HARAP MAKLUM ........

#########################################

Buat pembaca yang mahu meninggalkan komen, sila pastikan anda meninggalkan link blog anda dalam kotak komen DIQCUSS.


Terima kasih diatas sokongan anda....

kawie2020 team.

Nenek Zaman Sekarang...

Photobucket
Nenek mempunyai 10 orang anak. Nenek dulu memang orang susah tetapi nenek sanggup berbuat apa sahaja untuk menyekolahkan kesemua anak-anaknya.

Walaupun dahulu nenek adalah ibu tunggal, dia berjaya untuk memberi pelajaran kepada semua anak-anaknya.

Hasilnya, kini anak2 nenek telah menjadi manusia yang berjaya dan amat berbudi kepada mak mereka iaitu nenek.

Anak-anak nenek memberikan segala-galanya yang terbaik. Rumah, kereta, pembantu rumah, jururawat dirumah, pemandu dan sebagainya untuk memastikan keselesaan nenek.

Photobucket

Kini pada penghujung tahun 2009, nenek baru sahaja meraikan hari lahir yang ke 92 tahun.

Nenek mempunyai segala2nya, anak yang baik dan kaya, cucu2 nenek yang bersopan santun dan cicit2 nenek yang amat menghormati nenek.

Namun diusia begini, nenek sudah tidak dapat berjalan, bergerak seperti orang lain. Nenek cuma terbaring diatas katil. Tetapi semua ahli keluarga nenek amat mengambil berat tentang nenek.

Nenek juga sudah tidak mampu bertutur lagi tetapi kelebihan yang ada pada nenek adalah nenek boleh menulis lagi walaupun tangannya terketar2 ketika menulis.

Nenek akan menulis dinota kecil untuk berkomunikasi dengan semua org sambil terbaring di katil.

Apabila nenek mengiring kekanan, dengan segera anak2 nenek akan datang kepada nenek, meletakkan nenek berbaring semula sambil meletakkan bantal untuk mengampu susuk badan nenek.

Apabila nenek mengiring kekiri,dengan segera anak2 nenek akan datang kepada nenek, meletakkan nenek berbaring semula sambil meletakkan bantal untuk mengampu susuk badan nenek.

Nenek berasa begitu gelisah, anak-anak nenek memang selalu memerhatikan pergerakan nenek untuk memastikan keselesaan nenek...

Tiba-tiba cicit nenek yang berusia 9 tahun datang kepada nenek, mengucup tangan nenek sambil berkata..

"Assalamualaikum nek, ape khabar nenek hari ini? nenek nampak kuat hari ini kan..."

Nenek menulis sesuatu, dan kertas nota itu terjatuh dari katil nenek dan dikutip oleh cicit nenek tadi..

Nota tu tertulis...

Photobucket

"Diaorang ni memang nak aku mati cepat, aku mengiring nak kentut pun diaorang ni tak kasik..."


p/s: Photobuckethehehehehhehe...
blog comments powered by Disqus