HARAP MAKLUM ........

#########################################

Buat pembaca yang mahu meninggalkan komen, sila pastikan anda meninggalkan link blog anda dalam kotak komen DIQCUSS.


Terima kasih diatas sokongan anda....

kawie2020 team.

MENGENAL MELAYU-EPISOD 2

View Comments
PELAJARAN 2: KEDUDUKAN GEOGRAFI ORANG MELAYU

Oleh Srikandi (nama alam maya),
Profesor Sejarah,
Universiti Kebangsaan Malaysia


Bulatan-bulatan merah menunjukkan pola kepadatan orang Melayu pada masa silam



Pelajaran kedua:Kedudukan geografi orang Melayu

Subtopik:Kedudukan geografi Tai-Kadai dan Mon-Khmer

(Ini adalah artikel pengiring bagi siri Alter Terahsia Bangsa Melayu V3.5)

Sekarang saya ingin terangkan kedudukan geografi kelompok-kelompok bangsa mengikut linguistik mereka, terutamanya bangsa Melayu.Ini penting supaya nanti tidak ada yang merewang-rewang sampai mengatakan kaum sendiri pernah menakluk Albania dan Australia atau jadi raja Funan dan Sriwijaya.

Kita mesti tahu di manakah pergerakan bangsa Melayu,dan di manakah taburan pendudukan mereka di Asia Tenggara untuk memahami hegemoni mereka dalam sejarah Asia Tenggara.Mesti banyak mengkaji pelbagai aspek logikal,bukannya hanya bersumber satu pihak apatah lagi bersumberkan cakap-cakap mulut sahaja.

Sebab itu ketika membicarakan siapakah di sebalik empayar maritim Sriwijaya contohnya,kita mesti kaji,apakah bahasa yang digunakan atau apakah panggilan luar terhadap mereka?Dua soalan ini adalah penentu kepada pemilik empayar purba ini di kala pelbagai bangsa dan sub-bangsa (etnik/sukukaum) berebut-rebutkan empayar ini.

Anda dapat jawab soalan tentang Sriwijaya,anda akan dapat mengetahui kunci rahsia Kerajaan Raja Parahu dan Hati.Ingat,ini amat penting untuk tahu kedudukan kita pada masa silam.Hanya bangsa yang betul-betul kuat sahaja mampu bertahan sehingga ke hari ini.Bangsa yang lemah akan ditindas sehingga tiada kerajaan dan negara.

Jika kita hanya sukukaum di antara orang Jawa,Bugis,Banjar,Sunda,Sulu,Aceh dan sebagainya...bayangkan bagaimana orang Melayu mampu memiliki negara sendiri dan menamakannya sebagai Malay-sia ('sia' bermaksud 'kawasan').Satu sukukaum di nusantara mampu memiliki negara sendiri.Malah bukan satu,ada dua negara Melayu.

Kekuatan bukan soal ketenteraan dan keganasan semata-mata.Kekuatan bertahan (survival) lain cerita dengan kekuatan yang dapat ditunjukkan segera.Di tengah-tengah permainan politik kuasa Eropah juga kuasa Siam,orang Melayu masih mampu bertahan dan berdegil untuk memiliki tanahair sendiri.

Kita ambil contoh apa yang berlaku di Sulu.Kaum Sulu terkenal amat handal bertempur dan berani serta mahir dalam selok-belok laut.Mereka pernah mempunyai kesultanan sendiri yang dinamakan Kesultanan Sulu.Tetapi di mana mereka sekarang?Di mana Kesultanan Sulu pada hari ini?Apa yang terjadi ialah ramai individu mengaku sebagai waris Kesultanan Sulu dan keadaan semakin serabut.Sepanyol,Amerika dan bangsa khayalan bernama Filipina bersilih-ganti membuli kaum Sulu ini.

Sebab itu strategi bangsa Melayu ialah:apabila Sriwijaya tumbang,rajanya cepat-cepat membuka kerajaan di tempat lain...yess di Melaka.Kemudian apabila Melaka tumbang diserang Portugis,rajanya menghantar anak-anaknya untuk dirajakan di tempat lain,iaitu di Perak dan Johor.Pahang dan Terengganu pula dihantar para bangsawan Melayu untuk memerintah di sana. INILAH DIA KUASA SURVIVAL...

Sepanjang hegemoni kuasa-kuasa Eropah, bangsa Melayu terpaksa bermain tarik tali dengan kuasa Eropah.Sebab apa? Sebab jika tersilap bermain...padah jawabnya. Pengajaran pertama?

Ya,di Melaka. Kesilapan Sultan Melaka melayan kasar dan memenjarakan wakil Portugis menyebabkan orang Melayu mendapat peluang belajar satu pengalaman yang amat-amat pahit.Mengapa orang Melayu gagal memanfaatkan orang Portugis ini di kala orang Burma dan Siam menggunakan askar upahan Portugis ketika peperangan? BELAJAR DARI SEJARAH DAN ANDA AKAN MAMPU MEMIMPIN MASA DEPAN. Kuncinya diplomasi.Pandai dalam ilmu ini,kuasa tentera manapun yang datang,pasti dapat ditangani.

Warisan Kesultanan Melayu tetap bertahan walaupun di tengah-tengah kuasa Eropah ini. Bagaimana Kesultanan Brunei boleh wujud namun Kesultanan Sulu di sebelahnya ghaib dari peta politik pada hari ini?? Kaji bagaimana Sultan Sulu gagal dalam diplomasinya terhadap kuasa Sepanyol dan Amerika.

