HARAP MAKLUM ........

#########################################

Buat pembaca yang mahu meninggalkan komen, sila pastikan anda meninggalkan link blog anda dalam kotak komen DIQCUSS.


Terima kasih diatas sokongan anda....

kawie2020 team.

Sebijak-bijak Si Awang Pot Pet

Photobucket

Amirul adalah seorang anak yatim. Beliau telah dipelihara oleh neneknya yang kaya. Bila Amirul memasukki sekolah menengah, neneknya menghantar Amirul ke sekolah berasrama swasta yang teramat mahal.

Walaupun dibesarkan dengan kemewahan, Amirul adalah seorang budak yang pandai, bijak dan bersopan santun. Amirul berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti di luar negara. Keadaan ini menyebabkan Amirul tidak banyak masa diluangkan bersama-sama neneknya itu.

Setelah tamat pengajian, Amirul pulang ke Malaysia dan mengambil alih perniagaan neneknya itu. Tidak lama kemudian nenek Amirul telah meninggal dunia dan mewariskan semua kekayaannya kepada Amirul cucu tunggalnya itu.

Photobucket

Sewaktu ketiadaan Amirul, neneknya ada membela seekor burung kakak tua yang besar, cantik dan bijak berkata-kata. Burung kakak tua ini dinamakan Awang Pot pet kerana kebecokkannya berbicara seperti manusia.

Amirul juga mewarisi burung kakak tua yg dipanggil awang pot pet ini juga. Oleh kerana Amirul jarang meluangkan masa dirumah, Awang pot pet ini mula membenci Amirul…

Pantang sahaja Amirul ada dirumah, Awang pot pet ini akan menyindir dan berkata provokasi kepada Amirul. Tetapi Amirul hanya bersabar kerana mengingatkan bahawa awang pot pet ini hanya seekor burung sahaja.

Sehinggalah suatu hari di hari minggu, sedang Amirul bersarapan sambil membaca surat khabar, Awang pot pet telah mencetuskan krotroversi dengan Amirul. Amirul tidak dapat bertahan lagi lalu terletuslah pertengkaran mulut diantara Amirul dengan Awang pot pet…

Dikemuncak pertengkaran itu, Awang pot pet telah memarahi Amirul dan menghalau Amirul dari rumah agam itu. Amirul mula tension dan terus menangkap Awang pot pet dan masukkan dia kedalam peti ais..

Photobucket

Awang pot pet meronta, mematuk tangan Amirul tetapi apakan daya awang pot pet sebagai seekor burung.. Dia kalah dan dikurung didalam peti ais itu.

Awang pot pet masih marah dan meronta-ronta dalam peti ais itu sambil memaki Amirul.. setelah 10 minit, Awang pot pet terus senyap dan berdiam diri…

Amirul perasan tentang perkara ini.. timbul penyesalan Amirul terhadap tindakannya mengurung burung kesayangan aruah neneknya itu… Dia mula mengenangkan jasa2 Awang yang sentiasa menemani neneknya ketika keseorang dirumah yg besar ini.

Amirul segera buka peti ais kerana bimbang Awang pot pet akan mati kesejukan didalam peti ais nanti…

Amirul mengambil Awang pot pet yang berdiam diri itu dan letakkan diatas meja makan…

“Maafkan Amirul, Awang pot pet… Amirul tak berniat nak buat camni kat Awang pot pet… tapi kalau Amirul marah sangat memang Amirul akan buat perkara-perkara yang bukan2.. maafkan Amirul yer”

Amirul berkata dengan ikhlas dan penuh penyesalan…

Melihat muka Amirul yang sedih itu, lalu Awang pot pet pun berkata..

“Awang pot pet pun nak minta maaf jugak kat Amirul, tak sepatutnya Awang pot pet menghalau Amirul tadi… selepas ni Awang berjanji tak akan bercakap bukan2 lagi dan berjanji akan berkelakuan baik… Maafkan Awang juga yer Amirul”

Amirul terkejut dengan perubahan sikap burung aruah neneknya itu tapi ini adalah suatu perubahan yang amat baik…

Awang pot pet berkata lagi kepada Amirul…

“Awang pot pet harap sangat-sangat supaya Amirul tak marah lagi dan jangan membuat perkara-perkara yang pelik lagi tapi Awang pot pet nak tanya sikit nih, jangan marah Awang pot pet pulak ek..”

“Tanyalah Awang pot pet.. Amirul tak marah pun”

Photobucket

“eerrrrr… ayam dalam peti ais tu buat ape kat Amirul?” Awang Pot pet bersuara dengan terketar-ketar…

Hahahahahahahahahahaha……
blog comments powered by Disqus