HARAP MAKLUM ........

#########################################

Buat pembaca yang mahu meninggalkan komen, sila pastikan anda meninggalkan link blog anda dalam kotak komen DIQCUSS.


Terima kasih diatas sokongan anda....

kawie2020 team.

ANALISIS PRN SARAWAK: Maksudnya, BN boleh memerintah tanpa sokongan kaum Cina....


PILIHAN Raya Negeri Sarawak telah selesai dengan baik tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Hiruk pikuk dan riuh rendah kempen, terutamanya oleh pihak pembangkang tidak mampu mengubah sikap para pengundi anak negeri Sarawak yang cintakan kedamaian dan kesejahteraan.


Walaupun PRN ke sepuluh ini dianggap paling mencabar, majoriti rakyat Sarawak terrus tetap memberikan mandat kepada Barisan Nasional. Segala kebimbangan kononnya akan berlaku tsunami sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh pembangkang semasa kempen, tidak menjadi kenyataan.


Walaupun BN memperoleh 55 kerusi berbanding 63 pada 2006 tetapi kemenangan dua pertiga itu amat signifikan.


Hentikan segera sikap ini....



Tahniah diucapkan kepada rakyat Sarawak kerana tidak terjebak dengan sentimen liar, manipulasi dan putar belit pemimpin pembangkang tertentu terutama Anwar Ibrahim.


Kempen untuk mengubah kerajaan negeri sebagaimana kempen puak pembangkang di Semenanjung Tanah Melayu pada PRU 2008 lalu hanya disambut oleh majoriti pengundi Cina sahaja. Masyarakat bumiputera tetap teguh bersama BN.


Bagaimanapun, SM lebih setuju jika dikatakan bahawa tindakan tidak menyokong BN oleh kaum Cina di Sarawak, malah di seluruh Malaysia adalah kerana tren sikap masyarakat itu yang seolah-olah tidak pernah bersyukur dengan apa yang telah mereka perolehi.


Mereka mahu lebih lagi. Kalau boleh mereka mahukan negara ini diserahkan kuasa pemerintahannya kepada kaum mereka. Mereka mahukan negara Malaysia ini menjadi Singapura ke dua. Benih bencikan kaum Melayu peribumi negara ini yang ditanam oleh Lee Kuan Yew melalui anak didiknya Lim Kit Siang, mula menampakkan wajahnya.


Hakikatnya, rata-rata pengundi Cina menolak BN dan menyokong DAP.



Justeru, kerajaan BN tidak lagi boleh bersikap terlalu pemurah untuk memberikan tempat kepada perwakilan kaum itu.


Dalam kontek Kabinet Sarawak yang bakal ditubuh nanti, semestinya reflektif kepada keputusan dan sikap pengundi. Mesej yang jelas perlu disampaikan kepada mereka. Ketua Menteri sewajarnya perlu lebih memberi penghargaan kepada golongan yang menyokong beliau dan kerajaan BN.


Dalam pilihan raya kali ini, suka atau tidak, penghargaan atas kemenangan BN harus diberi kepada Taib selaku Pengarah pilihan raya BN Sarawak dan para pemimpin BN negeri itu.


Manakala penghargaan lebih istimewa adalah kepada Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak dan timbalannya, Muhyiddin Yassin yang bekerja keras mendampingi rakyat Sarawak sejak beberapa bulan lalu.


Kehadiran Najib dalam kempen banyak membantu. Rakyat dapat melihat dan merasakan kegigihan beliau yang menyaksikan kunjungan beliau ke merata tempat, mendapat sambutan hebat daripada rakyat. Komitmen yang tinggi turut diperlihatkan oleh seluruh jentera BN sama ada dari pusat mahu pun negeri.


Namun banyak pengajaran yang perlu diambil oleh BN selepas ini termasuk dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum nanti.



Sekali lagi, sikap pengundi kaum Cina yang semakin jelas terus menolak BN seharusnya jadi tumpuan. SM percaya, sentimen pengundi Cina di Semenanjung juga masih sama.


Hakikatnya, selepas menguasai ekonomi negara sebegitu lama, masyarakat Cina mahukan pengaruh dan kuasa politik yang dominan.


Kepada BN, janganlah mengharapkan sesuatu yang samar malah mungkin boleh memakan diri. BN perlu merangka strategi baru tanpa mengharapkan pengundi Cina akan kembali menyokong parti itu.


Risikonya besar sekali. Usahlah dirayu dan dipenuhi segala permintaan jika akhirnya sokongan tetap kepada DAP. Biarlah sokongan itu secara natural datang sendiri. Jika pun pengundi Cina terus menolak BN, janganlah bimbang, akan ada jalan keluarnya.


Lagipun, jika rakyat kaum bumiputera melihat kerajaan BN masih terus memujuk kaum Cina dengan lambakan pelbagai projek dan memenuhi bermacam tuntutan mereka yang tak habis-habis, besar kemungkinan undikaum bumiputera akan berpindah menjadi penentang BN.


Keputusan pilihan raya Sarawak kemungkinan besar boleh berulang pada pilihan raya umum yang bakal diadakan nanti.


InsyaAllah, BN mampu memerintah tanpa sokongan kaum Cina, walaupun senario itu mahu dielakkan. Yang penting ialah memperkasakan lagi golongan pengundi yang menjadi penyokong setia.


Jangan bertindak bagaikan ‘yang dikejar tidak dapat, yang dikendung keciciran’. Dengan sokongan bumiputera, Melayu, kaum India dan etnik lain, yang kian meningkat, potensi BN untuk menang tetap besar.


Jika ada penambahan peratusan kecil pengundi Cina, itu bonus. Semua pihak perlu bersedia dengan realiti baru. Keyakinan ke arah itu mesti bermula dari sekarang.


Masih belum terlambat untuk bertindak ke arah mengelak daripada negara Malaysia ini menjadi Singapura ke-2. Yang penting kesedaran kaum Melayu dan komitmen kerajaan tidak lagi melayan kerenah tuntutan kaum Cina yang telah lama dilihat rakyat kaum Melayu sebagai keterlaluan.


Hidup Melayu!


blog comments powered by Disqus