Sultan Sulu boleh mengarahkan kaum Sulu yang gagah berani berperang dan berperang tetapi sampai bila?Sepanyol pasti menghantar lebih banyak tentera dengan strategi moden dan senjata moden.Kaji bagaimana kebijakan Sultan Brunei dalam menghadapi Sepanyol.K aji kemenangan orang Melayu Brunei dalam Perang Kastil 1578 antara Brunei dan Sepanyol. Kaji dan kaji...

HANYA BANGSA YANG PANDAI BERKERAJAAN DAN PUNYA PENGALAMAN MENUBUHKAN KERAJAAN SAHAJA LAYAK UNTUK 'SURVIVE' PADA HARI INI.

Jadi ini menjawab siapakah dia empunya sebenar empayar maritim Sriwijaya. Katakunci ialah: Pengalaman.

Ini rahsianya sebelum dua rahsia lagi iaitu:

1. Apakah bahasa yang digunakan oleh Empayar Sriwijaya?
2. Apakah panggilan orang luar terhadap empayar ini?

Jawapan:

1. Bahasa yang digunakan ialah bahasa Melayu Kuno (Old Malay)
2. Pelbagai variasi panggilan mengikut lidah penutur namun tradisi Khmer menyebutnya sebagai 'Malayu'.

Sebab itu saya katakan,malangnya empayar ini tidak menggunakan bahasa Siam, Dayak, Sulu, Bugis, Hindi mahupun bahasa Belanda dan Inggeris. Prasasti kemegahan empayar ini ditulis dalam bahasa Melayu Kuno. Tanyalah warisan Sriwijaya yang terdekat... Kesultanan Melaka.Kesultanan ini pakai bahasa apa? Bahasa Eskimo?

Sebab itu sejarah Melayu bukan sejarah hikayat ataupun cakap-cakap mulut sahaja.SEJARAH MELAYU DAPAT DIBUKTIKAN!Siap dengan segala manuskrip dan prasasti.

Jika lidah orang Cina dan Arab tergeliat untuk menyebut nama 'Sriwijaya' tanyalah pada orang Khmer, kerana ketika Sriwijaya masih berkuasa,orang Khmer telah membina empayar mereka sendiri di Indochina. Hubungan Sriwijaya-Khmer terakam kemas dalam banyak petitih-petitih kuno atau riwayat-riwayat mereka.Apa orang Khmer yang dikatakan membina peradaban Angkor itu memanggil 'Sriwijaya'? Ingat perkataan ini:

MA-LA-YU.

Orang Eropah memanggil 'Kepulauan Melayu' (Malay Archipelago) bukan Kepulauan Sulu atau Jawa kerana apabila bertandang ke Nusantara,yang menguasai pulau-pulau adalah mereka yang mengaku Melayu.

Empayar Sriwijaya yang menguasai kepulauan adalah dari orang-orang Melayu sebab itu Kerajaan Angkor memanggilnya Melayu. Jika British sempat sampai ketika Sriwijaya memerintah...of course British akan panggil Malayu juga!

Apabila Sriwijaya jatuh,naik empayar Melaka yang menguasai Selat Melaka (walaupun selalu menghadapi perang dingin dengan Majapahit) pun MALAYU JUGA! Jatuh Melaka, naik Empayar Johor-Riau yang menguasai Selat Melaka dan perdagangan maritim...dan teka siapa? Orang Eskimo? SALAH.

MALAYU juga!

Sebab itu jangan salahkan orang Melayu jika orang Eropah berminat (dan gemar) menamakan apa saja di Asia Tenggara dengan istilah 'Melayu'. Malay Archipelago, Malay Peninsula, Malay Race...Malayo-Polynesia...Malayan tribes....dan lagi...dan lagi. Sebab apa para pelajar sekalian?

SEBAB BANGSA YANG PUNYA AUTORITI KEPADA WILAYAHNYA AKAN CEPAT DIKENAL ORANG LUAR

.Anda menyorok dalam kampung dan kekampungan anda, orang tidak akan berminat mengenali anda. Sebab itu institusi raja-raja AMAT PENTING dalam kamus hidup orang Melayu dahulu. Orang Eropah terutamanya British jika mahu berurusan, mereka akan cuba berjumpa dengan raja atau ketua kerajaan dahulu. Berdiplomasi. Mahu berniaga kononnya. Mahu tanah untuk duduk. Bincang...bincang atas kapal. Buat perjanjian.

Siapakah orang pertama yang dijumpai oleh orang Eropah di Nusantara?S ultan Melaka dan empayarnya yang terkenal. Orang Eskimokah? BUKAN.

MALAYU.

Kenapa tidak jumpa Majapahit dahulu? Atau jumpa orang Siam? Tidak boleh saudara!

Sebab orang Melayu amat popular ketika itu. Kena jumpa Sultan Melaka dahulu sebab orang ini PUNYA AUTORITI BESAR DALAM PERDAGANGAN REMPAH.

Rempah adalah antara komoditi paling utama bangsa Eropah ketika itu. Sebelum Coca-Cola wujud,minuman ringan kegemaran orang Eropah ialah perahan buah atau arak atau air herba yang dicampur rempah!

Jadi kena terima hakikat. Orang yang popular senang dapat nama. Kenapa popular? Sebab ada di mana-mana. Kenapa ada di mana-mana?

SEBAB MEREKA PERNAH BINA EMPAYAR YANG BESAR.

XXXXXXXXX

Sekarang kita masuk tajuk: Kedudukan Geografi Orang Melayu Pada Masa Silam.

Buka buku rampaian. Salin apa cikgu nak kata. Anak-anak Melayu jangan malas dengar riwayat sendiri ya, nanti dibuli orang lain.


