HARAP MAKLUM ........

#########################################

Buat pembaca yang mahu meninggalkan komen, sila pastikan anda meninggalkan link blog anda dalam kotak komen DIQCUSS.


Terima kasih diatas sokongan anda....

kawie2020 team.

Kotak Hadiah

Salam Maal Hijrah buat semua…

Ramai yang menyambut hari jadi didalam masa terdekat ini.. Ramai juga yang berazam sempena tahun baru Hijrah ini..

N3 kali ini adalah renungan buat kita semua sempena sambutan tahun baru Hijrah…

Selamat membaca…

#########################################

Photobucket

Amin adalah seorang suami dan ayah telah memukul anak perempuannya, Aimi Auleya’ yang berusia 4 tahun kerana telah merosakkan kertas pembalut hadiah yang dibelinya untuk membalut papan kenyataan didialam kelas disekolahnya.

Walaupun Amin seorang guru, tetapi dia telah dibebani hutang yang banyak menyebabkan kedudukan kewangannya menjadi kurang stabil.

Amin menjadi marah dan kecewa apabila kertas pembalut itu sungguh cantik dan mahal telah dirosakkan oleh Aimi… Amin membebel diatas kesalahan Aimi itu..

Namun pada pagi keesokannya, Aimi dating dengan muka yang ceria. Aimi berlari sambil memeluk daddy nya itu dengan penuh erat dan mesra..

Amin terkejut tetapi dia berasa sungguh bahagia.. Penyesalan mulai timbul disanubari hatinya kerana memukul anaknya itu. Anaknya yang mewarisi muka yang seiras dengan muka bekas isterinya itu menyebabkan Amin cepat naik darah terutamanya apabila anaknya itu melakukan kesalahan.

“Daddy… Ni hadiah untuk Daddy…” kata-kata comel terpacul dari mulut Aimi…

Amin terpandang kotak hadiah itu.. dibalut menggunakan kertas pembalut hadia yang dirosakkan Aimi semalam… Amin berasa sungguh sedih kerana memukul anaknya itu…

Amin berasa malu.. dan dia tersenyum kepada Aimi sambil mengambil kotak hadiah itu dan terus membukanya…

Tetapi tiba-tiba Amin melenting… rasa marahnya kembali membuak-buak kepada anaknya itu apabila kotak hadiah itu kosong dan tiada apa-apa didalamnya….

Amin menjerit kepada Aimi… Aimi terkejut dengan suara kuat daddy tersayang…

Photobucket

“Aimi!!! Kalau nak kasi hadiah pada seseorang, mestilah ade hadiahnya.. tapi kenapa kotak hadiah ni kosong? Dah lah kertas pembalut tu mahal.. sekarang dah membazir macam itu sahaja!!!!”

Aimi melihat daddynya dengan berlinangan air mata… Aimi mulai teresak-esak walaupun cuba ditahnnya…dan air mata tetapi menitis air melihat daddynya marah…

“Daddy.. kotak tu tak kosong…” Aimi berkata tersekat-sekat kerana mulai manangis…

“Semalam Aimi dah isikan dengan doa dan ciuman sayang Aimi kat dalam kotak tu.. Aimi sayangkan Daddy.. Semuanya untuk Daddy..” Aimi terus menangis sambil menundukkan kepalanya…

Photobucket

Sekali lagi Amin terkesima.. Dia cukup terkejut dan malu….

Aimi masih menangis dan memeluk kaki Amin memohon kemaafan kepada Amin…

Amin memeluk anaknya itu.. Menyapu air mata dipipi Aimi dan menciumnya dengan penuh kasih sayang… Amin cukup menyesali perbuatan dia terhadap anaknya itu…

“Maafkan daddy sayang, Daddy memang bersalah” Amin mulai menangis menyesali perbuatannya…

Aimi menyapu air mata daddynya itu… menciumnya dengan lembut sekali…














Sebulan selepas itu, Aimi telah meninggalkan daddynya buat selama-lamanya.. Allah lebih menyayangi Aimi.. Aimi terkena demam panas dan jangkita kuman di otaknya..

Sehingga kini Amin masih menyimpan kotak hadiah Aimi disisi katil tidurnya..

Apabila Amin sedih dan rindu, dia membuka kotak hadiah Aimi sambil membayangkan ciuman, doa dan kasih sayang Aimi yang dimasukkan Aimi didalam kotak hadiah itu….

p/s:Dalam kehidupan ini, kita tidak tahu apa yang akan terjadi dimasa hadapan kita.. Hargailah ibubapa, saudara kita, kawan-kawan dan sesiapa sahaja yang berada disekeliling kita…

blog comments powered by Disqus