HARAP MAKLUM ........

#########################################

Buat pembaca yang mahu meninggalkan komen, sila pastikan anda meninggalkan link blog anda dalam kotak komen DIQCUSS.


Terima kasih diatas sokongan anda....

kawie2020 team.

BAJU CHENTA

View Comments
Ini adalah n3 lama yg telah dipublishkan pada 14hb september 2009. N3 ini di auto publishkan sempena ketiadaan kawie kerana bercuti di hadtyai Thailand...

N3 ini kawie dapat dari laman web Jenakagroup@yahoo.com yang diuruskan oleh bapa saudara kawie..Chik Alik....

semoga terhibur...

Photobucket

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin pada petang jumaat. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu tanpa seurat benangpun dibadannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

“saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja!”.


“tapi kau telanjang !!!???” marah si nenek .


“ini BAJU CINTA saya” balas si cucu perempuannya


“BAJU CINTA ??” si nenek kehairanan


“ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek” pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami di petang jumaat ini. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur. sesampai di rumah, si nenek tadi menanggalkan semua pakaiannya, mandi,berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang.

Berberapa ketika si atok tadi pulang, sebaik saja pintu di buka si atok mendapati si nenek berbogell kat depan pintu.

“kenapa dengan kau nie … buang tebiat???” marah si atok tadi.


“ini lah BAJU CINTA bang” kata si nenek tadi.

Photobucket


“BAJU CINTA???……kalau iye pun, iron la dulu baju tu”


p/s: hahahahahha...

Pandangan Sarjana Rusia

View Comments
Kawie berada dikampung kali ini. Berukband tak dapat bergayut dengan lancar menyebabkan kawie kesukaran untuk memasuki alam maya. Maafkan sekiranya kawie tak sempat untuk menjenguh blog kawan2 sekelian...

N3 kali ni dah lama kawie dapat cuma hari ini nak share dengan kawan-kawan. Selamat membaca... :)

#####################

Dr Victor A Pogadaev adalah sarjana Rusia yang kini berkhidmat sebagai profesor madya di Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya. Artikel ini disediakan bersempena dengan sambutan ulang tahun hari lahir Tun Dr Mahathir Mohamad pada 20 Disember.


Ketika kemuncak krisis kewangan di Asia Tenggara pada Ogos 1998, saya berkunjung ke Kuala Lumpur atas undangan Gabungan Persatuan Penulis Nasinal (Gapena) dan julung-julung kali melihat lapangan terbang antarabangsa KLIA yang baru dirasmikan.

Saya dengan hairan berkata: "Dan anda cakap anda mengalami kemelesetan ekonomi!"

Reaksi hampir sama saya lahirkan apabila timbalan ketua setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohd Azmi Razak (yang kebetulan saya kenali ketika masih belajar di Universiti Malaya pada 1970-an) dengan bangga menunjukkan Kompleks Sukan Bukit Jalil yang juga baru dirasmikan menjelang Sukan Komanwel.

Dalam mendepani kegawatan ekonomi ketika itu, tentu petandanya boleh dilihat dengan jelas. Tetapi pada amnya program pembangunan negara seiring dengan Wawasan 2020 terus dilangsungkan.

Sumbangan perdana menteri waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad dalam hal itu tidak boleh dinafikan. Mula-mula beliau mengambil tindakan melawan spekulator mata wang dengan menetapkan kadar tambatan ringgit yang stabil dan mengehadkan pengalirannya ke luar negara.

Strategi mengatasi krisis yang disusun perdana menteri - tanpa bantuan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dan pertubuhan antarabangsa lain - ternyata amat berkesan. Lebih penting, strategi itu dilaksanakan sedemikian rupa sehingga tidak merugikan program sosial dan tidak pula memberatkan kedudukan orang biasa.

Pemandu teksi yang membawa saya dari KLIA mengungkapkan: "Mahathir seorang perdana menteri rakyat. Dia mementingkan bukan diri sendiri tetapi orang yang sekarang berada dalam kesempitan, iaitu rakyat jelata".

Pastinya fenomena keperibadian Dr Mahathir akan disoroti lama lagi. Tindakan seorang yang luar biasa selalu menarik perhatian, tambahan pula kalau beliau memang pandai menemui jalan keluar dari sebarang situasi, bahkan yang sepintas lalu kelihatan buntu.