Pesisir Pantai


Inilah pola kependudukan orang Melayu pada masa silam,terutamanya ketika era Sriwijaya. Ada yang hina orang Melayu ini lanun atau 'orang laut'. Tidak mengapa, saya tidak marah malah gelaran itu mengukuhkan lagi kepopularan orang Melayu sebagai pemilik mutlak Sriwijaya.

Kata kerajaan maritim,kerajaan lautan. Sebab itu orang Melayu rapat dengan Orang Laut. Sebab mereka perlu untuk jaga selat manakala orang Melayu mentadbir dari negarakota-negarakota di pesisir pantai.

Macam Athens dan Greek (negarakota-negarakota Yunani) perlukan orang Phoenicia untuk jaga laut dan perdagangan. Perlu belajar ilmu geografi dan struktur pentadbiran baru dapat jawab rahsia Melayu.Bukan tengok hikayat merapu dan cakap-cakap mulut sahaja. Jika orang tua anda kata,"bangsa kita dahulu takluk dunia sampai ke Albania nun"...BUKTIKAN!

Jika anda kaji taburan orang Melayu, mereka ada di pesisir pantai Sumatera, semenanjung dan pesisir Borneo serta pulau-pulau di antaranya. Orang Melayu juga ada di pesisir timur Pulau Jawa. Sebab itu orang Sunda budayanya bercampur antara Melayu dan Jawa. Kerajaan Brunei duduk di tengah-tengah pedalaman Sarawakkah? Bukan.Brunei terletak di pesisir Borneo.

Kenapa pesisir pantai? Nak saya bagitahu?

SEBAB SENANG AKSES KE LAUT.

Dahulu, jalan pengangkutan paling cepat adalah melalui jalan laut. Orang Melayu boleh berdagang dengan Maharaja China merentasi semenanjung, tembus ke Thailand dan Laos atau menyusuri Vietnam kemudian masuk ke Forbidden City mengadap Maharaja China.TETAPI INI KERJA GILA.

Dahulu tiada pesawat Boeing 747. Jadi SIAPA YANG MENGUASAI LAUT MAKA DIA YANG MENGUASAI PERDAGANGAN ANTARABANGSA.

Siapa yang menguasai perdagangan antarabangsa maka bahasanya...tolong sambung cik abang cik akak...nak saya sambung juga?

SIAPA YANG MENGUASAI PERDAGANGAN ANTARABANGSA MAKA BAHASANYA AKAN MENJADI LINGUA FRANCA.

Senang ceritakan? Tidak payah mengaku ini dan itu tetapi satu habuk pun tarak. Bahasa apa yang punya ranking ke-6 dunia? Hai,lupa pula ya (Seorang menteri Kata ranking ke-4 dunia, tapi tak apalah saya merendah diri). Baru semalam rasanya saya 'lecture' abang-abang...kakak-kakak semua.

Bahasa apakah yang dikatakan oleh penulis Eropah abad ke 17-18,Jean-Baptiste Tavernier dan Louis Thomassin sebagai,"language of the learned in all the Indies, like Latin in Europe"???

Ok, sebab itu bahasa Melayu jadi meluas sampai ke hari ini. Dalam kes ini saya tabik spring pada Indonesia kerana MENDAULATKAN bahasa Melayu (bahasa Indonesia) sehingga jadi begitu elit dan dihormati di Indonesia.

Bahasa ini begitu diangkat di sana sehingga Cina,India dan lain-lain akan belajar betul-betul bahasa ini sampai ke pelat-pelatnya.

Ok, oleh kerana orang Melayu ada di semenanjung (termasuk Indochina),ada di Borneo dan Sumatera (Filipina juga sebenarnya tetapi ini ada kes lain) maka TANYA DENGAN JUJUR, APA SEBABNYA??

Ingat baik-baik:

1-Perdagangan
2-Empayar

Ada orang buat hipotesis,orang Melayu sebenarnya bangsa tinggal di laut sahaja dengan sampan-sampannya tidak jejak darat. Hairan juga sebab Maharaja Sriwijaya dan Sultan Melaka tidak buat istana atas sampan. Siapa nak belajar bahasa orang yang duduk atas sampan sahaja 24jam

.Ini hipotesis yang tidak logik.Tidak munasarawak. Bangsa yang 24 jam duduk atas sampan tidak akan dapat 'survive' sehingga ke hari ini.Viking dan Phoenicia pun sudah pupus.

Jika orang Melayu tidak tinggal di pesisir pantai, mereka tidak akan mampu menguasai lautan. SEBAB ITU DI TENGAH-TENGAH SEMENANJUNG ADA ORANG ASLI yang berbahasa mirip Mon-Khmer. Orang Asli duduk di mana cik abang,cik akak? Tepi laut?

Orang Mon adalah pembina negarakota (city-states) berasaskan pertanian (agraria). Kerajaan kuno mereka yang dapat dikesan ialah Dvaravati di tengah Thailand. Negarakota Melayu macam Gangga Negara atau Kedah Tua bina pelabuhan tepi pantai.

Pada masa dahulu orang Melayu berhubung dengan orang Mon kerana perdagangan hasil hutan. Hasil pertanian dari negarakota-negarakota Mon dihantar ke pelabuhan-pelabuhan Melayu Purba seperti Langkasuka atau Kedah Tua.

Di sini mereka saling bertukar barangan.Orang Melayu beri orang Mon hasil laut.Macam hari ini,Orang Asli turun pekan jual petai pada orang Melayu.

Kedudukan orang Tai pula masih berkeliaran di sekitar Nanchao,Yunnan,Guangxi iaitu selatan China,utara Burma hingga utara Vietnam.

