HARAP MAKLUM ........

#########################################

Buat pembaca yang mahu meninggalkan komen, sila pastikan anda meninggalkan link blog anda dalam kotak komen DIQCUSS.


Terima kasih diatas sokongan anda....

kawie2020 team.

LUCAH sekiranya kamu berfikir LUCAH!!!!!!

View Comments
Photobucket

Hari ini adalah hari ke -4 persekolahan. Macam2 ragam boleh dilihat disekolah. Dalam berita kat TV pun ade gak.

Photobucket

Seorang guru lelaki telah lama mengajar disekolah perempuan. Sememangnya dia menjadi idola pelajar2 perempuan memandangkan hanya dy seorang guru lelaki yg masih bujang dan kelihatan kemas dan segak.

Cikgu lelaki ini mengajar subjek sains. Pada suatu hari, beliau sedang mengajar sains disebuah kelas...

"Siapa boleh beritahu cikgu, apakah nama organ tubuh manusia yang boleh membesar 10 kali ganda dari rupa asalnyer apabila teransang? mmm... Shikin, boleh tolong jawab soalan cikgu nih? Cikgu lelaki terus berjalan kearah Shikin, pelajar dikelasnya.

Muka Shikin menjadi merah, dia bangun dari tempat duduknya lalu berkata..

"Berani cikgu bertanyakan soalan lucah seperti itu didalam kelas.. Saya akan komplein kepada Ibu bapa saya, saya yakin ibubapa saya akan turut komplien cikgu kepada pengetua" tegas Shikin...

Cikgu lelaki tadi terkejut, tergamam lalu berundur kebelakang sedikit....

"errr... ade sape2 tak yang nak jawab soalan tadi?"

Lalu lili mengangkat tangan untuk menjawab...

"Cikgu, jawapannya adalah iris mata cikgu" jawab lili dengan konfiden sekali....

"Bagus Lili, tepat sekali jawapan kamu itu, terima kasih Lili, kamu boleh duduk" respon cikgu lelaki tadi...

Lalu cikgu lelaki tadi memusing badan kearah Shikin yg mengugut nak membuat komplein tadi dan berkata...

Photobucket

"Shikin, saya ada 3 bende nak cakapkan kepada kamu"

"Pertama, Kamu tidak membuat kerja sekolah kamu

Kedua, Kamu berfikiran kotor dan negatif dan

yang ketiga, saya takut kamu akan dikecewakan oleh budak lelaki suatu hari nanti"

p/s: Ternyata kawie innosen.. hehehehehehehehe....

#############################################################

kawie agak sibuk malam ni coz ade keje penting nak buat... buat pembaca terima kasih kerana baca dan komen, kawie akan terjah blog kamu selepas kawie selesai urusan kawie....

Happy birthdat buat
master teddy... birthday master teddy adalah esok iaitu 7hb Januari...

Semoga semua hajat master teddy akan tercapai dan dirahmati Allah.. Aminnn...

AKU DAH ADA CALON BINI NO 4!!!!!!

View Comments
Photobucket

Sigadis
: Aku tak tahu arr.. aku x de perasaan lagi skrg ni... ermmm... aku rasa aku kahwen umo 34 taun kot.. ngeh..ngeh..

Kawie: ooo.. x per aku bleh tunggu ko berumor 34 tahun tapi waktu tu ko bini no 4 aku la... hahahahahahaha...

Sigadis: hampeh tol... kakaka... kalau macam tuh kalau aku x kawen lagi umor 34 taun, aku kawen ngan ko lah.. hahahahahaha...

kawie: kita main game arr, kalau ko x kawen lagi waktu tuh, ko kawen ngan aku ek.. hehehehehehehe...

Ini adalah perbualan YM aku dengan seorang awek ni. Aku kenal dia melalui blog... Aku x sangka, disaat ini aku blom ade awek, blom bertunang mahupun berkahwen, aku sudah ada calon bini no 4 aku... hehehehhehehe...

Korang rasa pelik tak? aku memang rasa pelik... hahahahhahaha...

#######################################

Sigadis tadi mula mengunjungi blog kawie pada 26 Oktober 2009. Pada waktu tu dy telah memberi komen pada n3 kawie yang bertajuk "Bila Nak Dapat Jodoh"...