Saya ingat pada akhir tahun 1980-an apabila, sebagai akibat formaliti undang-undang, Umno yang diketuainya menjadi seakan-akan tidak wujud. Dr Mahathir dengan pantas mendaftarkan parti itu dengan nama Umno (baru).

Seorang wartawan asing pernah mencatat situasi itu seperti berikut:"Mahathir seumpama dengan orang yang terjatuh ke dalam lubang tetapi bukan saja boleh keluar dengan selamat, malah menemui di sana harta karun".

Dr Mahathir juga pernah dinamakan sebagai doktor rakyat apabila, selepas rusuhan kaum pada Mei 1969, beliau disingkirkan daripada partinya dan kembali menyambung kerja di klinik.

Ia berpunca daripada surat yang ditulisnya kepada perdana menteri ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra dan kerajaan, dengan menimpakan tanggungjawab berhubung rusuhan kaum itu kepada mereka - bertentangan dengan pendapat umum waktu itu.

Dr Mahathir tidak boleh secara langsung mengambil bahagian dalam politik tetapi beliau tidak dilarang menulis. Dan beliau menurunkan fikiran yang paling terpendam ke atas kertas.

Mengapa orang Melayu di negaranya sendiri tidak berpeluang menjalankan kehidupan selayaknya? Apa mesti dilakukan bagi meninggikan taraf ekonomi mereka dengan tidak merugikan hak kaum lain? Bagaimana hendak mencapai kesetaraan antara kaum?

Ia membawa kepada kesimpulan bahawa, penting mengembalikan orang Melayu ke bidang pengeluaran dan perdagangan seperti mereka didesak keluar akibat dasar penjajah yang menggalakkan imigrasi pekerja dari India dan China serta membekukan hubungan patriarki di kalangan Bumiputera luar bandar.

Tetapi membuat itu tanpa sokongan kerajaan adalah tidak mungkin. Kerana itu, beliau mencadangkan orang Melayu diberi bantuan ekonomi khusus.

Dilema Melayu, buku karangan Dr Mahathir, diharamkan tetapi ia masih sempat dibaca orang. Persoalannya, apa gunanya mengharamkan buku itu apabila rusuhan kaum 1969 menunjukkan bahawa sudah tiba masanya untuk menyelesaikan masalah kemunduran orang Melayu.

Kesan-kesan rusuhan, antaranya deretan kedai yang musnah dalam kebakaran di Jalan Bangsar dan sikap berhati-hati orang Melayu dan Cina terhadap satu sama lain - masih kelihatan ketara pada 1970 apabila saya bersama sekumpulan pelajar Russia julung-julung kali datang ke Kuala Lumpur.

Di Universiti Malaya, jarang dilihat pelajar-pelajar Melayu dan Cina bergaul bersama. Mereka juga mengelak membincangkan masalah politik. Betapa seriusnya hal itu dimengertikan oleh Tunku Abdul Rahman yang memilih untuk bersara.

Langkah itu boleh ditafsirkan sebagai kerelaannya mengambil tanggungjawab atas peristiwa Mei 1969 - satu pendirian berani!

Tun Abdul Razak Hussein yang menggantikannya ternyata memiliki pandangan yang sama dengan Dr Mahathir. Beliaulah yang menyusun Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan mengukuhkan kedudukan ekonomi orang Melayu.

Pastinya allahyarham turut memerhatikan Dr Mahathir pada awal tahun 1960-an apabila beliau dipilih menjadi ahli parlimen dan dengan giat mempertahankan kedudukan orang Melayu.

Dengan bersaranya Tunku Abdul Rahman, maka Dr Mahathir mendapat peluang melaksanakan gagasannya dan kembali berpolitik secara aktif. Pada 1972, beliau diterima kembali dalam Umno dan diberi jawatan dalam kerajaan dua tahun kemudian.

Mula-mula Dr Mahathir dilantik sebagai menteri pelajaran. Pada 1976, beliau dilantik sebagai timbalan perdana menteri dalam kabinet Tun Hussein Onn. Pelantikan ini disusuli jawatan perdana menteri pada 1981.

