Sebenarnya aku tidak mempunyai apa-apa masalah dalam percintaan kerana aku belum terjerumus kedalam alam bahagia itu. Aku masih seperti dulu yang masih tercari-cari permaisuri hati aku ini demi menyerpurnakan kehendak agama dan ibubapaku.
Aku masih mencari bahan untuk pengkajian aku tentang manusia, tingkahlaku, perasaan dan juga segala-galanya tentang kehidupan manusia.
Terima kasih daun keladi diucapkan kepada semua yang masih tidak jemu-jemu walaupun gaya penceritaan aku sudah berubah.
Terima kasih juga diatas komen-komen yang aku cukup senang menerimanya walaupun ia sinis, miang, sakit, manis dan sebagainya.
N3 ini berkenaan cinta dan keterlanjuran. Pertimbangan pembaca amat dialu-alukan...
##############################

Siti Natasha adalah seorang pelajar universiti tempatan yang berasal dari Selangor. Ibubapanya adalah seorang yang patuh kepada ajaran agama dan siti Natasha juga turut menerima didikan serta asuhan yang cuku baik.
Setelah tamat SPM, Siti Natasha berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti berprestij negara. Ibubapanya gembira dengan siti natasha memandangkan beliau adalah anak yang patuh dan menyenangkan kedua ibubapanya.
Ketika di Universiti, Siti Natasha telah menghadapi kejutan budaya dan sosial. Kehidupan yang diuruskan sendiri dan jauh dari pandangan ibubapanya menyebabkan Sita natasha merasakan bahawa dia menemui kebebasan sebenar.
Dia mula bersosial dengan rakan-rakan tetapi pada masa yang sama Sitai Natasha masih mengekalkan keputusan peperiksaan yang cemerlang. Dia menjadi popular dikalangan pelajar fakultinya disebabkan kemanisan wajah ayunya, kesopanan dan mudah mesra dengan semua orang.

Disini juga dia mula tertarik kepada Rizal, seorang jejaka yang ganteng, berpersonaliti dan menjadi perbualan mahasiswi-mahasiswi di fakultinya.
Tahun ketiga pemngajiannya siti natasha telah menyewa rumah diluar setelah dia membuat keputusan untuk berdikari sepenuhnya dan mahu merasai pahit maung hidup bersendiri diluar bersama-sama rakan-rakan sosialnya itu.
Pagi itu didalam kesuraman pagi yang basah secara semulajadi, Siti Natasha sedang menunggu bas universiti untuk kekampus bagi menjalani pengajian seperti biasa. Dia sudah lewat kerana tiada kunjungan bas seperti rutin. Kegelisahannya terpalit di riak wajahnya dan kelakuannya menggambarkan ketidakselesaan dirinya itu.
Tanpa diduga, Rizal, seorang jejaka datang bersama motornya, menghulurkan topi keledar dan menawarkan perkhidmatan untuk menghantarnya ke kampus. Siti Natasha malu dan menolak dengan keayuan penuh dengan kesopanannya. Tetapi dengan pujukan yang logik oleh jejaka tersebut telah mencairkan nurani Siti Natasha untuk membonceng motor bersama ke kampus.

