N3 ini di ambil dari blog srikandi.

Biar Cik Seri ajar teori senibina sekali pakej dengan sejarahnya sekali.Ini foto Muzium Negara.Ia adalah hasil gabungan senibina Melayu Terengganu dan Melayu Riau.
Tetapi Encik Herman Malaypress terserempak dengan bangunan ini dan terus mengatakan Muzium Negara meniru senibina bangunan ini:

Ini adalah Muzium Nasional Chiang Mai.Alasan Encik Herman ialah sebab bentuk tanduk kat bumbung muzium ini sama dengan apa yang ada pada Muzium Negara.Dengan kata lain Encik Herman yang perasan berketurunan Siam Mongol tuduh Muzium Negara tiru senibina Thailand (baca:Siam Mongol).Wei,wat lu?Tak tahu jangan cakap.Hang jangan buat kepala tau.Pandai-pandai jer buat kesimpulan bodoh sombong.Meh sini Cik Seri ajar,tengok balik foto Muzium Negara:

Lihat bumbung berlapisnya.Ini adalah dari senibina rumah tradisional Melayu Terengganu:

Kemudian yang bentuk tanduk kat hujung bumbung itu adalah dari senibina Melayu Riau:

Sekarang nampak tak mengapa dikatakan senibina Muzium Negara diambil dari dua senibina Melayu,iaitu Terengganu dan Riau?
Ok, sekarang meh saya ajar sejarah senibina Chiang Mai atau Lanna.Chiang Mai sebelum muncul kerajaan Lannathai adalah dihuni oleh sukukaum Lawa yang berasal dari satu kawasan yang terletak di Kemboja pada hari ini.Nenek moyang mereka satu rumpun dengan Melayu.Kemudian mereka terserap ke dalam rumpun Mon-Khmer selepas proses asimilasi selama beratus-ratus tahun.Senibina Lanna atau Thailand utara atau Chiang Mai adalah berasal dari senibina suku Lawa.Dari perkataan Lawa ini muncul Lavopuri (Lopburi) satu negarakota Mon yang ditawan oleh Sujita,seorang raja city-states Melayu Sri Dharmaraja.Oleh kerana suku Lawa berasal dari selatan Thailand maka mereka memang ada hubungan kerabat dengan Melayu Segenting Kra.Kemudian mereka berhijrah ke utara,tepat di Chiang Mai sekarang.Kemudian kaum Tai telah tiba dan menubuhkan kerajaan Lanna di bawah rajanya,Mengrai.Mereka menakluk Haripunjaya,kerajaan Mon sekaligus Chiang Mai dan suku Lawa sendiri.Trivia,perkataan Lawa ini juga dipercayai oleh sejarahwan Laos seperti Maha Sila Viravond adalah asal-usul perkataan 'Lao' oleh etnik Lao yang mendirikan negara Laos pada hari ini.Sebab itu raja-raja Lao awal menggunakan gelaran diraja Melayu purba.
Sejarahwan Laos sendiri mengaku,ketika kaum Lao tiba di Indochina beribu tahun dahulu,kaum-kaum purba yang telah lama menetap di Indochina ialah orang Malayu,Mon-Khmer dan suku-suku bukit (hill tribe).Lao adalah suku Tai yang tiba dahulu di Indochina sebelum kebanjiran orang Thai yang menubuhkan Thailand sekarang.
Dah faham sekarang?Tolong jangan merepek lagi,ok?Bangsa Thai memang diketahui meniru semua budaya di sekelilingnya termasuklah 'cognate' Thai seperti Siam Mongol ni.Bangsa Mon dan Khmer adalah paling teruk diciplak budayanya oleh bangsa Thai.
Kalau anda tengok filem Ong Bak 2 atau filem-filem sejarah Thailand,anda akan lihat budaya mencacah pada badan orang-orang di Thailand pada zaman dahulu.Sebenarnya budaya mencacah itu dicedok dari budaya Khmer dan buktinya ialah mantera yang dicacah pada tubuh mesti dalam tulisan Khmer!