Peristiwa itu disifatkan pemerhati politik bukan hanya sebagai pergantian kerajaan, malah melonjakkan ahli politik generasi baru - meskipun tidak berapa muda daripada pendahulunya tetapi mempunyai asal-usul lain, penuh gagasan baru dan berazam bergiat cergas.

Lee Kuan Yew, waktu itu perdana menteri Singapura, mencatatkan bahawa di Malaysia "generasi baru daripada lapisan bawah datang ke tampuk kekuasaan'. Dan ia sememangnya benar demikian.

Dr Mahathir bukan saja menyambung dasar pendahulunya yang mahu menyatukan di sekitar Umno pertubuhan-pertubuhan politik lain, termasuk parti pembangkang, dalam rangka BN tetapi mengubah wajah negara sama sekali.

Apabila saya kembali semula ke Malaysia selepas 16 tahun, saya tidak kenal lagi negara ini. Malaysia mendekati apa yang dinamakan negeri perindustrian baru, ia berhasil merekabentuk kereta sendiri yang dieksport dan bercita-cita melancarkan seorang angkasawan ke angkasa lepas.

Tetapi saya sempat menyaksikan gejala yang lain juga. Di mana-mana, ternampak petanda pengislaman yang cergas. Perempuan Melayu mula bertudung dan berbaju kurung labuh. Kaum lelaki Muslimnya mula lebih ketat mengikuti peraturan agama.

Bermacam-macam acara keagamaan, termasuk tilawah membaca al-Quran, menyerikan kehidupan bernegara. Islam seakan-akan menjadi perisai untuk orang Melayu mempertahankan jati diri, keperibadian dan kebudayaannya.

Lembaga-lembaga kewangan Islam, termasuk bank Islam, mendapat peluang berakar kuat. Bersamaan dengan itu, kaum-kaum lain juga mendapat keyakinan terhadap masa depan.

DEB yang disusun pada zaman Abdul Razak diubahsuai sedemikian rupa sehingga tidak menjejaskan hak mereka sambil meninggikan status ekonomi bumiputera.

Bukti keberhasilan jalan yang dipilih ialah pencapaian besar dalam bidang ekonomi yang dicerminkan antara lain dengan pembinaan Koridor Raya Multimedia (MSC), Cyberjaya dan mercu tanda berprestij, Menara KL dan Menara Berkembar Petronas.

Cendekiawan dan kelompok masyarakat yang paling peka pada amnya menyokong dasar-dasar Dr Mahathir.

Bayangkan Malaysia, dahulunya negara agak kecil dan kurang dikenali, mengejutkan masyarakat dunia dengan menuntut agar benua Antartika diberi status "warisan seluruh umat manusia".

Malah, Malaysia sentiasa berada di barisan depan dalam pelbagai kerjasama antarabangsa, termasuk memerangi dadah, di samping menjadi penganjur penyatuan usaha negara membangun untuk mendapat tempat lebih dihormati di dunia.

Maka berkumandanglah suara Dr Mahathir yang mengungkapkan: "Kita lama memandang pada Barat tetapi tidak lagi menganggapnya sebagai contoh sesuai bagi kita".

Ia bukan sekadar kata-kata, sebaliknya diteruskan dengan langkah-langkah konkrit menuju ke arah terjalinnya hubungan lebih seimbang dengan negara lain, termasuk Russia.

Dasar Dr Mahathir dalam bidang kebudayaan juga lain daripada yang lain. Malaysia sebuah negara Asia Tenggara yang berjaya melaksanakan dasar bahasa kebangsaan.

Bahasa Melayu ditetapkan sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah dan menengah dengan pengecualian untuk penggunaan bahasa Inggeris di institusi pengajian tinggi (IPT).

Semangat patriotisme yang menjadi ciri khas masyarakat Malaysia adalah salah satu faktor lagi yang membantu Dr Mahathir mengadakan dasarnya demi kepentingan rakyat.

Namun, Malaysia juga negara yang menyaksikan kewujudan pelbagai parti politik. Dan tidak semua langkah pemimpin negara dinilai sama. Misalnya Dr Mahathir pernah dikritik kerana bertindak terhadap pembangkang pada kemuncak krisis kewangan tetapi keprihatinan beliau boleh dimengerti.

