehehehe...

Pengajaran moral: pilihla awek/isteri/gadis gemuk atau berisi, confirm diaorg xleh gune taktik ni lagi...hehehehe...

Ringan Vs Berat

11 comments
Seorang calon untuk suatu jawatan pegawai tidak sampai seminit tiba-tiba keluar dari bilik temu duga. Rakan-rakan yang berada di luar pun bertanya, “Eh!!!Cepatnya ngko keluar? Kenapa?”

Jawab calon itu, “Aku dapat jawab soalan yang ditanyakan dgn betul jadi aku boleh keluar awal”.

Tanya rakan-rakan lagi, Wahhh!!Bestnyer ngko,soalan apa?????”
“Senang jer soalannya, pengerusi sesi temu duga tu tanya aku, Engkau ker yang kentut ni??? Aku pun jawab la, “Ya tuan, sayalah yang terkentut tadi!!!” Pastu dia suruh aku keluar!!!!

notakaki bucuk: bagi lawak dulu utk meringankan kepala sebelum membaca dibawah ini.

**************************************************************************************

aku tengok cerite kt astro prima 105. kisah anak dara tua (lakonan Erra Fazira) yang sedang dicari jodoh oleh keluarganya setelah ditawarkan hadiah bonanza. pertengahan cerite itu erra ni berjumpe ngan hero pujaannye (lakonan Fizo). ade satu babak dimane dalam mengenali diri masing2 maka fizo ni cerite lah kisah sedihnye dan begitu jugak erra.

Jadi aku terpaku seketike. ehh.. waktu aku bercinte dulu (skrg blom terbuke hati lg.. jeng jeng jeng..) aku juga mengalami situasi yg sama. aku menceritekan kesedihan hidup aku dan ex-awek aku pun turut menceritekan kisah pahit beliau jugak.

Aku juge rasa bagi pasangan yg baru bercinta, baru nak mengenali diri pasangan masing2, mesti ade satu sessi menceritekan kisah silam yg sedih, pedih, tiada keadilan dan yg seiringan dengannye. Mesti ade kisah x dpt kasih sayang ibubapa atau keluarga, kisah ditipu balak/awek terdahulu, pernah lari dari rumah, pernah jahat, selalu kene marah dan sebagainye. kadang2, bile kite dok menceritekan kesedihan itu, secara x sengaja ataupun sengaja, cerite itu ditokok tambah sedikit supaya cerite itu menjadi lebih sedap, tragis ataupun menyayat hati...(mungkin la kot)

kekadang aku terfikir gak, adakah ini sudah menjadi satu kemestian ataupun kewajiban dalam proses mengenali pasangan masing2 ataupun ia hanya sekadar cerite untuk menagih rase simpati dari pasangan masing2.

mungkin jugak aku salah didalam hal ini. aku cuma berfikir berdasarkan pengalaman aku yg x seberape ni. aku juga bukanlah org yg bijak pandai dalam soal bercinte ini, bahkan aku masih lagi belajar dalam soal percintaan walau aku belom mempunyai kekasih hati tetapi aku juge jelas bahawa ramai kawan2 blog meluahkan perasaan cinte mereke melalui blog. ade yg bahagia dan ade jg yg sedang merane dan ade yg sedang dalam proses memulihkan diri untuk bangun semula...

Sakit memang sakit. pedih memang pedih. ada yg sudah ternoda, ada yg terhakis maruah diri, ada yg terkikis wang dan harta, ada yg meninggalkan keluarga, ada yg menduakan suami/isteri/balak/awek, ada yg merempat, ada yg mengurungkan diri dan hatinya dan macam2 lagi karenah dan tingkah laku yg boleh dibayangkan.

tetapi setelah kita melalui proses kemuraman kita itu dan dipertemukan dgn seseorg yg lebih baik dari yg dulu, apakah perlu untuk kite menceritakan semula kejadian pahit itu? member aku berpendapat ia adalah perlu dalam mengenali pasangan kite. ade gak member aku berkata x perlu kite membuka kisah silam. terima lah kite seadanya dan mengapa perlu kisah sedih itu disingkapkan semula. ada pro n contra nya disitu.