Mulai dari saat itu, bimbit-bimbit cinta tumbuh mekar mengharumi kehidupan mereka berdua. keakraban mereka dicemburi rakan dan taulan dan sentiasa menjadi perbualan utama mahasiswa dan mahasiswi di fakulti mereka. Dan mereka sedar dan akur tentang ini tetapi kehidupan mereka tetap diteruskan.
##############################
Oleh kerana itu, mereka sering keluar berdua, berdating dan lokasi percintaan mereka adalah Putrajaya kerana ia jauh dari universiti mereka dan bagi mengelakan pertembungan dengan rakan-rakan pengajian mereka.
Entah mengapa pada suatu malam itu, mereka berdua telah melakukan onar. Mereka terlanjur tanpa disedari. kerana berahi yang memuncak, akhirnya mereka tewas. Didikan agama Siti Natasha telah terbuang jauh sehinggakan mahkota keperawanannya telah disandarkan kepada Rizal.
Rizal dan Siti Natasha terkejut dengan apa yang telah berlaku. Siti Natasha menangis sesungguh-sunguhnya selepas kewarasan mereka kembali. Melihat tompokan darah diatas cadar, menyebabkan Siti Natasha semakin rawan dan terus menangis...
Siti Natasha menjauhkan diri dari Rizal. panggilan rindu Rizal tidak diendahkan.. selama sebulan mereka begitu...
Dia benci Rizal.... tapi dia juga cukup menyayangi Rizal... Dia menyampah dengan Rizal tetapi hatinya gundah kerinduan kepada Rizal...
Tetapi akhirnya, Rizal juga berhenti menghubungi Siti Natasha.... Siti Natasha gelisah situasi itu.. lalau dia menghubungi Rizal dan berlakulah pertemuan semula setelah sebulan berlalu...
Pertemuan itu berlaku bagi meleraikan permasalahan mereka tetapi perlakuan onar itu terus terjadi antara mereka berdua. Dan ia seperti berterusan. Rizal dan Siti Natasha seperti ketagihan melakukan perhubungan sumbang itu...
Siti Natasha dan Rizal sudah berubah. Mereka sering bertemu diwaktu malam dan melempiaskan nafsu serakah mereka berdua. Mereka juga sering bergaul dengan 'graduan Mat Rempit' dan hanyut didalam dunia itu sendiri...
##############################
Suatu hari siti Natasha tersedar dengan apa yang berlaku. Dia mula enggan melakukan perbuatan terenak kutuk itu dengan Rizal. Seminggu mereka tidak bersama. Rizal mulai gelisah. Siti Natasha mahu memerangkap Rizal supaya mengahwininya.
Siti Natasha menjemput Rizal untuk ketemu kedua ibubapanya tetapi Rizal enggan. beberapa kali diajaknya tetapi sebanyak itu jugalah Rizal memberi alasan.
Hari yang cerah itu, Siti Natasha menghantar SMS kepada Rizal, mereka akan bersama semula sekiranya Rizal datang makan malam dan selepas makan malam itu Rizal akan menghantarnya kerumah sewa nya. Dia juga memesan supaya Rizal tidak terlupa untuk membeli kondom.
Bagai pucuk dicita ulam mendatang, Rizal gembira dan dia meminjam kereta teman serumahnya dan petang itu dia ke kampung Siti Natasha. Dalam perjalanan itu Rizal terlupa membeli benda penting iaitu kondom, lalu dia singgah di farmasi di bandar kecil dekat kampung Siti Natasha.
Rizal masuk dan membeli kondom dengan selambanya dan pekerja farmasi itu menjeling dan memandang serong kepada Rizal.
'alaa.. orang beli ni pon dah cukup bagus.. nak jeling2 plak!!!....
kata Rizal perlahan tetapi didengar oleh pekerja farmasi itu...
##############################
Rizal sampai petang itu di rumah Siti Natasha. Ibu siti menyambut Rizal dengan mesra. Kemudiannya ayah siti juga baru pulang dari tempat kerja. Mereka berborak dengan mesra sekali. Topik perbualan dicuri dengar oleh Siti Natasha dan Siti Natasha kagum dengan kepetahan Rizal berbicara tentang agama dengan ayahnya.
Setelah solat maghrib, ayah Siti Natasha menyuruh Rizal membaca doa dan Rizal membacanya dengan baik dan kushyuk sekali. Siti Natasha kagum dengan Rizal.
Makan malam nerjalan dengan tenang, mesra dan amat menggembirakan Siti Natasha.
Ketika dalam kereta dalam perjalanan ke rumah sewa siti Natasha, Rizal masam mencuka, Siti Natasha perasan dan mahu menghiburkan rizal. lalu Siti Natasha mencubit sambil berkata;
"awak ni tak cakap pun yang awak ni tahu banyak tentang agama, siap boleh baca doa panjang-panjang, berlagu dan sedap la.."
Siti Natasha memuji Rizal sambil buat-buat merajuk. Manis suasana ketika itu...
Rizal pun menjawab spontan;

"awak ni pun satu, tak cakap pun yang ayah awak ni kerja kat farmasi dibandar kt kampung awak..."
masih lagi dengan muka yang masam....