Sebab itu saya tak hairan dengan budaya dan seni Thai.Anda kena tengok senibina Khmer dan budaya mereka dan anda akan lihat kenyataan bahawa bangsa Thai adalah 'copycat' bangsa Khmer.Cuma Kemboja banyak terlibat dalam peperangan dan miskin maka mereka tidak sempat atau kurang kemampuan untuk mempromosikan budaya mereka.Maka apabila si peniru bangsa Thai tadi lebih dahulu mempromosikan budaya Khmer yang dicedok mereka,maka satu dunia menganggap itu adalah budaya Thai.Muay Thai jadi popular dan apabila senibela diri Pradal Srey mula dipromosikan oleh Kemboja di mata dunia,maka orang luar menjadi keliru dan anggap Kemboja mencedok budaya Thailand.
Abdulyadeh,seorang Thai Malaysia dari Blog sejarahnagaraketag meluahkan perasaannya tentang sempadan Preah Vihear,kuil purba Khmer abad ke-10 Masehi yang direbut oleh Kemboja dan Thailand.Beliau kecewa kerana kuil itu asalnya dalam sempadan Thai kemudian diberikan kepada Kemboja oleh penjajah Perancis ketika persempadanan semula.Bukti kuil itu milik Thailand katanya,sebab pintu masuk ke kuil itu hanya boleh dimasuki dari arah Thailand manakala dari Kemboja dipagari dengan bukit.
Bukan sahaja orang Khmer,saya orang Melayu Malaysia pun membantah alasan bodoh AbdulYadeh tu.Kalau nak 'fight' dari segi sejarah,kuil itu memang milik Kemboja sebab satu dunia tahu kuil itu dibina oleh Empayar Khmer,bukan Sukhothai atau Ayutthaya.Dahulu majoriti Thailand adalah di bawah Empayar Khmer apatah lagi kawasan Preah Vihear.Kemudian kerajaan Thai merampasnya ketika era perluasan kuasa dahulu melalui Ayutthaya dan dinasti Chakri.Jadi asalnya jalan pintu masuk ke kuil itu memang dalam wilayah Kemboja.Sepatutnya Perancis menyerahkan Preah Vihear berserta seluruh Thailand Tengah ke tangan Kemboja kalau nak 'fight' dari segi sempadan dan sejarah.
Sekadar trivia,Preah Vihear dibina oleh Suryavarman I,seorang raja Empayar Khmer yang berketurunan Melayu!Beliau berasal dari Sri Dharmaraja.Ayahnya mengahwini wanita Khmer dan memerintah kerajaan Melayu Sri Dharmaraja (Tambralingga).Ini yang saya katakan dahulu,warisan kita di Indochina direbut oleh kaum Thai dan Khmer.Saya bukan buat cerita dongeng atau dok muhong.Ini tercatat dalam riwayat Mon dan Thai seperti dalam Jinakalamali dan The Chronicle of Chiang Mai.Bukan sembang saja.Sejarah Melayu tercatat dengan kemas dalam riwayat bangsa lain.
Sebab itu isu sempadan ini amat penting.Dan isu sempadan amat-amat bergantung dari segi sejarah!
Ini samalah mengatakan Melayu pendatang Sumatera.Ini salah dan pandang yang bodoh kerana dahulu dunia Melayu tiada sempadan seperti hari ini yang baru dibuat selepas era kolonial.Sumatera,semenanjung dan Borneo memang 'home' majoriti umat Melayu.LIHAT BAGAIMANA MUSLIHAT 'SEMPADAN' INI DIGUNAKAN UNTUK MERAMPAS HAK MILIK ORANG LAIN.
I'm not a preacher,I'm just giving you a lesson.Ini pelajaran yang baik untuk anda semua.Jika kita lemah,kita akan dibuli.Jika kita bodoh,kita juga akan dibuli.Jika kita lemah,bodoh dan mengkhianati bangsa sendiri,kita bukan sahaja dibuli,malah akan dimakan dengan sedapnya oleh orang lain!
Sebab itu saya tekankan sejarah Melayu di Tanah Besar Asia dahulu sebab nak latih anda supaya faham bahawa orang Melayu adalah pribumi semenanjung juga.Boleh katakan Orang Asli dan Melayu adalah sama awal duduk di sini,cuma orang Melayu lebih suka duduk di pantai dan bernasib baik jumpa dengan bangsa-bangsa lain di dunia dan lebih maju,dan Orang Asli duduk jauh ke pedalaman maka terpisah dari arus pemodenan.Sebab itu ada istilah Proto-Malay.Orang Jakun adalah Proto-Malay.Ada Proto-Malay yang duduk pantai macam nenek moyang orang Kedah contohnya maka jadi maju,bina negarakota,berdagang dengan orang asing.Nenek moyang orang Jakun duduk pedalaman maka lambat menerima kemajuan.