Kawie juga sejak itu rajin juga menerjah blog dy... tapi dy ni gila sikit, coz 1 hari 2-3 n3 dy post. tapi kawie hanya sempat untuk pergi 1 n3 dy dalam sehari...

Namun dalam sejarah hidup berblogging kawie, n3 kawie yg bertajuk "waktu sekolah dulu-dulu" pada 27 Oktober 2009, secara tiba-tiba telah menerima kunjungan ramai pembaca blog. Ini adalah satu situasi yg luar biasa bagi kawie dan menjadi sejarah blog kawie2020.

Kawie berasa hairan kenapa ramai sgt pembaca mengunjungi blog kawie sedangkan pada waktu tu kawie seorang yg baru berblogging, yang rutinnya hanya menerima 4-5 org pengunjung, tiba-tiba menerima komen dari berbelas-belas pembaca...

Gembira, seronok sampai ter angau-angau dibuatnya kawie pada hari itu... weeeeee.....

Rupa-rupanya sigadis ini telah mempromote blog kawie2020... 1st blogger mempromote blog kawie.. hari itu kawie memang asyik dok sengih... waktu berak pun dok sengih sorang-sorang... hehehehehhehe...

Sejak hari itu, hidup kawie telah berubah... hehehehehehhe...

Sigadis adalah manusia kebanyakan...
Sigadis juga mempunyai keluarga...
Sigadis ada kawan-kawan perempuan...
Sigadis juga dikelilingi oleh jejaka...

sigadis juga biasa terkentut...
harap2 tak terkentut waktu memasak...
Sigadis rasa jodohnya terbantut... (ayat ni saje je coz dy ramai peminat.. hehehehehe)
Jgn risau, bini no 4 kawie sentiasa ada..(ayat ni seyes.. hahahahahha)

Sigadis memang bloggers termasyhur...
berkereta manual jejaka pilihan...
Sigadis memang speaking berabok...
semoga sentiasa dirahmati Tuhan...

Kawie buat n3 ini kerana 6hb Januari 2010 adalah hari ulang tahun sigadis.... Jadi coretan hari ini adalah hadiah kecil dari kawie buat sigadis.

Untuk Sigadis,

Terima kasih kerana kawie berpeluang berkenalan dengan kamu...
Sekalung budi kerana memperkenalkan kawie dengan kawan2 sekelian...

Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan blogger Sigadis...
Allah selamatkan kamu...

Photobucket

Korang tahu tak sapa sigadis yg kawie ceritakan nih?

Photobucket





ini adalah link SIGADIS... hehehehehehehe...

p/s: Sigadis, ko carikan calon madu2 ko ek supaya ko bleh jd bini no 4 kawie cepat... hahahahahahaha...

Hikayat 1001 malam

View Comments
Photobucket

Ini adalah cerita dari hikayat 1001 malam tentang pengembaraan sinbad.

Dikatakan dalam hikayat tersebut Sinbad telah terdampar disebuah negeri yang tidak diketahui oleh pengetahuan sesiapa pun.

Dalam negeri tersebut, boleh dikatakan setiap rumah mempunyai 2 ekor burung yang boleh berkata-kata dengan fasihnya seperti manusia.

Photobucket

Burung -burung ini mengambarkan perangai tuan rumah tersebut. Ada seorang perempuan yang telah menemui Tok Imam kerana dia sering kali disalah pandang oleh orang2 dinegeri tersebut.

Ini adalah kerana burung-burung peliharaannya sering bercakap perkara-perkara yang lucah. Kebetulan pula burung-brungnya adalah burung betina.

Dalam pertemuan dengan Tok Imam, perempuan itu berkata:

"Tok Imam, saya sering dipandang serong oleh masyarakat kerana burung-burung betina saya berkata-kata dengan tidak sopan sama sekali"

"Ye ker? apa yang burung-burung kamu katakan tuh, kot-kot tok boleh tolong" balas Tok Imam tadi...

"errmmmm.. burung-burung saya tu suka menegur orang yg datang kerumah saya dengan perkataan yang mengaibkan. Burung2 tu selalu berkata "kami ni betina gatal, jom kita sex..." kata perempuan itu dengan nada yang sedih...

