HARAP MAKLUM ........

#########################################

Buat pembaca yang mahu meninggalkan komen, sila pastikan anda meninggalkan link blog anda dalam kotak komen DIQCUSS.


Terima kasih diatas sokongan anda....

kawie2020 team.

KISAH BRO SHAM

Aku memang terlalu sibuk sejak sebulan yang lalu. Aku ditugaskan untuk melatih pasukan kawad kaki sekolah untuk ke peringkat daerah.

Aku melatih 2 pasukan iaitu 1 pasukan lelaki dan 1 pasukan perempuan. semuanya berjumlah 70 orang.

Bro Sham suka tengok aku melatih budak2 kawad nih. Bro Sham kata dulu dia masuk kawad gak tapi kena buang dari pasukan kawad tuh dulu.

Tapi dia memang suka tengok budak2 berkawad terutamanya kawad formasi.

Aku buat latihan kawad pada sebelah petang. Ada ramai juga pelajar yang dok jauh dari rumah tak balik rumah selepas sekolah kerana ada latihan kawad pulak sebelah petang tuh.

Petang semalam selepas dari tempat kejadian kemalangan bro sham, aku terpaksa ke sekolah semula sebab pasukan kawad lelaki dok tunggu aku kat sekolah sebab aku janji nak bagi aksesori uniform Kadet Remaja Sekolah.

Aku jumpa budak2 kawad lewat sikit. Aku jelaskan bahawa aku dari tempat kemalangan bro sham.

Aku cakap kat budak2 yang pakcik sham dah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya.

Aku minta budak2 kawad sedekah al fatihah utk bro sham. Bro Sham selalu sponsor air minum petang untuk budak2 kawad nih.

Semuanya sayu dan membaca alfatihah utk bro sham.

Aku terperasan ada 2 org budak menangis sewaktu membaca alfatihah.

Aku pun lagilah bertambah sedih. Aku tahan air mata aku... aku berjaya walaupun hati aku masih sedih lagi...

Aku jumpa 2 org budak tuh... aku tanya kenapa dia menangis?

sorang tu kata...

"Cikgu, rumah saya jauh. saya selalu duduk kat surau sekolah sampai petang. Mak bagi duit belanja RM1 sehari tapi x cukup. Saya selalunya x makan nasi waktu tengah hari."

"Tapi pakcik Sham selalu bagi nasi kat saya waktu tengah hari. Dia suruh saya kawad elok2 dan dia nak pasukan sekolah kita menang.."

"saya nangis sebab pakcik sham selalu tolong saya.. pakcik sham baik dengan saya cikgu..."

Tanpa sedar air mata aku pun jatuh membasahi pipi...

Pagi tadi pertandingan kawad kaki peringkat daerah hulu selangor berlangsung.

Pasukan perempuan menjadi johan daerah

komandan perempuan menjadi komandan terbaik

pasukan lelaki menjadi naib johan walaupun diselubungi sedikit kontroversi (sepatutnya Johan)..

Kami pulang kesekolah pada pukul 2.30 petang tadi. Aku solat zuhur kat surau sekolah.

Habis solat aku ternampak budak kawad aku tu menangis sambil berdoa...

Aku tunggu budak tuh. setelah berdoa budak kawad tuh dtg kat aku..

"cikgu...pakcik sham x sempat tengok kita menang kawad... saya kuat hentak kaki tadi sebab nasi pakcik sham tuh... saya sedih dan berdoa untuk pakcik sham tadi.."

Budak tadi berkata dengan sayu dan bergenangan air mata...

Sekolah aku masih lagi bersedih dengan pemergian arwah bro sham..

al-fatihah.
blog comments powered by Disqus