Bila kawie buka fb tadi, ternampaklah peringatan untuk wish birthday utk Boneka Tak Sakit. Jadi kawie pun wish le kat dia. Tak sangka pulak dengan pantasnya boneka reply message kawie.
Waktu kawie mula mengenali arwah sham dulu, bermulalah aktiviti kawie sebagai blogger. Kerap mengunjungi blog2 yang baru untuk mencari kawan blog dan cuba mencari pengomen blog kawie sebanyak yang mungkin. Bahkan kawie bertanding dengan arwah untuk mencari followers yang paling banyak.
Dalam proses itu kawie mula mengenali seorang yang istimewa. Gambarnya hanya seekor makhluk pelik yang berwarna hijau YANG DUDUK ATAS KERUSI. Suka mengeluarkan perkataan2 yang jarang diguna dan ayat yang tunggang-langgang. waktu itu dia juga adalah blogger baru dan kawie telah pun menjadi follower blognya. Rasanya antara yang terawal gak jd followers blog dia. Sayang blog mamat yang tuh dah x de lagi dah. mamat tuh delete kot. Dan dia aktif FB skrg nih.
Kegemaran beliau pada waktu itu adalah bermain games. kawie x ingat game ape tapi kerap laa dia dok kutuk2 budak2 yang dok lawan game ngan dia. kawie ingatkan dia adalah budak sekolah menengah sebab lawan game dia pun adalah budak sekolah rendah. biase le budak sekolah menengah buli budak sekolah rendah. tapi bukan.. rupanya dia adalah graduan universiti Lim Kok Wing. Bila tahu tentang dia, kawie ngan arwah memang ketawa sakan melihat telatah mamat sekor nih... ;)
satu perkara yang orang lain x tahu, mamat nih pada mula2nya amat susah nak komen blog org lain. kawie dan arwah dah banyak kali pergi blog mamat nih dan komen tapi mamat ni poyo, hidup dalam dunianya saja dan suka post entri yang susah nak difahami tapi kelakar. Jadi kawie dan arwah telah decide untuk menarik mamat ini kedalam dunia blog yang sebenarnya supaya dia tidak hanya dengan dunia peliknya sahaja di blog dia shj.
kami mula melayan setiap komen2 mamat nih kat blog dia. akhirnya mamat nih memberi respon yang cukup baik. tapi waktu tuh mamat nih x tahu lagi yang kawie dan arwah duduk 1 rumah. hehehhehe...
dari perbualan kat YM, barulah kawie dan arwah tahu yang mamat nih cari aweks. So arwah bagi lah beberapa tips iaitu pergilah ke blog arwah dan blog kawie dan komenlah kat entry kitaorg dan komen kat blogger2 awek yg dtg ke blog kitaorg. Dan si mamat pelik nih pun ikutlah nasihat arwah sham tuh...
Tapi mamat nih mula femes bila dia memasuki contest lumut. Dia memang pandai provokasi kat ruang komen blog2 org lain. Aneh dan kelakar komen2 dia. Tapi dari situ bloggers popular mula mengenali mamat poyo nih.
Satu perkara kelakar sgt2 tentang mamat nih adalah dia amat susah nak berjumpe ngan org lain. apatah lagi kitaorg yg baru kenal dia. tapi kitaorg telah berjaya menyebabkan dia gabra bila kitaorg berjaya mengetahui alamat kedainya dari alamat IP blog mamat nih. Dan Arwah yang memang familiar ngan kawasan kedainya telah memberikan butiran2 detail tentang lokasi kedainya. Memang dia gabra waktu tuh sebab kitaorg dah cakap nk gi kedai dia kalau dia x nak kuar jumpe kitaorg... Kegabraan mamat nih menyebabkan kawie dan arwah ketawa terbahak2.
Bila dah kenal ngan mamat nih, dia memang best. Pelik kan? tapi itulah hakikatnya. Sifat2 pelik dalam diri mamat ini menyebabkan dia menjadi kelakar pada kami. Bahkan terasa dekat yang teramat, seolah2 mamat nih adalah rakan serumah kawie dan arwah pada waktu tuh. Dan kerana itu kawie dan arwah memang SAYANG BANGAT sama BONEKA TAK SAKIT.
Dulu diawal perkenalan kawie dan arwah dengan Boneka Tak Sakit, dia selalu menggunakan perkataan "Bangkai", "Sakai". Sekarang ini perkataan itu sudah hilang di wall FB beliau. Mungkin juga dia telah berubah? semua orang berubahkan...
"SELAMAT HARI LAHIR BRO!!! SEMOGA KO SUKSES DALAM SEGALANYA.. AMINNN.."
p/s: dah lama x menulis kat blog nih. kerana SAYANG SAMA BONEKA, kawie menulis entri ini khas buat BONEKA TAK SAKIT.