"owh..macam ni, kebetulan pulak, tok sememangnya ada 2 ekor burung jantan. Burung2 tok suka mengaji dan bercakap dengan penuh keinsafan. Ape kata kamu bawa burung-burung betina kamu kerumah tok, mungkin juga burung2 tok boleh mengajar burung2 betina kamu bercakap dengan sopan pulak" Tok Imam memberi cadangan.

"baiklah tok, saya pulang dan bawakan burung2 betina saya tu kerumah Tok yer" balas perempuan tadi dengan gembira.

Selepas setengah jam, perempuan itu pun sampai kerumah Tok Imam dan meletakkan sangkar burung-burung betina di beranda rumah Tok Imam.

"dah sampai pun kamu yer.. tunggu sekejap, Tok ambilkan burung2 jantan tok pulak yer" kata tok imam dengan tersenyum.

Setibanya Tok Imam dari belakang bersama sangkar burung2 jantannya dan diletakkan disebelah sangkar burung2 betina wanita tadi.

Apabila burung2 betina tadi nampak jer burung2 jantan, seperti biasa, burung2 betina tu terus berkata..

"kami ni betina gatal, jom kita sex..."

Secara tiba-tiba seekor burung jantan tok imam berkata..

Photobucket

"Bro, cepat letak kekacang tuh... Tuhan dah dengar doa kita selama ini (mahukan sex)..."

Tok Imam berasa malu dan terkejut kerana selama ini burung2nya hanya tahu mengaji dan bercakap baik2 jer... hehehehehehe...

p/s: Org yg nampak baik x semestinya baik dan org yg nampak jahat x semestinya jahat... hehehehehehe

BANGKAI BLOGGERS NETWORK

View Comments
Photobucket

Hari ini tiada n3 baru. Ini adalah kerana kawie bersama Bro Sham, Boneka Tak Sakit dan Ah Fatt sedang mengemaskini Blog Bangkai Bloggers Network.

Pinky Boy tidak dapat dikesan pada waktu ini.. hehehehehehhe...

##############################################

N3 kali ini bertajuk Ayam Jalak Tua. Ini adalah N3 recyle yg dipublishkan pada October 6, 2009 .

N3 ini dipilih kerana Larasephia, Enulwanie dan Ms Independent amat menyukai ayam. hehehehehehehe...

Photobucket

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul tentang sebuah peternakan ayam.

Disana ada 25 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak).

Kerana merasa bahawa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya.

Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini :

Photobucket

Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.


Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.

Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer)

Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing,

Si ayam jalak muda:Set

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan.

Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan.

Kenapa?????

Photobucket


Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU"

NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,) HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA...

STOP MASTURBATE DAY!!!!!

View Comments
Photobucket

Kalau lihat pada topik n3 ni mesti ada yang dok senyum2, menyampah pun ada gak, lucah dan sebagainya...

Sengaja kawie meletakkan tajuknya didalam bahasa Inggeris supaya ia lebih kelihatan sopan.

Perkara ini timbul apabila kawie terdengar perbualan budak-budak perempuan (rasanya masih sekolah lagi) tentang tabiat melan*ap...

Sebenarnya, isu melan*ap ini adalah isu lama... kawie mula mengetahui maksud perkataan ini sejak bersekolah lagi...

Dan sehingga kini ia masih menjadi tajuk perbualan remaja. Ya.. ia memang benar... masih kini ia masih menjadi topik2 perbualan..




Tetapi n3 kawie kali ini tidaklah membincang isu ini sama ada tabiat ini perlu dihentikan ataupun tidak, sama ada ia memberi mudarat kepada kesihatan ataupun tidak...

##################################################################

Zulkifli adalah seorang pemuda yang berusia 27 tahun. Zulkifli sememangnya seorang yg mempunyai paras yang manis... tidaklah kekacak tetapi memang tak jemu dipandang. Wajahnya yg selalu tersenyum menambahkan lagi seri pada muka zulkifli.

Tetapi Zulkifli ini mempunyai tabiat yg kurang baik sikit iaitu suka mengorat awek tak kira dimana jua. Pantang melihat awek yg berdahi licin, pasti Zulkifli akan menegur ataupun menyakat...