Akhirnya, kita tidak boleh tidak mengagumi cara bagaimana kerajaan Malaysia memikirkan nasib pelajar sekolah. Mereka akan hidup pada alaf baru dan, kerana itu, wujudlah satu lagi cogan kata “anak tanpa komputer ialah anak tanpa hari depan”.

Kenyataan itu bererti bahawa pada masa terdekat setiap keluarga akan menpunyai sekurang-kurangnya satu komputer.

Raja yang dilawati oleh Putera Kecil dalam karya penulis Perancis, Antoine de Saint-Exupery Le Petite Prince (Putera Kecil) pernah berkata:

"Kekuasaan patut menjadi wajar. Kalau aku memerintah rakyat untuk menceburkan diri ke laut, maka rakyat akan mencetuskan revolusi. Aku berhak menuntut kepatuhan kerana perintahku wajar".

Kini, ketika Dr Mahathir sudah bersara daripada kegiatan politik aktif, kita boleh mengambil kesimpulan bahawa dasar Dr Mahathir memang wajar. Selama 22 tahun, beliau menyusun strategi yang boleh dicapai bersandarkan kepada sokongan masyarakat terbanyak.

Dr Mahathir tidak takut mengubah dasarnya, sesuai dengan perkembangan semasa dan berpandukan kepentingan rakyat terbanyak tanpa mengambil peduli pendirian Barat.

Dan apabila beliau mundur, beliau yakin akan hari cerah Malaysia kerana penerusnya Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Abdul Razak menyambungkan politik bertujuan untuk meningkat kesejahteraan rakyat.

Geng Bloggers Gay Tua!!!

View Comments
Aku membaca N3 jard selepas mesyuarat tadi. N3 yang dibuat untuk bloggers2 yang dikatakan membincangkan tentang topic2 sempoi, ganaz dan unsur2 kelucahan yang penuh kesopanan dan kesusilaan....

Photobucket

Aku tergelak kesorangan apabila membaca komen-komen dari blog Jard...

Gelaran ini sebenarnya dicetuskan oleh ahli yang paling genius iaitu Boneka Tak sakit... Beliau adalah seorang ahli yang termuda sekali ala-ala anak ikan... ensem dan penuh dengan kata-kata kosa yang kadang2 aku sendiri tak paham..

Boneka lah yang memberi gelaran

"Bloggers Gay Tua"

Bro Sham sekali lagi mengupdated kan aku tentang panorama yang berlaku didalam alam blog ini. Beliau juga meminta aku menghuraikan tentang persekutuan (alliance) yang berlaku diantara Ahfatt, Boneka X sakit, Bro Sham dan Kawie2020.

Merujuk kamus Dwi Bahasa yang keluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, pada tahun 2005 aku akan menjelaskan maksud-maksud nama yang telah dicapkan kepada blogers2 tersebut seperti cap ayam... hahahahahaha...

Bloggers seperti yang kita tahu ia adalah individu ataupun lebih dari seorang yang menjadi pengurus ataupun moderator terhadap satu halaman blog...

Gay kalau merujuk kamus adalah perasaan ceria, riang, ria, gembira dan girang... yang suka sejenis itu dipanggil sebagai homosexual tetapi perkataan gay ini sering digambarkan sebagai kesukaan sejenis... tetapi maksud dalamannya BUKAN!!! hehehehehe

Tapi kalau dilihat situasi sebenarnya, sesungguhnya kitaorg memang senang dan gembira dengan satu sama lain. boleh berbincang tentang apa jua topik seperti seks, lucah, aweks, blog, hipokrit, cinta yg tak jadi, badi, bola dan semua isu2 nasional...

Dan yang paling penting dikalangan kitaorg ini tiada yg sentap menyentap, terasa, terguris atau perasaan yang seangkatan dengannya. walaupun dikutuk atau dikatakan macam2 yang tak terpikir dek akal... dalam hal ini, persepakatan diantara ahfatt, boneka, kawie dan bro sham sememangnya adalah kawan yg sempoi dan masih mampu tersenyum dan bermesra2 walaupun dikutuk sesama sendiri.. hahahahaha...