Anda bagaimana?

Tragedi Budak Medik

10 comments
Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jaritelunjuk.....

SEKARANG.....TUMPUKAN PERHATIAN....PAHAM!!!!!

Gurauan di malam Pertama

12 comments
Photobucket
Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini. Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.

"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu. "Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut PakTam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.

Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ketepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku."Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku hanya mengangguk tanda setuju. Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.

Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum!" ke telinganya untuk menguji isteriku.

"Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...

"Kringggggg...."

"Tik..tik..tik..tik..."

"Kring.. kring..kring.."

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku.Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.

Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi... Selamat Pengantin Baru, Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim. Ikhlas dari : loloq, wak, apam, boprak, kawie (bacc99/00 -uitm).

Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah.Baru jer nak Intro, blum baca doa lagik..huhuhuhu.... dengki la diorang kat aku sebab dah kawin...

Nota kaki bucuk : Inila gurauan kiteorg kt member kite yg br berkawin...

Kenape perompuan susah dpt jodoh?

19 comments

sbb2 perempuan x dpt lelaki baik..hahahahah..girls2!! read thiss...

1-lelaki baek adalah hodoh

2-lelaki kacak tak baik

3-lelaki kacak yg baik....tlh berkahwin

4-lelaki kacak yg baek dan bujang....tidak cekap

5-lelaki kacak yg baek,bujang dan kaya akan tetapi tak minat pada kita pulak

6-lelaki kacak yg baek,bujang dan kaya,yg berminat pada kita..pulakk lelaki suka berfoya-foya

7-lelaki kacak yg baek,bujang,kaya,yg berminat pada kite dan bukan lelaki suke berfoya- foya......homoseksual pulakkk!!

8-lelaki kacak yg baek,bujang,kaya,yg berminat pada kite dan bukan lelaki suke berfoya- foya(serta x kan menipu) dan bukan homoseks..kte yg mendekati die dulu,dia pun suke kat kte,jenis org nie mesti ade masalah,sprti----mungkin bakal mk mentua ko x stuju,family ko x berkenan kat die,ex gf die dtg blk…atau pon kte x berjodoh ngn org jenis nie







hehehe...saje je...walaupun tak delah sume orang camtu..aku amik dari cerita korea....one part that the girls had discussed about "why girls like us doesn't have any chances to get near to a good looking kind hearted man??"....enjoy reading!!

Nota kaki bucuk: ini adalah idea member aku.. yg aku rase ade byk betulnye.. nobody perfect...

Ragam Suami Isteri

10 comments


Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak bertegur sapa.Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota..KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI... dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang tidur.

Keesokan harinya si suami terjaga dari tidur dan mendapati jam di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati isterinya tiada disisi dan terdapat satu nota bertulis...

BANG, BANGUN BANG..... SUDAH PUKUL 6.30 PAGI

Nota kaki bucuk: kalau gadoh pun jgn la tulis nota, antarla sms...hahahaha... pandai2 la korang...
13 comments



Ada 3 sekawan sehati sejiwa iaitu KURA,ULAT dan KATAK.

Pada suatu hari,KURA membuat satu parti secara kecil-kecilan.Dia mengajak ULAT dan KATAK datang ke rumahnya untuk menyambut HARI MERDEKA di rumahnya.Maka,datanglah ULAT dan KATAK berpesta habis-habisan di rumah KURA.Satu jam kemudian,KURA bertanya kepada KATAK.

KURA: "Hei,katak!Aku rasa ada sesuatu je yang takde lah."
KATAK: "...patutlah,rokok dah habis lah!"
KURA: "Betul lah,apa kata kau pergi kejap beli rokok kat kedai depan tu."
KATAK: "Ala... kaki aku sakit lah,dari tadi asyik melompat je.Kau suruh ulat lah pergi beli."
KURA: "Bagus jugak idea kau tu."
ULAT: "Aku malas lah nak pergi beli."
KURA: "Ala...kau tolong lah pergi beli kejap.Kau pun nak hisap rokok jugak kan.Aku dengan katak dah bersetuju nak suruh kau pergi beli.Boleh lah..."
ULAT: "Ok lah,aku pergi beli sekarang."