Namun begitu kerana wajah Zulkifli yang manis itu, kebanyakkan awek merelakan mereka diusha oleh Zulkifli.. Sememangnya awek2 memang suka pada Zulkifli yang nakal itu.

Zulkifli tidak merokok, mengamalkan kehidupan yang sihat dan sememangnya aktif terutamanya dalam aktiviti mengorat. Tetapi diusia begini Zulkifli selalu pening2, mata berpinar2, mata kurang nampak, letih-letih dan sakit sendi.

Pada suatu hari, Zulkifli telah pergi ke klinik swasta untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Ini adalah kerana dia sering sahaja sakit-sakit dan dia perlu mengetahui apa punca masalah dia.

Setelah selesai membuat ujian mata, X-ray, ujian air kencing, ujian tekanan darah, ujian darah dan sebagainya, nombor giliran Zulkifli dipanggil bagi bertemu doktor.

Setelah memasuki bilik doktor, doktor bertanyakan beberapa soalan kepada Zulkifli sambil melihat keputusan ujian kesihatan Zulkifli.

Namun begitu, Zulkifli masih tidak berpuas hati dengan doktor tersebut. Zulkifli merasakan doktor tersebut memeriksanya dengan tidak bersungguh-sungguh.

Jadi Zulkifli mula bertanya kepada doktor tersebut tentang masalah kesihatannya dan doktor sebagai profesional kenalah menjawab pertanyaan Zulkifli itu...

Sedar tidak sedar, Zulkifli sudah berada dalam bilik doktor hampir satu jam. Zulkifli tidak kisah dan masih lagi bertanya soalan2 berkenaan kesihatan dirinya.

Akhirnya doktor mulai bosan dengan karenah Zulkifli dan berkata...

"Saya rasa encik perlu hentikan tabiat melan*ap yang terlalu kerap nih.."

"kenape? adakah ia akan menyebabkan saya buta ataupun lumpuh?" zulkifli menyoal kembali dengan hairan...

Photobucket

"owhhh.. bukan macam tuh.. tapi En Zulkifli lama sangat nih sampaikan ramai pesakit lain yang dok menunggu giliran kat depan tuh"

Aku kah yang Tertipu!!!!!!

View Comments
Hari ini agak meletihkan bagi kawie. Kawie terpaksa bekerja dihari cuti umum.

Kawie bekerja sebagai buruh kasar, mengikat bata hari ini bagi menyiapkan sebuah dinding.

Waktu memerut selepas maghrib tadi, kawie sudah mempunyai idea untuk n3 hari ini, tetapi terpaksa kawie tangguhkan kerana kawie agak keletihan.

N3 kali ini adalah n3 lama kawie yang telah pun dipublishkan pada 18hb Oktober 2009, 3:29 am.

Kredit diberikan kepada Pakcik Alik dari jenaka@yahoogroup yang membenarkan kawie mengambil cerita ini.

#####################################

Photobucket

Pada suatu hari seorang lelaki yang agak berumur bernama Pak Awang merayau-merayau dari satu kedai ke satu kedai. Tujuannya adalah untuk mencari kerja.

Tetapi agak malang kerana disebabkan umurnya yang agak tua, dan waktu tu ekonomi sedang meleset, tidak ada satu tempat pun yang menawarkan kerja untuknya.

Maka Pak Awang yang malang tersebut pulang kerumah menemui isterinya dengan hampa. Isterinya memujuk dan memberi semangat supaya suaminya mencuba lagi tanpa merasa putus asa. Disebabkan terlalu penat suaminya terus melelapkan mata.

Esok paginya, Pak Awang bangun awal-awal pagi, terus keluar rumah untuk mencuba nasib sekali lagi, manalah tahu, kalau kalau hari ni boleh dapat kerja fikirnya.

Tetapi ceritanya serupa saja, tak ada siapa yang mahu memberinya kerja.

Walau macamana pun Pak Awang masih tak putus asa, hari seterusnya dia masih lagi pergi dari satu tempat kesatu tempat untuk bertanyakan kerja kosong.

Setelah puas mencari tetapi gagal, Pak Awang mengubah taktik dan meminta kerja ditempat lain. Dia pun terus pergi ke zoo.

Photobucket

Pak Awang: Sini ada kerja kosong ke?

Penjaga Zoo: Mana ada kerja kosong sini pakcik.