Jadi populasi bangsa Melayu dahulu kepadatannya bermula dari pesisir pantai sehingga ke dalam. Di mana-mana di Asia Tenggara. Ok,sekarang dengar baik-baik cikgu nak bagitahu ini. Jangan tidur anak Melayu.

Ada tidak orang Siam di Borneo? Di Sumatera?

Orang Jawa datang dari mana? Sumatera?

Orang Sulu ada atau tidak di Indochina? Ada prasasti? Ada bukti?

Soalan di atas contoh sahaja.Bukan nak 'downgrade' mana-mana sukukaum.

Ok ,saya jawab.Orang Siam tentulah tiada di Borneo dan Sumatera. Secara tradisinya. Orang Jawa umum tahu datang dari Pulau Jawa. Orang Sulu hanya berkisar di Kepulauan Sulu dan Laut Sulu di selatan Filipina dan utara Sabah.

Orang Melayu bagaimana?

Di Borneo dan Sumatera memang ada orang Melayu. Orang Melayu datang dari...seluruh Asia Tenggara. Tiada pulau atau laut khas untuk orang Melayu.J ika Bugis dari Makasar/Sulawesi, Madura dari Pulau Madura, Aceh dari utara Sumatera, Sulu dari selatan Filipina...

orang Melayu bertaburan merata-rata di pesisir pantai Asia Tenggara. JIka semenanjung dikatakan asal-usul Melayu,di Sumatera dan Riau ,orang Melayu telah ada sejak zaman-berzaman .Jika Sumatera dikatakan asal-usul Melayu, dari Johor sampai ke Segenting Kra, orang Melayu buat kerajaan-kerajaan 'city-states'.

Prasasti Kedukan Bukit abad ke-7 Masehi, ok.L ihat apa Ptolemy, pelukis peta Greek labelkan Pulau Phuket di Thailand dalam petanya tahun 157 Masehi. Bukan 1511 ya... ini 157 Masehi, junjungan besar kita pun belum lahir lagi dan di sekitar Mekah mungkin ada suku-suku Jurhum (sukukaum asli Tanah Arab sebelum kedatangan Arab Quraisy) tinggal tidak jauh dari situ.1 abad 57 tahun selepas kelahiran Nabi Isa mengikut kalendar Gregorian.

Claudius Ptolemy pada petanya tahun 157 Masehi melabel Pulau Phuket sebagai Jung Si Lang. Kemudian orang Eropah zaman kolonial menafsirkannya sebagai 'Junk Ceylon'. Sudah jadi maksud lain pula menjadi "Jong Sri Lanka". SEBENARNYA...MARI DEKAT SIKIT ANAK MURID CIKGU NAK BAGITAHU.

Nama sebenar pulau itu adalah HUJUNG SALANG. Ini nama paling kuno setakat ini. Kemudian dipanggil 'Bukit'. Kemudian datang orang Siam panggil ia jadi 'Phuket'.

Claudius Ptolemy memang jujur dalam hal ini dan benarlah tanah semenanjung ini adalah "Aurea Chersonese" (Semenanjung Emas) seperti yang dilabelnya. Jadi sebelum timbul kerajaan Melayu di Sumatera, telah ada orang Melayu di Phuket,Thailand tahun 157 Masehi!

Bahasa Melayu telah ada pada abad ke-2 Masehi! Benarlah prasasti tertua di Indochina iaitu pada abad ke-2 Masehi berbahasa Melayu suku Cham.

Sebab itu saya amat obses dengan Melayu Segenting Kra.Benar-benar misteri yang tidak tertanggungkan. Terutamanya Grahi dan Nagara Sri Dharmaraja. Persamaan budaya orang Kelantan dan Jawa. Orang Kelantan kuat kenegerian mereka. Orang Jawa pun kuat 'kejawen' mereka. Saya benar-benar tenggelam dengan sejarah Melayu Segenting Kra (Itsmian Malay Kingdoms). Benar-benar hilang lesap macam hikayat raja-raja kayangan.

Ingat cikgu bagitahu dahulu, JIKA ORANG MELAYU HARI INI TIDAK TAHU KEWUJUDAN MEREKA PADA MASA LALU, ORANG-ORANG LUAR TETAP ADA BUKTI KEWUJUDAN KITA PADA MASA SILAM.

Jadi ingat katakunci pelajaran kita hari ini:

ORANG MELAYU PADA MASA DAHULU KEBANYAKANNYA TINGGAL DI PESISIR PANTAI.



The History of Thy Beloved,
~Srikandi

MENGENAL MELAYU- EPISOD 1

View Comments
Pelajaran 1:Belajar apa itu Malayo-Polinesian & Austronesian.

Oleh Srikandi (nama alam maya),
Profesor Sejarah,
Universiti Kebangsaan Malaysia



Untuk memahami apa yang dikatakan 'rumpun Melayu' atau Nusantara,kita mesti belajar apakah persamaan antara etnik-etnik di dalam rumpun Nusantara itu. Kita mesti tahu apakah beza antara rumpun Nusantara dengan kelompok-kelompok bangsa yang lain.

Saya jujur mengatakan bahawa ketika zaman klasik Kesultanan Melaka,telah timbul apa yang dinamakan rumpun Melayu kerana Kesultanan Melaka telah bertindak sebagai satu empayar yang menakluk seluruh semenanjung dan sebahagian Sumatera;menyambung warisan yang ditinggalkan empayar Melayu Sriwijaya dahulu.Empayar ini amat kuat dan disegani Timur dan Barat sehingga hanya kuasa Eropah sahaja bergabung dengan pengkhianatan dari dalam,yang mampu menumbangkan Kesultanan ini.

