HARAP MAKLUM ........

#########################################

Buat pembaca yang mahu meninggalkan komen, sila pastikan anda meninggalkan link blog anda dalam kotak komen DIQCUSS.


Terima kasih diatas sokongan anda....

kawie2020 team.

Aku kah yang Tertipu!!!!!!

Hari ini agak meletihkan bagi kawie. Kawie terpaksa bekerja dihari cuti umum.

Kawie bekerja sebagai buruh kasar, mengikat bata hari ini bagi menyiapkan sebuah dinding.

Waktu memerut selepas maghrib tadi, kawie sudah mempunyai idea untuk n3 hari ini, tetapi terpaksa kawie tangguhkan kerana kawie agak keletihan.

N3 kali ini adalah n3 lama kawie yang telah pun dipublishkan pada 18hb Oktober 2009, 3:29 am.

Kredit diberikan kepada Pakcik Alik dari jenaka@yahoogroup yang membenarkan kawie mengambil cerita ini.

#####################################

Photobucket

Pada suatu hari seorang lelaki yang agak berumur bernama Pak Awang merayau-merayau dari satu kedai ke satu kedai. Tujuannya adalah untuk mencari kerja.

Tetapi agak malang kerana disebabkan umurnya yang agak tua, dan waktu tu ekonomi sedang meleset, tidak ada satu tempat pun yang menawarkan kerja untuknya.

Maka Pak Awang yang malang tersebut pulang kerumah menemui isterinya dengan hampa. Isterinya memujuk dan memberi semangat supaya suaminya mencuba lagi tanpa merasa putus asa. Disebabkan terlalu penat suaminya terus melelapkan mata.

Esok paginya, Pak Awang bangun awal-awal pagi, terus keluar rumah untuk mencuba nasib sekali lagi, manalah tahu, kalau kalau hari ni boleh dapat kerja fikirnya.

Tetapi ceritanya serupa saja, tak ada siapa yang mahu memberinya kerja.

Walau macamana pun Pak Awang masih tak putus asa, hari seterusnya dia masih lagi pergi dari satu tempat kesatu tempat untuk bertanyakan kerja kosong.

Setelah puas mencari tetapi gagal, Pak Awang mengubah taktik dan meminta kerja ditempat lain. Dia pun terus pergi ke zoo.

Photobucket

Pak Awang: Sini ada kerja kosong ke?

Penjaga Zoo: Mana ada kerja kosong sini pakcik.

Pak Awang: Tolonglah dapatkan pakcik apa-apa kerja, pakcik ni orang susah.

Penjaga Zoo: Ginilah pakcik, kalau pakcik nak sangat kerja, sini ada satu kerja, disebabkan banyak sangat binatang disini mati pasal tak cukup makan, nak tak pakcik pakai sarung monyet dan berlakun jadik monyet, tapi kena duduk dalam kandang lah.

Pak Awang: Berapa upahnya?

Penjaga Zoo: Tak berapa mahal pakcik, sehari RM15 je.

Pak Awang: Baiklah nak, daripada tak ada kerja, jadik monyet, monyet lah, janji dapat duit. Asalkan pakcik boleh makan anak beranak.

Penjaga Zoo: Kalau macam tu esok pepagi pakcik kena datang, dekat sini ada sarung monyek, dan pakcik masuk kandang no4, tau!

Pak Awang: Baiklah nak.

Penjaga Zoo: Tapi pakcik kena datang sebelum pukul 7 tau, jangan sampai orang ramai datang dulu dari pakcik.

Pak Awang: Baik nak.

Keesokkan harinya, pagi-pagi lagi dengan penuh semangat Pak Awang pun pergi ke Zoo tersebut. Penjaga zoo telah pun bersedia menunggunya dan memberikan pakaian monyet pada Pak Awang.

Inilah hari pertama Pak Awang bekerja sebagai pelakon. Bukan main semangat dia lagi.

Photobucket

Dengan penuh ceria Pak Awang mengenakan pakaian monyet lalu masuk kekandang no 4. Ceria sungguh, lompat sana , lompat sini, bergayut sana , bergayut sini.

Tak lama kemudian orang ramai mula berkunjung ke zoo tersebut, lagilah bermangat Pak Awang, lagi galak dia melompat, lagi pun bukannya orang tahu siapa dalam sarong tersebut, apa nak dimalukan fikirnya.

Berjam-jam Pak Awang melompat kesana kemari tanpa mengenal penat, maklumlah hari pertama kerja. Kadang-kadang Pak Awang tersasul jugak, bersalam pada orang yang datang kekandangnya.

Tiba-tiba satu tragedi yang sangat menyayat hati telah berlaku. Tragedi yang amat sedih dan telah memasukkan nama Pak Awang di muka akhbar. Berita yang amat menggemparkan.

Pak Awang terlalu galak melompat, terlajak dan termasuk ke kandang harimau. Harimau tersebut merupakan harimau siberia jantan, dan lebih malang pula harimau tersebut sudah beberapa hari tidak makan.

Photobucket

Makanan yang selalu diberikan adalah daging lembu sebanyak lima kilo sehari. Harimau itu sangat lapar. Ia merenung tepat ke arah Pak Awang yang memakai topeng monyet itu.

Pak Awang bergegas bangun untuk melompat semula kekandang asalnya. Tetapi kakinya kaku seolah olah tidak bertenaga. Dia cuba berdiri tetapi jatuh semula, mungkin terkena badi harimau agaknya.

Harimau mula memandang tepat kearah Pak Awang, kaki hadapannya mengais ngais kebelakang, sambil mengaum, ia menunjukkan gigi taringnya yang tajam dan berkilat,

Pak Awang menggigil dan terkencing. Mula dia terbayang, begini rupa kesudahan hidupnya, diratah harimau pada hari ini.

Wajah isteri mula terbayang, bagaimana nanti fikirnya, bila isterinya mengambil jasadnya yang mungkin tidak sempurna lagi, koyak sana , koyak sini, robek sana , robek sini, mungkin keseluruhannya berlumuran darah.

Pak Awang lemah tidak bermaya. Harimau setapak demi setapak maju untuk menerkam Pak Awang. Sesekali ia menunjukkan taringnya lagi.

Kepala harimau mula tunduk tanda bersedia untuk menerkam, punggungnya mula terjungkit naik ke atas, ekornya mula bergoyang goyang, kaki hadapannya mula diluruskan kedepan, kaki belakang mula memasang kuda-kuda.

Pak Awang hanya mengigil dan menangis sahaja, tiada daya seorang tua untuk melawan. Ketika ini nasibnya diserah bulat-bulat kepada Tuhan.

Harimau itu mula memasang kuda-kuda untuk menerkam, tiba-tiba, sesuatu yang ajaib telah berlaku, harimau itu boleh bersuara, boleh bercakap, katanya....

Photobucket

"Janganlah takut Pakcik, saya pun macam pakcik jugak, pakai sarung harimau, cari makan pakcik!."

Bulat mata Pak Awang bila mendengar kata-kata harimau itu.. "La.. orang jugak ke..."

Nota kaki bucuk: saje je nk buat saspen..hahahahahahaha...
blog comments powered by Disqus