Pak Awang: Tolonglah dapatkan pakcik apa-apa kerja, pakcik ni orang susah.

Penjaga Zoo: Ginilah pakcik, kalau pakcik nak sangat kerja, sini ada satu kerja, disebabkan banyak sangat binatang disini mati pasal tak cukup makan, nak tak pakcik pakai sarung monyet dan berlakun jadik monyet, tapi kena duduk dalam kandang lah.

Pak Awang: Berapa upahnya?

Penjaga Zoo: Tak berapa mahal pakcik, sehari RM15 je.

Pak Awang: Baiklah nak, daripada tak ada kerja, jadik monyet, monyet lah, janji dapat duit. Asalkan pakcik boleh makan anak beranak.

Penjaga Zoo: Kalau macam tu esok pepagi pakcik kena datang, dekat sini ada sarung monyek, dan pakcik masuk kandang no4, tau!

Pak Awang: Baiklah nak.

Penjaga Zoo: Tapi pakcik kena datang sebelum pukul 7 tau, jangan sampai orang ramai datang dulu dari pakcik.

Pak Awang: Baik nak.

Keesokkan harinya, pagi-pagi lagi dengan penuh semangat Pak Awang pun pergi ke Zoo tersebut. Penjaga zoo telah pun bersedia menunggunya dan memberikan pakaian monyet pada Pak Awang.

Inilah hari pertama Pak Awang bekerja sebagai pelakon. Bukan main semangat dia lagi.

Photobucket

Dengan penuh ceria Pak Awang mengenakan pakaian monyet lalu masuk kekandang no 4. Ceria sungguh, lompat sana , lompat sini, bergayut sana , bergayut sini.

Tak lama kemudian orang ramai mula berkunjung ke zoo tersebut, lagilah bermangat Pak Awang, lagi galak dia melompat, lagi pun bukannya orang tahu siapa dalam sarong tersebut, apa nak dimalukan fikirnya.

Berjam-jam Pak Awang melompat kesana kemari tanpa mengenal penat, maklumlah hari pertama kerja. Kadang-kadang Pak Awang tersasul jugak, bersalam pada orang yang datang kekandangnya.

Tiba-tiba satu tragedi yang sangat menyayat hati telah berlaku. Tragedi yang amat sedih dan telah memasukkan nama Pak Awang di muka akhbar. Berita yang amat menggemparkan.

Pak Awang terlalu galak melompat, terlajak dan termasuk ke kandang harimau. Harimau tersebut merupakan harimau siberia jantan, dan lebih malang pula harimau tersebut sudah beberapa hari tidak makan.

Photobucket

Makanan yang selalu diberikan adalah daging lembu sebanyak lima kilo sehari. Harimau itu sangat lapar. Ia merenung tepat ke arah Pak Awang yang memakai topeng monyet itu.

Pak Awang bergegas bangun untuk melompat semula kekandang asalnya. Tetapi kakinya kaku seolah olah tidak bertenaga. Dia cuba berdiri tetapi jatuh semula, mungkin terkena badi harimau agaknya.

Harimau mula memandang tepat kearah Pak Awang, kaki hadapannya mengais ngais kebelakang, sambil mengaum, ia menunjukkan gigi taringnya yang tajam dan berkilat,

Pak Awang menggigil dan terkencing. Mula dia terbayang, begini rupa kesudahan hidupnya, diratah harimau pada hari ini.

Wajah isteri mula terbayang, bagaimana nanti fikirnya, bila isterinya mengambil jasadnya yang mungkin tidak sempurna lagi, koyak sana , koyak sini, robek sana , robek sini, mungkin keseluruhannya berlumuran darah.

Pak Awang lemah tidak bermaya. Harimau setapak demi setapak maju untuk menerkam Pak Awang. Sesekali ia menunjukkan taringnya lagi.

Kepala harimau mula tunduk tanda bersedia untuk menerkam, punggungnya mula terjungkit naik ke atas, ekornya mula bergoyang goyang, kaki hadapannya mula diluruskan kedepan, kaki belakang mula memasang kuda-kuda.

Pak Awang hanya mengigil dan menangis sahaja, tiada daya seorang tua untuk melawan. Ketika ini nasibnya diserah bulat-bulat kepada Tuhan.