10 minit...30 minit...1 jam...berlalu,ULAT masih belum pulang lagi dari kedai.KURA dan KATAK berasa bimbang terhadap apa yang terjadi kepada ULAT.KURA dan KATAK kemudian keluar pergi mencari ULAT yang belum pulang lagi.Setibanya di pintu keluar,ULAT sudah pun berada di depan pintu.KURA pun berkata..

KURA: "Hah,itu pun kau.Mana kau pergi dari tadi lagi belum balik?"
KATAK: "Hei,kau tau tak,kau buatkan kita berasa risau je.....Mulut aku dah naik kering ni."
KURA: "Rokok yang aku suruh beli tu mana?"
ULAT: "Hek'eleh....Aku gerak pun belum lagi,tau!"
KATAK: "Habis,dari tadi sampai 1 jam kau buat apa?"
ULAT: "Kau nampak ni,dari tadi lagi aku BELUM HABIS lagi PAKAI KASUT !!!"

Ayam Jalak Tua

10 comments

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul.tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 25 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak).

Kerana merasa bahawa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini :


Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.


Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.

Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer)

Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing,

Si ayam jalak muda:Set

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan.
Kenapa?????

[jawapan ada di bawah]



Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU"

NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,) HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA...

Utara atau Pantai timur?

10 comments
Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan loghat pantai timur?

Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah

Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."


Loghat Utara (kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".

Loghat Pantai Timur (kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."


KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!

Nota kaki bucuk: gurauan semata2 tanpa niat menyinggung mane2 pihak...5/10/09

Kisah biasa terjadi....

6 comments
kartun internet

Kasih seorang Isteri..

16 comments

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."

"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, " Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doctor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."

"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...."

Tan Sri pengsan kat situ jugak...

Bile dah balik dari cuti raye.....

2 comments

1. Sebelom cuti x sabar2 nak balik kampung... nak jumpe mama, abah, adik beradik, sanak saudara, kengkawan, kenalan dan byk lagi...

2. Dalam dok bercuti raye, kita ni pon sibukla mengalahkan perdana menteri.. nakkemas rumah, masak ketupat, buat kuih raye, masuk duit raye dalam sampul, main mercun (best woo, seterika baju raya, sembang2 n gosip2 keluarga dan sebagainya. sibok sungguh kite ni tapi x penat sangat coz hati hepi sangat...

3. Bila tiba hari raya, kita pung masih sibuk lagi, semayang raye, ziarah kubur, beraye ngan semualah yg kite kenal, jumpe member2 sepermainan, satu sekolah dan semua jenis member yg kite jumpe ler...

4. Kite masih lagi dalam mood raye sehinggalah dah tiba masa untuk kite pulang ketempat keje kite, tempat belaja, dsb....

5. Bile kite jumpe member2 kt sini, ceritenye masih lagi raye.. open house.. nak beraye ngan ehem..ehem.. yolah.. dosa member kite masih byk ngan kite, so tibela masenyer dia minta mahap ngan kite kan..kan...

6. Keje tetap keje.. keje masih dalam mood raye..hehehe..itu bagi yg bekeje ler.. bagi yg dok blaja, hehehe..selamat perah otak.. exam dok menunggu tuh.. aduss.. pecah kpala aku...

7. sekarang ni bile balik raye, poket dah nak kempis.. susunla rumah2 member yg buat open house.. at least lunch atau dinner dah bleh jimat..hahahaha.. itu yg aku suka beraya kt KL ni..

8. Sedar tak sedar badan makin naik, musykil pun ader gak, maklumlah dah posa sebulan, camner bleh naik nih? walaupun tahu sebab naik, tapi saje jer buat2 tak tahu...hehehehe... esspecially pompuan... jgn marah yer...

9. sekarang ni jugak la.. tak payah nak jual ape2 pun.. dah kurang minat nak beli.. padahal poket tgh sakit.. akak kt opis aku tu siap cakap dah pakai dah duit tadika anak... hehehehe... biase le tu.. nanti gaji byr balik...

10.Kengkawan yang dok buat preperation for examination, good luck.. good look!!!