Mengapa orang Bugis lebih senang menyerap budaya Melayu Selangor? Mengapa orang Jawa senang berasimilasi dengan orang Melayu Johor? Mengapa orang Banjar,Mendahiling atau Rawa lebih rapat dengan orang Melayu berbanding dengan orang Thai contohnya? Mengapa budaya berkeris ada pada orang Sulu,Jawa,Bugis dan Melayu (sekadar menamakan beberapa contoh)? Kita lebih faham bahasa orang Boyan atau orang Burma?

Kita mesti faham betul-betul perkara ini sebab jika kita tidak memahami perkara ini sebetulnya,nanti ada orang yang dari kelompok bangsa lain contohnya Tai-Kadai akan cuba memutarbelitkan fakta berkaitan kaum dan bangsa ini.

Tidak memahami kategori antara bangsa-bangsa ini menyebabkan kegiatan merompak budaya dan identiti akan berlaku.Juga UNTUK MENGELAKKAN KEKELIRUAN BUDAYA sesama sendiri di dalam KELOMPOK YANG SAMA.

Contohnya keris adalah budaya etnik-etnik Malayo-Polinesian. Jika orang Melayu berkeris,ini tidak bermakna mereka merompak budaya dari orang Jawa.Jika orang Jawa pakai kain batik,ini tidak bermakna mereka mencuri kain batik orang Kelantan.Kena faham betul-betul.

Nanti tidaklah berperang sesama rumpun sendiri disebabkan hal yang remeh-temeh begini.'French Fries' contohnya adalah makanan orang Perancis dan Amerika.Namun tidak pernah orang Perancis berperang dengan orang Amerika semata-mata berebutkan 'French Fries' ('pommes frites' dalam bahasa Perancis).

Tetapi ada orang yang ghairah mahu berperang semata-mata ingin berebutkan rendang!Lihat beza mentaliti orang Eropah dengan orang Asia yang terjajah pemikirannya.Apa yang mahu saya katakan lagi,why are you so stupid?

Ok,kita belajar sejarah secara santai. Tidak perlu tension-tension.Anda suka belajar sejarah dengan cara menghafal tarikh-tarikh? Saya pun tidak suka! Sebenarnya sejarah adalah subjek yang menarik. Sejarah melangkaui politik,budaya,geografi dan banyak bidang lain. Sejarah akan menjawab banyak persoalan.Apa,mengapa,bila,dimana,siapa dan bagaimana. Ok,biar saya teruskan 'lecture' saya tentang kelompok budaya dan bahasa yang dikelaskan sebagai,Austronesia.

Austronesia adalah kelompok bahasa yang tersebar di zon yang dinamakan Oceania dan Asia Tenggara sehingga ke Madagaskar.Orang Austronesia pula adalah mereka yang bertutur bahasa-bahasa di dalam kelompok Austronesia.

Dahulu kelompok bahasa ini digelar sebagai Malayo-Polinesia.Kemudian ditemui di Taiwan di mana terdapat kelompok-kelompok pribumi di sana bertutur bahasa mirip bahasa-bahasa dalam Malayo-Polinesia yang kemudiannya dikelaskan sebagai bahasa Formosa.

Gabungan bahasa Formosa dan Malayo-Polinesia inilah kemudiannya digelar Austronesia.


Austronesia adalah salah satu kelompok bahasa utama di dunia.Austronesia juga merupakan kelompok bahasa yang terbesar dari segi jumlah bahasa iaitu kira-kira 1268 jenis bahasa.Austronesia juga memiliki kawasan penyebaran paling luas,iaitu dari Madagaskar hingga ke Pulau Easter.

Bahasa Melayu dan bahasa Jawa adalah dua bahasa Austronesia yang mempunyai ramai penutur. Bahasa Melayu mempunyai lebih 40 juta penutur asli dan bahasa Jawa mempunyai kira-kira 80 juta penutur asli.

Dari segi etnologi dan jumlah penutur sebenar,bahasa Melayu adalah bahasa Austronesia yang paling ramai penutur iaitu kira-kira 300 juta penutur (digabungkan dengan Bahasa Indonesia iaitu salah satu dialek dari bahasa Melayu) dan menduduki tangga ke-6 dunia,ranking bahasa paling meluas digunakan.

Bahasa Melayu sebagai bahasa elit Austronesia adalah terkelompok pula ke dalam bahasa Malayo-Polinesian Barat,bersama-sama bahasa Jawa,Sunda,Bugis dan lain-lain. Bahasa Malayo-Polinesian Timur pula termasuklah bahasa-bahasa di kepulauan Pasifik seperti Hawaii,Tonga,Maori,Samoa dan lain-lain.

Ok,sekarang anda faham siapakah itu orang Austronesia?Persamaan antara bahasa-bahasa Austronesia yang paling ketara ialah menyebutkan bilangan jamak sesuatu dengan mengulangi dua kali perkataan.

Contohnya jika ada banyak kapal,mereka namakan 'kapal-kapal' (bukan 'kapals'). Satu lagi rahsia yang paling ketara namun jarang orang ketahui ialah penyebutan nombor-nombor.

Terdapat persamaan ketara antara penyebutan nombor 1 hingga 10 misalnya diantara bahasa Hawaii,Tonga,Samoa dan lain-lain dengan bahasa Jawa,Sunda dan ya...sudah pasti bahasa Melayu.Lihat jadual:



Lihat, nombor-nombor mereka, sama ada dipengaruhi bahasa Melayu atau dipengaruhi bahasa Jawa. Sebab apa? Jawapan yang paling mudah, kena salahkan dua empayar ini: Sriwijaya dan Majapahit.