Tua merujuk kepada kamus adalah lama, lanjut, lampau dan berpengalaman... Ia sebenarnya, apabila terjadinya gathering diantara Ahfatt, Bro Sham dan kawie di Mid valley selama 7 jam mengambarkan keserasian dalam bertukar2 cerita, pengalaman, info, kenangan2 lama dan sambil mengusha awek2 seksi yang sengaja melintas dihadapan kami...

Padahal itu adalah kali pertama kami bertemu diantara satu sama lain dan ia berlangsung dengan suasana yang cukup mesra dan tanpa disedari sehingga memakan masa selama 7 jam... hehehehehehe...

Jadi apabila digabungkan "geng Bloggers gay tua" sebenarnya ia memberi erti yang cukup mendalam iaitu "sekawan bloggers yang riang ria dalam tempoh yang cukup lama"...

Boneka ada menganjurkan contest untuk aweks2 sahaja... kami semua memberi sokongan kepada boneka kerana contest ini memang lawak dan lain dari yg lain... heheheheheheehe...

Walaupun kitaorg dilabelkan sebagai "geng Bloggers Gay Tua" tapi....



kalau ade awek2 yang nak berkenalan dengan kitaorg, kitaorg RELA... RELA U... hahahahahaha....


p/s: Ada seorang anak ikan yg berpotensi join kitaorg iaitu "Abe Long"... hehehehehe... siap ko jd mangsa... hahahahahahaha

Sebijak-bijak Si Awang Pot Pet

View Comments
Photobucket

Amirul adalah seorang anak yatim. Beliau telah dipelihara oleh neneknya yang kaya. Bila Amirul memasukki sekolah menengah, neneknya menghantar Amirul ke sekolah berasrama swasta yang teramat mahal.

Walaupun dibesarkan dengan kemewahan, Amirul adalah seorang budak yang pandai, bijak dan bersopan santun. Amirul berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti di luar negara. Keadaan ini menyebabkan Amirul tidak banyak masa diluangkan bersama-sama neneknya itu.

Setelah tamat pengajian, Amirul pulang ke Malaysia dan mengambil alih perniagaan neneknya itu. Tidak lama kemudian nenek Amirul telah meninggal dunia dan mewariskan semua kekayaannya kepada Amirul cucu tunggalnya itu.

Photobucket

Sewaktu ketiadaan Amirul, neneknya ada membela seekor burung kakak tua yang besar, cantik dan bijak berkata-kata. Burung kakak tua ini dinamakan Awang Pot pet kerana kebecokkannya berbicara seperti manusia.

Amirul juga mewarisi burung kakak tua yg dipanggil awang pot pet ini juga. Oleh kerana Amirul jarang meluangkan masa dirumah, Awang pot pet ini mula membenci Amirul…

Pantang sahaja Amirul ada dirumah, Awang pot pet ini akan menyindir dan berkata provokasi kepada Amirul. Tetapi Amirul hanya bersabar kerana mengingatkan bahawa awang pot pet ini hanya seekor burung sahaja.

Sehinggalah suatu hari di hari minggu, sedang Amirul bersarapan sambil membaca surat khabar, Awang pot pet telah mencetuskan krotroversi dengan Amirul. Amirul tidak dapat bertahan lagi lalu terletuslah pertengkaran mulut diantara Amirul dengan Awang pot pet…

Dikemuncak pertengkaran itu, Awang pot pet telah memarahi Amirul dan menghalau Amirul dari rumah agam itu. Amirul mula tension dan terus menangkap Awang pot pet dan masukkan dia kedalam peti ais..

Photobucket

Awang pot pet meronta, mematuk tangan Amirul tetapi apakan daya awang pot pet sebagai seekor burung.. Dia kalah dan dikurung didalam peti ais itu.

Awang pot pet masih marah dan meronta-ronta dalam peti ais itu sambil memaki Amirul.. setelah 10 minit, Awang pot pet terus senyap dan berdiam diri…

Amirul perasan tentang perkara ini.. timbul penyesalan Amirul terhadap tindakannya mengurung burung kesayangan aruah neneknya itu… Dia mula mengenangkan jasa2 Awang yang sentiasa menemani neneknya ketika keseorang dirumah yg besar ini.