Satu lagi ketidakfahaman sejarah yang paling saya meluat ialah mengatakan Temagi yang dibunuh oleh Parameswara itu adalah wakil kerajaan Thai,sama ada dari Sukhothai mahupun Ayutthaya.Ini AMAT-AMAT SALAH.Dua kerajaan Thai itu (Ayutthaya sebenarnya campuran banyak etnik,dan lebih tepat disebut kerajaan Siam sementara Sukhotai memang Thai totok) tidak pernah sampai jauh ke selatan semenanjung,apatah lagi Singapura.Yang dibunuh oleh Parameswara itu adalah wakil kerajaan Tambralingga atau Sri Dharmaraja.Ini asalnya city-states Melayu yang amat berpengaruh dalam sejarah Indochina terutama dalam Empayar Khmer dan tercatat dalam sejarah Sri Lanka.
Satu lagi yang ingin saya beritahu,sejarah Melayu jangan dipolitikkan.Sejarah Melayu amat suci untuk dikotorkan dengan tangan-tangan politik.Ketika era Buddha,sejarah Melayu ditulis dengan menggunakan huruf suci dalam riwayat Mon dan Pali.Ketika era Islam,kitab-kitab sejarah Melayu dimulakan dengan lafaz bismillah dan puji-pujian pada Allah serta Nabi Muhammad s.a.w.
'Khutbah' sejarah ini saya akhiri dengan sebuah prasasti dari Vietnam iaitu Prasasti Dong Yen Chau,tinggalan Melayu suku Cham berusia abad ke-4 Masehi sezaman dengan Empayar Rom:
"Siddham! Ni yan Naga pun putauv, ya uran spuy di ko, kurun ko jmay labuh nari svarggah, ya uran peribhu di ko, kurun saribu tahun ko davam di naraka, dnan tijuh kulo ko"
Perhatikan beberapa perkataan Melayu purba yang masih digunakan sehingga ke hari ini:
uran=orang
yan=yang
pun=pun
kurun=kurun
saribu=seribu
tahun=tahun
davam=diam
di=di
naraka=neraka
dnan=dengan
tijuh=tujuh
ni=ini
Prasasti berbahasa Melayu ini mendahului apa jua prasasti kaum-kaum Asia Tenggara yang lain seperti Mon,Khmer,Burma,Dai-Viet apatah lagi Thai.Sebab itu saya katakan jangan takut anak Melayu.Nenek moyang telah pahatkan sejarah bangsa kita ada batu bersurat.Hampir 2000 tahun bahasa Melayu dipahat pada prasasti.Kita pribumi Asia Tenggara.Ini rumah kita zaman-berzaman.Jagalah rumah yang Tuhan berikan kepada kita.Jangan sia-siakannya dengan melepaskannya kepada orang lain.Kita ada Selat Melaka yang dari dahulu menjadi sumber kekayaan paling ajaib di dunia.Lihat pada peta dunia,lihat kedudukan kita di mana.Bayangkan,orang lain terpaksa tebuk bumi untuk buat terusan Suez dan Panama,kita Tuhan bagi percuma Selat Melaka.
Jangan bersedih.Semangatlah!Hulurkan tangan anda.Biar saya pimpin ke dunia masa depan yang lebih gemilang.
Bangsa yang punya sejarah masa lalu adalah mereka yang punya masa depan.Bersatulah.Dengar apa pesanan nenek moyang yang terpahat pada batu bersurat.Mala-yu adalah bangsa yang amat tua,jika anda mahu mengetahui.
I'm vampire of history.Telahku semahkan darah pada batu bersurat,telahku perahkan limau pada keris wasiat.Sampai masa aku bangkit untuk berjuang.Ku pertahankan bangsa atas nama agama.Sebab wujud bangsaku kerna membela agama.Bukan sebab bangga aku membela bangsa.Bukan sebab dunia aku membela bangsa.Sebab hakikat kebenaran yang diminta.Sebab kasihkan agama.
~Srikandi
The Keeper of Royal Maulimalaraja,Ketomala & Sriwijayamala