Tetapi kalau nak jawapan yang kompleks,kena jawab dengan sejarah linguistik dan pergerakan kaum-kaum Austronesia. Bahasa Sunda misalnya sebutan nombornya bercampur antara bahasa Melayu dan Jawa.

Ok,itu adalah persamaan antara bahasa-bahasa dalam kelompok Austronesia atau nama klasiknya 'rumpun Melayu'.Rumpun ya...bukan orang Melayu.Serumpun maknanya berkongsi budaya dan bahasa.

Orang Batak misalnya berbeza dengan orang Melayu.Jadi orang Batak bukan orang Melayu dari segi etnik-etnik dalam kelompok budaya Austronesia. Masing-masing ada identiti.Apabila bercakap dalam konteks 'dalam rumah sendiri' Melayu adalah salah satu kaum atau sub-bangsa dalam rumpun Austronesia. Samalah apabila bercakap dalam konteks Malaysia,orang Kedah,orang Perak dan orang Kelantan misalnya adalah ORANG MELAYU. Namun bila bercakap soal kenegerian,masing-masing ada identiti sendiri seperti bahasa,senibina,makanan atau pakaian.

Jadi bila orang-orang Melayu sedar bahawa ada kaum lain yang seakan sama dari segi wajah,bahasa dan budaya dengan orang Melayu maka mereka menyebut,"kita serumpun" (rumpun Austronesia atau Nusantara).Jadi Thai,Burma,Viet ataupun Mon-Khmer bukanlah serumpun dengan orang Melayu (ditolak faktor asimilasi atau cedokan bahasa dan budaya) sebab asas atau induk mereka berlainan dari orang Melayu.Thai boleh mencedok budaya Melayu Segenting Kra atau Khmer tetapi lihat bahasanya. Jauh berbeza.

Ini dinamakan 'asimilasi'.Bukan serumpun.Tetapi ini asimilasi antara dua kelompok berbeza.Kalau anda faham masalah ini,saya tanya anda...orang Siam itu sama atau tidak dengan orang Melayu?Serumpun atau tidak??

Siam adalah nama yang diberikan kepada kerajaan Ayutthaya. Rakyatnya ialah Siam. Tidak kira Tai,Mon,Khmer atau Melayu. Ada satu lagi kerajaan Tai iaitu Sukhotai yang lebih awal dari Ayutthaya. Tetapi Sukhotai bukan 'Siam'. SIAM ADALAH BUDAYA BERCAMPUR ANTARA TAI-MON-KHMER-MELAYU. Siam bukan Melayu dalam ertikata sebenarnya. Jadi konotasi adakah orang Melayu mencedok adat Siam adalah SALAH SAMA SEKALI. Siamlah yang mencedok segala budaya di sekelilingnya!

Inilah gunanya tahu sejarah. Tidaklah nanti kita terkeliru sampai menjatuhkan prestij sendiri secara sukarela.

Orang Tai ('Tai' bermaksud bangsa ini seluruhnya manakala 'Thai' ialah konotasi baru lebih merujuk kepada orang Tai di Thailand) termasuk dalam kelompok Tai-Kadai atau Kradai.Orang Tai ini juga banyak sub-bangsanya seperti orang Shan,orang Li,orang Kam-Sui,Tai-Dam dan lain-lain.

Etnik kedua terbesar di China selepas orang Han adalah Zhuang,yang berasal dari bangsa Tai-Kadai ini. Bangsa Tai-Kadai ini asalnya tinggal berselerak di selatan China sehingga ke utara Burma dan Assam di India.Mereka kaum petani (agraria).Tai-Kadai adalah kelompok bahasa yang dipertuturkan oleh semua etnik Tai ini.Mereka juga dilihat berkongsi beberapa budaya,yang paling ketara ialah perayaan Songkran.

Budaya etnik Tai berbeza dengan apa yang dinamakan sebagai 'Siam'. Siam adalah gabungan apa yang saya sebutkan tadi. Mula-mula orang Tai ini tinggal di bawah pemerintahan Empayar Khmer. Jadi asimilasi telah ada dengan budaya Khmer. Kemudian selepas berjaya membebaskan diri dari empayar ini,mereka mula membina kerajaan.Yang paling tersohor ialah Sukhotai.

Mereka mula menakluk kerajaan-kerajaan Mon di tengah Thailand pada hari ini.Jadi mereka sudah berasimilasi dengan orang Mon yang lebih dahulu punya peradaban di Indochina.Akhir sekali ketika menubuhkan Ayutthaya,mereka telah berasimilasi dengan teruknya dengan negeri-negeri Melayu Segenting Kra dan Kerajaan Angkor menjadi apa yang dinamakan sebagai 'SIAM'.Ketika menjarah Angkor (serta menakluk sekali Angkor Wat) raja Ayutthaya telah mengangkut beribu-ribu artisan,tukang ukir,tukang batu,para penari dan seniman Khmer ke Ayutthaya.

Kemudian apabila mereka mara lebih ke selatan,orang Tai ini melengkapkan identiti mereka sebagai Siam,apabila berasimilasi dengan orang Melayu ketika menakluk negeri-negeri Segenting Kra.Malah Ayutthaya itu sendiri adalah wilayah Negara Sri Dharmaraja,sebuah negeri Melayu Segenting Kra.

Kemudian terjadi konflik merebut tanah Ayutthaya dengan U-Thong,raja pertama Ayutthaya yang 'menceroboh' masuk ke Ayutthaya sehingga ke beberapa raja selepasnya.Riwayat Khmer menyebutkan apabila raja Negara Sri Dharmaraja akhirnya tewas,beliau menyerahkan wilayah Ayutthaya sepenuhnya kepada seorang raja Tai dengan syarat mengambil anak-anaknya sebagai anak angkat raja Ayutthaya.