Amirul segera buka peti ais kerana bimbang Awang pot pet akan mati kesejukan didalam peti ais nanti…

Amirul mengambil Awang pot pet yang berdiam diri itu dan letakkan diatas meja makan…

“Maafkan Amirul, Awang pot pet… Amirul tak berniat nak buat camni kat Awang pot pet… tapi kalau Amirul marah sangat memang Amirul akan buat perkara-perkara yang bukan2.. maafkan Amirul yer”

Amirul berkata dengan ikhlas dan penuh penyesalan…

Melihat muka Amirul yang sedih itu, lalu Awang pot pet pun berkata..

“Awang pot pet pun nak minta maaf jugak kat Amirul, tak sepatutnya Awang pot pet menghalau Amirul tadi… selepas ni Awang berjanji tak akan bercakap bukan2 lagi dan berjanji akan berkelakuan baik… Maafkan Awang juga yer Amirul”

Amirul terkejut dengan perubahan sikap burung aruah neneknya itu tapi ini adalah suatu perubahan yang amat baik…

Awang pot pet berkata lagi kepada Amirul…

“Awang pot pet harap sangat-sangat supaya Amirul tak marah lagi dan jangan membuat perkara-perkara yang pelik lagi tapi Awang pot pet nak tanya sikit nih, jangan marah Awang pot pet pulak ek..”

“Tanyalah Awang pot pet.. Amirul tak marah pun”

Photobucket

“eerrrrr… ayam dalam peti ais tu buat ape kat Amirul?” Awang Pot pet bersuara dengan terketar-ketar…

Hahahahahahahahahahaha……

Skandal....

View Comments
Photobucket
Khathy adalah seorang pelajar yang cantik, menarik, ceria dan mudah mesra. Kathy juga memiliki minda yang cerdas dan sentiasa menjadi bualan rakan senior dan juga siswa-siswa yang lain.

Kathy juga sebenarnya adalah seorang pelajar yang berasal dari kampong tetapi sejak menjejak kaki ke Universiti terkenal di ibukota, Kathy mula berubah perangai menjadi seorang yang ‘trendy’. Ditambah pula dengan kecantikkannya itu, Kathy menjadi lebih menarik perhatian kaum lelaki.

Namun kehidupan di Kuala Lumpur ini memerlukan wang yang banyak. Kathy tidak mahu lagi kelihatan seperti perempuan kampung yang tidak tahu menggunakan make up, hanya berbaju kurung dan kelihatan kolot.

Kerana itu Kathy amat memerlukan wang yang banyak. Kahty juga amat menggemari makan di restoran-restoran mewah supaya dia akan terus kelihatan lebih elegen dan ade kelas.

Kerana itu Kathy memburu lelaki kaya, tak kisahlah walaupun lelaki itu sebaya ayahnya. Siswa yang membawa kereta mewah dan mampu untuk membelanja dia makan direstoran mewah juga menjadi tarikan kepada Kathy.

Apa yang penting adalah memenuhi keperluan Kathy. Beg berjenama Bonia, kasut Prada, make up mahal, minyak wangi yang branded, aksesori mahal dan sebagainya sudah menjadi keperluan utama Kathy.

Oleh itu, lama kelamaan Kathy mulai sedar bahawa lelaki muda tidak mampu menyediakan semua itu. Kathy mula memburu lelaki kaya yang berumur sedikit. Kalau tua tapi kaya, tak menjadi masalah kepada Kathy. Dan Kathy sudah pandai menggoda…

Photobucket

Kecantikan yang ada padanya, kelunakan suaranya dan keseksian tubuh badannya sememangnya mudah untuk Kathy menawan mana-mana lelaki tua yang kaya.

Akhirnya Kathy ditaja oleh seorang Tan Sri yang kaya dan Kathy amat menyukai kehidupannya sekarang ini. Dan Khaty percaya dengan pakej yang ada padanya, dia juga boleh mendapatkan lelaki muda untuk memuaskan nafsunya itu.

Kerana kelalaian Kathy itu, pada peperiksaan semester yang lepas, Kathy telah gagal satu kertas dan Kathy dikehendaki menduduki peperiksaan semula untuk kertas yang gagal tadi ketika cuti semester.

Kathy berasa malu untuk menduduki peperiksaan itu semula dan otaknya ligat mencari idea untuk bagaimana untuk mengatasi masalah ini.

