HARAP MAKLUM ........

#########################################

Buat pembaca yang mahu meninggalkan komen, sila pastikan anda meninggalkan link blog anda dalam kotak komen DIQCUSS.


Terima kasih diatas sokongan anda....

kawie2020 team.

MINDA POLITIK MELAYU

N3 ini kawie ambil dari web "BICARA NOBISHA". Penulis wacana "BICARA NOBISHA" merupakan seorang penganalisa politik tanah air yang terkenal.

Kawie mengenali beliau melalui rancangan-rancangan perbincangan di astro awani (channel 501) yang acapkali membicarakan isu2 semasa dan politik tanah air.

n3 beliau kali ini yang berjudul "MINDA POLITIK MELAYU" amat menarik perhatian kawie untuk dikongsi dengan kawan-kawan sekalian...

Kalau kawan2 mahu melayari blog beliau, kawan2 boleh klik dekat "BICARA NOBISHA" sebab kawie sudah masukkan link beliau.

Selamat membaca..... :)

############################################

Sejak kemerdekaan hari sampai sekarang, orang Melayu ramai di sektor awam; bermula dari jawatan paling tinggi iaitu Ketua Setiausaha Negara, sehinggalah jawatan paling rendah dalam kerajaan.

Hal yang sama berlaku dengan orang Melayu yang bekerja dalam sektor swasta. Rata-rata orang Melayu adalah pekerja dalam organisasi swasta, kecuali dalam GLC di mana mereka berpeluang menjadi CEO atau Pengarah Urusan. Orang Melayu yang berada pada kedudukan nombor satu dalam organisasi korporat boleh dibilang dengan jari.

Kakitangan awam atau swasta dilatih untuk menurut perintah dan bertindak mengikut arahan ketua jabatan. Kalau lawan, kena tindakan disiplin. Ketua jabatan sama ada dalam sektor awam dan swasta memang bagus dalam mengenakan tindakan disiplin.

Sebaliknya, orang Cina merupakan kelompok yang paling ramai dalam sektor perniagaan. Untuk berjaya dalam perniagaan, mesti ada strategi yang betul. Dalam perniagaan, kunci kata ialah “survival.”

Perniagaan menuntut mereka berfikiran strategik. Bersatu dalam hal yang perlu bersatu. Berpecah kalau tak perlu berbuat demikian. Komuniti perniagaan boleh bersatu untuk memboikot jualan gula kerana tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan, tetapi mereka tidak mahu bersatu memboikot perasuah dalam sektor awam (mengikut dakwaan komuniti perniagaan).

Akhirnya, orang Cina menjadi komuniti yang berfikiran strategik. Sebab itulah kita sukar melihat DAP membelasah MCA, atau Gerakan menghentam DAP. Apa yang selalu kita lihat ialah DAP, MCA dan Gerakan sepakat mengkritik dasar-dasar kerajaan mengenai Bumiputera. Sesekali, ketiga-ketiga parti itu mengkritik UMNO, parti Melayu.

Sebaliknya, orang Melayu yang rata-rata merupakan komuniti pekerja tidak ramai yang berfikiran strategik. Melayu PAS menghentam Melayu UMNO. Melayu UMNO membelasah Melayu PKR.

Ada juga orang Melayu yang tanpa segan silu menghentam “institusi Melayu” seperti UiTM, MARA atau MRSM, walaupun ramai adik-beradik dan anak-beranak mereka sendiri mendapat manfaat darinya. Sesetengahnya graduan UiTM atau MRSM mula bercakap betapa kedua-dua institusi ini tidak perlu lagi.

Begitulah minda politik orang kita.

Memang Melayu!

blog comments powered by Disqus