Kita boleh lihat persamaan senibina istana Raja Thai iaitu Grand Palace dengan istana Raja Khmer Kemboja di Phnom Penh:

Istana diraja Khmer Kemboja


Istana Raja Thai di Thailand



Jadi siapa cedok siapa?

Khmer adalah berbeza laras bahasa dan bangsa dengan orang Tai.Bahasa Khmer adalah dari kelompok Mon-Khmer. Jika senibina orang Aceh dan Melayu punya persamaan boleh dipertimbangkan kerana satu rumpun, tetapi orang Khmer dan orang Tai dari rumpun berbeza!

SEBAB APA TUAN-TUAN?

Sebab asimilasi,tidak kira sebab peperangan mahupun perkahwinan. Perkaitan orang Melayu dengan orang Khmer pula banyak terkait akibat perkahwinan raja-raja Melayu Segenting Kra dengan gadis-gadis Khmer. Maka lahirlah raja-raja seperti Suryavarman I mahupun Jayaviravarman.Sujita,seorang raja Melayu Negara Sri Dharmaraja dari keturunan Sriwijaya telah berkahwin dengan puteri Khmer dari keturunan Kambuja.Menarik bukan?

Ingat, jangan jadi katak di bawah tempurung.Melayu di Malaysia mula jadi katak di bawah tempurung selepas dijajah British.Samalah seperti nasionalis Jawa yang terlompat-lompat hulurkan buluh runcing.Itu semua akibat ditipu Belanda.Ingat dua katakunci ini:

1. Dahulu tiada apa yang dinamakan Malaysia atau Indonesia.
2. Budaya adalah milik bangsa BUKAN NEGARA.

Bezanya,nasionalis Jawa ditipu Belanda sehingga jadi terlampau fanatik dengan bangsa khayalan bernama 'Indonesia'.Tetapi Melayu Malaysia ditipu British sampai jadi lembik,tidak bersemangat dan buta sejarah.Datang orang Siam cuit sikit...kelam kabut tak ingat dunia...kemudian menyembah kaki raja Siam tanpa usul periksa.

Jadi saudara saudari sekalian,nampak tak bahawa bahasa kita,budaya kita adalah amat luas menjangkau Malaysia sendiri. Bila bercakap tentang sejarah Melayu JANGAN SESEKALI BERDASARKAN KAWASAN SESEMPIT MALAYSIA.

Jangan saudara,jangan. Sebab nenek moyang kita adalah pedagang dan pelaut yang amat disegani Timur dan Barat. Dan kita bukan mula buat kerajaan ketika Kesutanan Melaka. Bukan saudara.

Banyak kerajaan-kerajaan sebelum Melaka,yang paling terkenal ialah Empayar Sriwijaya.Belum lagi nak bercakap pasal 'city-states' Melayu yang bertaburan dari utara semenanjung hingga ke Segenting Kra. Itu mungkin makan ratusan tahun Sebelum Masehi, sebab ketika Sriwijaya meluaskan jajahan takluknya,telah ada kerajaan Grahi,Kedah Tua atau Gangga Negara.Sejak bila kerajaan 'city-states' Melayu ini wujud?

Menariknya,prasasti 'Old Malay' ditemui seawal abad ke-7 Masehi.Tulisan 'Old English' pula dijumpai seawal abad 8 Masehi. Salah satunya ialah puisi Beowulf. Itupun bahasanya belum sepenuhnya 'English' sebab ada yang mendakwa ia masih bahasa Anglo-Saxon,suku Jerman Kuno yang membentuk bangsa Inggeris hari ini.Prasasti Melayu Cham pula seawal abad 2 Masehi.

Bila bercakap sejarah bangsa,ingatlah...kita adalah antara yang terbaik.

Baiklah para pelajar semua,kelas bersurai.Jumpa lagi di lain artikel.







The History of Thy Beloved,


~Srikandi

JANGAN KELIRU SEJARAH BANGSA SENDIRI...

View Comments
Gambar menunjukkan raja dan permaisuri Melayu dari dinasti Sailendra sedang berehat di dalam istana sambil dikelilingi para pegawai kerajaan dan inang-inang diraja.Relief dari Borobudur,Indonesia.


Catatan Srikandi IV: Jangan keliru sejarah bangsa sendiri!



Ketika saya belajar sejarah dahulu,terutamanya ketika di tingkatan satu,saya memahami selepas topik 'orang gua' (Paleolitik,Mesolitik dan 'litik-litik' yang lain) saya dihidangkan tentang sejarah Kesultanan Melaka.Saya ketika itu walaupun masih kecil namun tetap boleh berfikir dan terpinga-pinga mengapa sejarah Malaysia khasnya orang Melayu boleh menjadi cacamarba sebegini.Jika teks Sejarah Malaysia dijadikan filem komersil,saya jamin ia akan menjadi filem paling top oleh Rotten Tomatoes.Filem paling tidak senonoh dari segi kronologi.

Ketika di tingkatan 5,barulah ada disentuh sedikit tentang kerajaan agraria dan maritim di Asia Tenggara.Ada disebutkan tentang Champa dan Funan.JUga disebutkan tentang Sailendra dan Sriwijaya.Namun ketika saya tidak tahu bahawa Sriwijaya yang amat hebat itu adalah empayar orang-orang Melayu!Dan Sailendra yang merupakan dinasti penguasa paling agung Asia Tenggara adalah dinasti Melayu!Memang saya tidak tahu.

