HARAP MAKLUM ........

#########################################

Buat pembaca yang mahu meninggalkan komen, sila pastikan anda meninggalkan link blog anda dalam kotak komen DIQCUSS.


Terima kasih diatas sokongan anda....

kawie2020 team.

KENAPA NAMA MALAYSIA WUJUD SEJAK 1937????




(sila klik untuk besarkan)

Benda ini di dedahkan oleh Sdr Anaianai.

SEAWAL TAHUN 1937 NAMA 'MALAYSIA' TELAH DISEBUT DALAM SEBUAH BUKU BERTAJUK,"MALAYSIA: A STUDY IN DIRECT AND INDIRECT RULE" YANG DIKARANG OLEH RUPERT EMERSON, NEW YORK,MC MILLAN
(20 tahun sebelum merdeka dan sebelum Jepun menyerang tanah melayu).


TAJUK BUKU INI DIJUMPAI SEMASA SURFING.


Kita andaikan begini, kalaulah mereka dahulu (TAR and the gang) nak bincang kemerdekaan dan nama negara, sudah pasti selepas Jepun tewas tahun 1945 dan 12 tahun kemudian Malaya yang merdeka dan nama Malaysia ini hanya wujud pada tahun 1963, kombinasi saudara kita di Sabah dan Sarawak.


Bukan kah begitu kefahaman kita selame ini??? Anehnya buku ini terhasil jauh lebih awal dari tarikh-tarikh ini.



(sila klik untuk besarkan)


Untuk pengetahuan semua, penggunaan nama Malaysia bukanlah baru.

Merujuk Utusan Malaysia bertarikh 29 Julai 2009, nama Malaysia mula-mula telah direkodkan dalam akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh 1 Januari 1889 dalam laporan bertajuk “Geographical Notes in Malaysia and Asia” oleh J.E. Tenison-Woods, mengenai catatan perjalanannya ke semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu.

Di Chicago, Amerika Syarikat, peta yang dikeluarkan pada tahun 1914 telah merujuk kawasan kepulauan nusantara ini sebagai “Malaysia”.

TV3 pula pernah menyiarkan satu artikel daripada akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) tetapi bertarikh 1 Julai 1929 mengenai bunga-bungaan di Negeri Sabah yang dirujuk nama kawasan tu sebagai “Malaysia”.

Sementara sebuah buku keluaran Mc Millan, New York, yang dikarang oleh Rupert Emerson, dan diterbitkan pada tahun 1937 berkenaan dengan semenanjung Tanah Melayu diberi judul "Malaysia : Direct and Indirect Rule".
(sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Rupert_Emerson)

Lain-lain fakta menarik yang didedahkan oleh IbnuRusydi:

1) Malaysia sepatutnya diisytiharkan pada 31 Ogos 1963. Tetapi disebabkan bantahan daripada negara jiran (Indonesia dan Filipina), ia terpaksa ditunda kepada 16 September 1963. Atas pertimbangan bahawa tarikh 31 Ogos 1957 merupakan tarikh asas kepada penubuhan negara persekutuan kita

Tarikh 16 September merupakan tarikh tundaan yang ditetapkan disebabkan tekanan yang timbul daripada negara luar, jadi Hari Kebangsaan masih lagi ditetapkan & disambut pada 31 Ogos setiap tahun, iaitu sebagaimana Amerika Syarikat menyambut hari kebangsaan mereka pada 4 Julai setiap tahun, walaupun tarikh kemerdekaan adalah berbeza-beza bagi negeri-negeri dalam Amerika Syarikat.

2) Menurut maklumat tidak rasmi, selain Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak, pihak British juga menawarkan kawasan selatan Siam iaitu Patani, Jala (Yala), Menara (Narathiwat), Singgora (Songkhla) dan Setul (Satun) untuk sama-sama bergabung dan merdeka dalam Malaysia sebagaimana permintaan pemimpin dan pejuang Melayu di kawasan tersebut.

Tetapi telah ditolak oleh PM Tunku Abdul Rahman ketika itu untuk tidak menambah bantahan sebuah lagi negara jiran terhadap cadangan penubuhan Malaysia iaitu Thailand.

3)Ini pula merupakan antara bendera-bendera yang termasuk dalam senarai akhir untuk dipilih menjadi bendera Malaya dalam tahun 1949 dahulu.






Saudara Mokhtar juga memberikan hujah pendedahan yang cukup menarik.

Tidak salah jika dikatakan bahawa sejarah Malaysia hari ini harus dibongkar sedaya yang boleh. Terlalu banyak kepincangan yang kita temui. Kesarjanaan kita bukanlah untuk mendabik dada mengatakan akulah pakar yang tahu semua sejarah bangsa.

Yang amat mengetahui hanyalah Allah SWT sahaja. Jangan sampai kita dipersalahkan oleh anak cucu kita dikemudian hari kerana tidak berbuat apa-apa hari ini.
blog comments powered by Disqus