Harimau itu mula memasang kuda-kuda untuk menerkam, tiba-tiba, sesuatu yang ajaib telah berlaku, harimau itu boleh bersuara, boleh bercakap, katanya....

Photobucket

"Janganlah takut Pakcik, saya pun macam pakcik jugak, pakai sarung harimau, cari makan pakcik!."

Bulat mata Pak Awang bila mendengar kata-kata harimau itu.. "La.. orang jugak ke..."

Nota kaki bucuk: saje je nk buat saspen..hahahahahahaha...

5 Bangkai Bersaudara

View Comments
N3 ini dipublishkan pada tepat 1.1.2010

N3 ini adalah berkenaan PELANCARAN BANGKAI BLOGGERS NETWORK ataupun BBN.



Sesiapa yang berminat untuk meletakkan logo ini di blog anda, anda boleh mendaftarkan diri dan mendapatkan logo BBN dari En Boneka Tak Sakit. (Klik pada nama Boneka)

N3 ini juga adalah n3 lucah yang pertama ditahun 2010 ini.

Diatas permintaan Jard supaya menjadikan dia sebagai watak didalam n3 kawie2020, maka permohonan Jard diperkenankan setelah memberikan kerelaan untuk menjadi mangsa... hehehehehehe...

Watak-watak utama dalam n3 ini adalah terdiri daripada ahli-ahli BANGKAI BLOGGERS NETWORK yang sememangnya sempoi dan sporting.

N3 ini juga adalah n3 lucah klasik kerana cerita lucah ini agak femes dizaman kawie disekolah menengah dahulu.

Walaubagaimanapun cerita lucah klasik ini diberi nafas baru supaya ia menjadi segar dan lebih menarik.

Seperti biasa watak dan nama didalam n3 ini adalah bukan nama sebenar dan tiada kaitan dengan peribadi nama2 yang dipaparkan.

##############################################################

Photobucket

Dikawasan kepulauan melayu, terdapat sebuah negara yg membangun pesat yang dikenali sebagai "Bangkaijaya". Negara Bangkaijaya adalah sebuah negara yang diketuai oleh Raja yang dikenali sebagai 'Raja BeruWang' dan Permaisuri 'Jard sempoi'.

Pentadbiran Raja BeruWang dibantu oleh 5 orang bersaudara yang gagah perkasa dan genius. Mereka ini dikenali sebagai 5 Bangkai bersaudara dan amat popular di kepulauan nusantara alam melayu.

Photobucket

5 Bangkai bersaudara itu terdiri daripada Hang Boneka, Hang Ahfatt, Hang Sham, Hang Anak Ikan Abe Long dan Hang Kawie. Semuanya adalah Lelaki tulen yang perwira dan bijaksana.

Raja BeruWang adalah seorang raja yang bijak dan hensem. Dia juga mempunyai permaisuri yang cantik menawan iaitu Permaisuri Jard Sempoi. Kecantikan permaisuri Jard sempoi memang menjadi perbualan semua rakyat dinegara Bangkaijaya dan juga negara2 lain.

Pada suatu hari, Raja BeruWang akan menghadiri Persidangan Negara-Negara Melayu di Kuala Lumpur, Malaysia selama 5 hari.

Keadaan ini amat menggusarkan Raja BeruWang kerana bimbangkan takut-takut permaisuri Jard sempoi akan berlaku curang.

Tambahan pula, Dayang Farhana pernah memberitahu Raja BeruWang tentang perbualan mesra Permaisuri Jard sempoi dengan Dato' Laksamana Hang Boneka dan ciuman pipi diantara permaisuri Jard sempoi dengan Dato' Mamak Bendahara Hang Kawie.

Namun sedemikian, perkara ini disedari oleh Ahli Nujum Ms Independent dan mencadangkan kepada Raja BeruWang supaya membeli satu alat yg direkanya untuk dipasangkan pada faraj permaisuri Jard Sempoi.

Photobucket

Alat ini berfungsi sebagai pemotong kepada apa jua benda yang memasuki faraj Permaisuri Jard Sempoi. Dengan ini Raja BeruWang dapat mengetahui siapa yang mempunyai hubungan dengan Permaisuri Jard Sempoi melalui kecacatan pada jari atau Tuuutttt lelaki berkenaan.

