
Semalam aku menerima respon melalui email, ym dan dari komen bloggers tentang N3 semalam yang telah mengusik jiwa mereka. Ada terkejut kerana perubahan n3 secara tiba-tiba membuatkan kawan-kawan tertanya-tanya...
Ada juga yang sempat mengusik aku melalui email, menyangkakan bahawa aku sudah ketemu cinta yang dicari-cari...
Ada juga yang tersenyum memikirkan adakah kawie sudah bertaubat... hehehehehe...
Sebenarnya tiada apa yang berlaku pada diri kawie ini. Semua anggapan itu ternyata salah. Aku cuma mahu mempelbagaikan kemahiran menulis aku. itu sahaja...
Dan aku masih lagi dalam misi dan visi ku yang tidak pernah luntur.
Terdapat 2 ruang komen di blogku ini. 1 yang komen blog biasa dan 1 lagi adalah komen Disqus. Rakan-rakan boleh memilih mengikut keselesaan untuk mengomen dimana-mana sahaja...
##############################

Kawie bersama anaknya, Carl Zafran menaiki keretapi dari stesen keretapi Kuala Lumpur menuju ke Alor Setar. Kawie sudah berusia 56 tahun dan Carl Zafran baru memasuki umur 25 tahun.
setelah semua penumpang mengambil tempat, keretapi mulai bergerak perlahan demi perlahan. Perjalanan itu bermula dengan keseronokan dan kegembiraan bagi Carl Zafran.....
Carl Zafran duduk ditepi tingkap. Terserlah riak-riak kegembiraan dimuka Carl Zafran melihat dari dalam keretapi itu. Carl membuka tingkap dan menghulurkan tangannya keluar.. merasai derusan angin yang menyapa tangannya...kegembiraan masih terserlah dimukanya...
"daddy... tengok!! pokok-pokok semuanya bergerak ke belakang kita"
Kawie hanya tersenyum manis dan merasai kegembiraan Carl Zafran...
Didepan Kawie ada 2 orang lelaki yang terkejut melihat tingkah Carl Zafran, tetapi mereka mendiamkan diri...
Mereka hanya memerhati dan mendengar sahaja perbualan kawie dan anaknya, Carl Zafran....
Mungkin mereka hairan melihat Carl zafran yang berkelakuan seperti budak kecil yang baru berumur 7 tahun...
Tiba-tiba carl zafran bersuara lagi dengan kuatnya
"daddy..daddy... tengok awan tu... dia ikut kita sekali dengan keretapi"
Perbualan itu menjadi perhatian 2 orang lelaki tadi. Mereka mula memaparkan pandangan mengjengkilkan kepada Carl zafran.
Hujan mulai turun.. Carl mengeluarkan tangannya merasai titisan air hujan itu. Bagaikan tidak puas, lalu Carl zafran mengeluarkan kepalanya ditingkap, mendongak melihat keatas.. merasai titisan air hujan... matanya turut tertutup seolah-olah menghayati setiap titisan air dari langit itu...
Lalu carl zafran menjerit lagi...
"daddy..daddy.. hujan ni.. air hujan kena kepala carl ni.. tengok daddy... hahahahaha... best lah daddy.."
Kejadian ini menguji kesabaran 2 lelaki tadi. Mereka bergerak kearah kawie. Terpapar kejengkelan dimuka mereka terhadap kelakuan Carl Zafran tadi...
"pakcik.. saya rasa pakcik kena bawa anak pakcik ini ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Anak pakcik ni boleh mencederakan orang lain..."
Lalu kawie pun berkata dengan perlahan supaya tidak melukakan hati Carl Zafran tetapi dapat didengari oleh kedua-dua lelaki tadi...

" Sebenarnya pakcik dan anak pakcik baru balik dari hospital setelah seminggu disana.. hari ini kami pulang setelah anak pakcik ini mendapat matanya setelah 25 tahun tidak dapat melihat..."




