Photobucket

Kathy tersenyum kerana Profesor subjek itu sememangnya sudah lama menaruh hati kepada Kathy. Ini adalah peluang untuk Kathy menggunakan pakej yang ada padanya untuk mencapai matlamatnya itu.

Kathy segera menemui prof di bilik. Kathy tersenyum kepada prof dan prof membalas senyuman Kathy. Kathy mulai gembira kerana rasa-rasanya dia boleh mkan prof tersebut.

“Prof ape khabar?”

“Saya baik sahaja tapi awak tu yang sombong dengan saya.. awak dah lupa jalan kebilik saya ni kan.. hehehehehe”

“tak adalah prof… saya sibuk sikit… tu yang tak datang tu… kikikiki”

“Family sihat prof?” Kathy tersenyum…

“ Aisyehhh.. U ni dating nak jumpa I ke atau nak tanya tentang family I nih?” Prof mencuka main-main…

Perbualan yang formal tadi bertukar kepada I, U, I, U…..

Kathy gembira kerana Prof sudah tertarik kepadanya…. Dan masih lagi tersenyum manis….

“Ehh.. sorry la sayang… I tak bermaksud nak bertanyakan tentang family u… kikikikiki… U jgn terasa pulak ek… semakin sweet la I tengok u sekarang nih..kikikikiki” kata Kathy sambil jari jemarinya menyentuh pipi Prof…

“Nasib baik U panggil I sayang.. ni yang I lemah nih.. hehehehehehe…” Prof mulai gatal…

“Naper u jawap paper I teruk sangat? I tak boleh nak luluskan U ler.. I frust tau u tak lulus…”

“alaa sayang, I tak sihat hari tuh… ditambah ngan sakit kepala yang sangat2…”

“keshian kat u ek.. dah baik dah ke sakit kepala u tu.. atau u nak I picitkan?.. hehehehehhe” Prof mula mencucuk jarum..

“kikikiki.. gatal lah u ni… tapi ade syaratnya sayang… I sanggup buat ape sahaja taw…” Kathy mula bersuara manja dan seksi…

Kathy mulai mengosok2 kakinya kekaki prof dibawah meja…

“Sayang… bleh tak I tak masuk exam ulangan tuh.. tapi u kasik la I A+… I sanggup buat ape saja taw untuk u… khusus untuk u sayang…. Pleeaaasssseeee….”

“U ni manje sgt laa.. I tak tahan ngan manja2 camni… betul u sanggup buat aper saja.. hehehehehe”

“betul sayang.. I akan turuti apa saja kemahuan u sayang… U cakap jer kat hotel mane.. I akan pergi tunggu u taw.. kikikiki”

“emmm.. u ni bersungguh2 betul le.. ni yang I suka dengan semangat u ni… kat bilik I ok tak?”

“kikikiki… I tak kisah kat mane pun .. janji u suka.. kikikikiki…”

“Esok u free x? hehehehehehe.. dalam pukul 3 ptg.. hehehehhe…” Prof berkata sambil tersenyum manja kepada Kathy…

“Free sayang… free…” Kathy mulai melayan Prof gatal itu….

Photobucket

“Ok.. Esok U jgn lupa bawa buku dan nota2 yang I bagi dalam kelas ek.. I lecture u balik tentang topic yang u lemah tu ek... ade lagi 2 org student cam u akan datang same” Prof bercakap dengan seriusnyer...

p/s: hahahahahahahahaha... jgn dok pikir bukan2 ek... hahahahahahaha..

Kenangan Terindah.....

View Comments
Bangun pagi aku telah masuk kerumah master teddy. Aku terdengar lagu ini.

Lagu ini terus mengimbau kenangan aku sewaktu sekolah dahulu. Lagu ini memang wajib dinyanyikan sewaktu perhimpunan sekolah aku dulu.

Sekarang lagu ini menjadi isu... Korang bleh dengar gak.. aku masukkan link...




Anak kecil bermain api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara (3x)

p/s: rindu kawan-kawan sekolah dulu...

Kotak Hadiah

View Comments
Salam Maal Hijrah buat semua…

Ramai yang menyambut hari jadi didalam masa terdekat ini.. Ramai juga yang berazam sempena tahun baru Hijrah ini..