Justeru itu Raja BeruWang berasa lega dan dapat menghadiri persidangan dengan tenang dan rileks.

Setelah tamat persidangan, Raja BeruWang pulang dengan segera ke negara Bangkaijaya dan dengan segera memerintahkan 5 Bangkai bersaudara untuk masuk mengadap secara berseorangan.

"Sila tanggalkan seluar Dato' Laksamana Hang Boneka, Beta mahu melihat sesuatu" perintah Raja BeruWang dengan nada yang tegas... Ketua Pengawal EnulWanie dengan segera melondehkan seluar Dato' Laksamana Hang Boneka....

Raja BeruWang menjadi marah..."Cis Dato' Laksamana Hang Boneka telah membuat onar dengan kecacatan tuttttt Dato' Laksamana itu, tangkap dan bunuh Dato' Laksamana Hang Boneka"

Tibalah giliran Dato Panglima Hang Ahfatt dan Raja BeruWang memeriksa dengan cepat tetapi ia juga menimbulkan kemarahan Raja BeruWang.

"Chisss... Dato' Panglima Hang AhFatt, harapkan pagar, pagar makan padi.. Beta sungguh kuciwa.. pengawal, tangkap Dato Panglima dan penggal kepalanya" laung Raja BeruWang dengan amarahnya...

Dato Temenggong Hang Sham mulai gelisah setelah terdengar jeritan saudaranya hang boneka dan hang ahfatt tetapi dia tak boleh berbuat apa-apa kerana Raja BeruWang sudahpun berada didepan matanya....

Raja BeruWang terus menghunus keris dan menikam Dato Temenggong Hang Sham setelah melihat tuuutttt Hang Sham yang menjadi kulup....

Suasana menjadi kelam kabut dan pembunuhan Hang Sham dilihat oleh Hang Anak Ikan Abe Long yang baru sampai diistana...

Dato Hang Anak Ikan Abe Long cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya apabila Raja BeruWang berjaya melemparkan tombak terkena belakang Dato Hang Anak Ikan Abe Long...

"Itulah akibatnya orang yang melakukan kesalahan dan membuat onar dengan permaisuri Beta ini.. Humban kan mayatnya kedalam laut agar dimakan jerung.." perintah Raja Beruwang...

Dato Mamak Bendahara Hang Kawie senyap membisu tanpa berkata-kata melihat apa yang telah terjadi...

Seperti biasa, Dato Mamak bendahara Hang Kawie juga kene melondehkan seluarnya tetapi ini telah menimbulkan kegembiraan Raja Beruwang kerana tuuttt Hang kawie kelihatan biasa dan tidak kontot, mantap dan seperti size normal...

"hahahahahaha... Dato' Mamak Bendahara Hang Kawie memang seorang yang jujur dan amanah, Dato berjaya mengawal diri dato dengan baik... Dengan ini beta menganugerahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Tan Sri Mamak Bendahara Hang Kawie"

Semua memanda menteri melaungkan "Daulat tuanku.. Daulat Tuanku.." sambil mengucapkan tanniah kepada Tan Sri Mamak Bendahara Hang Kawie....

Tetapi Tan Sri Mamak Bendahara Hang Kawie tetap membisu tapi masih lagi tersenyum....

Setelah tamat majlis itu, Hang Kawie segera keluar dari istana dan dengan cepat menaiki kereta.

Pemandu kereta Tan Sri Mamak Bendehara Hang Kawie segera menanyakan kepada hang kawie...

"Tan Sri mamak Bendahara, tanniah diatas anugerah Raja itu, sekarang ini kita mahu kemana? pulang kerumah ke?

Photobucket

Lalu dijawab oleh Hang Kawie...

"aaa..aaaaa...aaaaaaaaaaaa....aaaaaa..."

Tan Sri Mamak Bendahara Hang Kawie menjadi bisu setelah lidahnya dipotong oleh alat yang dipasang pada faraj Permaisuri Jard sempoi...

Tan Sri Mamak Bendahara Hang Kawie telah melarikan diri kerana takut dibunuh Raja BeruWang dan sehinnga kini ia tidak dapat dikesan lagi... hehehehehehe....