N3 kali ini adalah renungan buat kita semua sempena sambutan tahun baru Hijrah…

Selamat membaca…

#########################################

Photobucket

Amin adalah seorang suami dan ayah telah memukul anak perempuannya, Aimi Auleya’ yang berusia 4 tahun kerana telah merosakkan kertas pembalut hadiah yang dibelinya untuk membalut papan kenyataan didialam kelas disekolahnya.

Walaupun Amin seorang guru, tetapi dia telah dibebani hutang yang banyak menyebabkan kedudukan kewangannya menjadi kurang stabil.

Amin menjadi marah dan kecewa apabila kertas pembalut itu sungguh cantik dan mahal telah dirosakkan oleh Aimi… Amin membebel diatas kesalahan Aimi itu..

Namun pada pagi keesokannya, Aimi dating dengan muka yang ceria. Aimi berlari sambil memeluk daddy nya itu dengan penuh erat dan mesra..

Amin terkejut tetapi dia berasa sungguh bahagia.. Penyesalan mulai timbul disanubari hatinya kerana memukul anaknya itu. Anaknya yang mewarisi muka yang seiras dengan muka bekas isterinya itu menyebabkan Amin cepat naik darah terutamanya apabila anaknya itu melakukan kesalahan.

“Daddy… Ni hadiah untuk Daddy…” kata-kata comel terpacul dari mulut Aimi…

Amin terpandang kotak hadiah itu.. dibalut menggunakan kertas pembalut hadia yang dirosakkan Aimi semalam… Amin berasa sungguh sedih kerana memukul anaknya itu…

Amin berasa malu.. dan dia tersenyum kepada Aimi sambil mengambil kotak hadiah itu dan terus membukanya…

Tetapi tiba-tiba Amin melenting… rasa marahnya kembali membuak-buak kepada anaknya itu apabila kotak hadiah itu kosong dan tiada apa-apa didalamnya….

Amin menjerit kepada Aimi… Aimi terkejut dengan suara kuat daddy tersayang…

Photobucket

“Aimi!!! Kalau nak kasi hadiah pada seseorang, mestilah ade hadiahnya.. tapi kenapa kotak hadiah ni kosong? Dah lah kertas pembalut tu mahal.. sekarang dah membazir macam itu sahaja!!!!”

Aimi melihat daddynya dengan berlinangan air mata… Aimi mulai teresak-esak walaupun cuba ditahnnya…dan air mata tetapi menitis air melihat daddynya marah…

“Daddy.. kotak tu tak kosong…” Aimi berkata tersekat-sekat kerana mulai manangis…

“Semalam Aimi dah isikan dengan doa dan ciuman sayang Aimi kat dalam kotak tu.. Aimi sayangkan Daddy.. Semuanya untuk Daddy..” Aimi terus menangis sambil menundukkan kepalanya…

Photobucket

Sekali lagi Amin terkesima.. Dia cukup terkejut dan malu….

Aimi masih menangis dan memeluk kaki Amin memohon kemaafan kepada Amin…

Amin memeluk anaknya itu.. Menyapu air mata dipipi Aimi dan menciumnya dengan penuh kasih sayang… Amin cukup menyesali perbuatan dia terhadap anaknya itu…

“Maafkan daddy sayang, Daddy memang bersalah” Amin mulai menangis menyesali perbuatannya…

Aimi menyapu air mata daddynya itu… menciumnya dengan lembut sekali…














Sebulan selepas itu, Aimi telah meninggalkan daddynya buat selama-lamanya.. Allah lebih menyayangi Aimi.. Aimi terkena demam panas dan jangkita kuman di otaknya..

Sehingga kini Amin masih menyimpan kotak hadiah Aimi disisi katil tidurnya..

Apabila Amin sedih dan rindu, dia membuka kotak hadiah Aimi sambil membayangkan ciuman, doa dan kasih sayang Aimi yang dimasukkan Aimi didalam kotak hadiah itu….

p/s:Dalam kehidupan ini, kita tidak tahu apa yang akan terjadi dimasa hadapan kita.. Hargailah ibubapa, saudara kita, kawan-kawan dan sesiapa sahaja yang berada disekeliling kita…