Dan ramai tidak tahu.Ketika itu saya benar-benar tidak mengerti mengapa sejarah bangsa saya adalah sejarah paling misteri dalam dunia.Tidak ada kesinambungan.Terputus dan terpecah-pecah di sana-sini.

Pada mulanya saya memikirkan bahawa orang Melayu itu hanya terdapat di semenanjung.Kemudian saya tahu bahawa orang Melayu ada di Sumatera.Kemudian rupa-rupanya ada satu kerajaan Melayu di Borneo,Brunei Darussalam.

Kemudian akhirnya saya tahu ada Melayu di Selatan Thai.Pada mulanya juga,saya memikirkan bahawa kerajaan orang Melayu YANG MULA-MULA SEKALI adalah Kerajaan Melaka.Sebelum itu orang Melayu mungkin tidak punya apa-apa kerajaan.

Saya diajar tentang Parameswara,penguasa pertama Melaka telah membunuh Temagi,wakil pemerintah 'Siam' di Temasik dan melarikan diri sehingga membuka Melaka.Saya berfikir,bagaimana 'Siam' boleh sampai nun...di Singapura sana.

Hanya dalam Sejarah Melayu sahaja disebutkan tentang Temagi ini manakala semua petitih-petitih kuno dan riwayat Thai tidak menyebutkan apa-apa tentang penguasaan mereka sejauh Temasik.

Namun saya ketika itu mula memikirkan bahawa sebelum naik Kesultanan Melaka,seluruh semenanjung adalah di bawah taklukan 'Siam'.Jadi dari mana orang Melayu datang?Kenapa Siam yang terkenal kuat itu tidak menghalang penubuhan Melaka?Saya benar-benar keliru dengan riwayat bangsa saya sendiri.

Apabila saya mengambil kursus sejarah di universiti,dan mengkaji sejarah Melayu Asia Tenggara dengan semakin mendalam,saya menjadi semakin keliru apabila dijumpai prasasti-prasasti berbahasa Melayu Kuno di merata tempat seawal abad ke-7 Masehi!

Saya juga tidak menyangka bahawa Champa adalah kerajaan orang Melayu dari suku Cham yang punya kaitan rapat dengan orang Kelantan dan Terengganu.Saya semakin pelik apabila empayar maritim Sriwijaya yang telah membina Borobudur itu ketika era dinasti Sailendra memerintah Jawa menggunakan bahasa Melayu Kuno!

Kemudian saya tahu yang membunuh Temagi BUKANLAH PARAMESWARA tetapi Sang Nila Utama,seorang putera dari keturunan Sriwijaya yang berpindah ke Temasik dari Sumatera untuk lari dari hegemoni Majapahit yang semakin kuat di Palembang.

DAN SAYA TAHU BAHAWA TEMAGI BUKANLAH KETURUNAN THAI ATAU DARI KERAJAAN AYUTTHAYA
,tetapi keturunan sama ada MON-KHMER atau MELAYU SEGENTING KRA dari kerajaan Melayu antara tergelap dalam sejarah Kemelayuan,TAMBRALINGGA.Temagi dikatakan dibunuh pada tahun 1324 padahal kerajaan Ayutthaya ditubuhkan kira-kira pada tahun 1354!Ayutthaya perlu mengambil masa berpuluh tahun sebelum mampu menghantar tenteranya menakluki Temasik!

Cerita yang sebenar ialah,ketika hegemoni Sriwijaya ke atas Asia Tenggara sedikit demi sedikit runtuh, maka banyak negarakota Melayu (Malay states) dan lain-lain (contohnya kerajaan orang Mon) mula membebaskan diri dari Sriwijaya.Terutamanya ketika serangan kilat Rajendra Chola dan peperangan dengan di Jawa telah melemahkan hegemoni empayar ini menyebabkan Sriwijaya melepaskan wilayah-wilayahnya.Salah satunya ialah Tambralingga yang kemudiannya dikenali sebagai Nagara Sri Dharmaraja.

Raja Tambralingga yang berjaya membebaskan diri dari pengaruh Sriwijaya mula meluaskan pengaruhnya sendiri di seluruh semenanjung hingga ke Temasik.Pengaruh Tambralingga semakin besar sehingga mampu menghantar angkatan tentera menyerang Sri Lanka pada tahun 1247 Masehi.Tidak hairanlah pulau Temasik adalah di bawah pengaruh Tambralingga jika sudah berupaya menghantar tentera sejauh ke Sri Lanka.


Ukiran pada Borobudur pada abad sekitar 6-8 Masehi menunjukkan orang Melayu telah mampu membina kapal-kapal besar dan membina rangkaian perdagangan ketika di Kepulauan British masih berperang dengan bangsa Norman,Norseman dan puak-puak Jerman Kuno.


Semua kekeliruan sejarah ini menyebabkan kesan yang bukan sedikit.Pertamanya orang Melayu memikirkan dahulu seluruh semenanjung adalah di bawah Siam.Kemudian yang lucunya,ada warganegara Malaysia keturunan Thai berdegil mengatakan bahawa Temagi itu adalah wakil Ayutthaya dan dahulunya orang Thai adalah pribumi semenanjung!Ini adalah KARUT kerana semua pengkaji sejarah tahu orang Thai adalah imigran termuda ke Indochina ketika etnik-etnik Malayo-Polinesia (termasuk Melayu),orang Pyu,Mon dan Khmer sudah berada lama di Indochina.

Ingat kisah Rajuna Tapa yang membuka pintu kota Temasik untuk tentera Majapahit?Itulah sebab Parameswara lari ke Melaka!Bukan sebab membunuh Temagi.Siap ada filem era Jalan Ampas lagi tentang serangan Majapahit ke atas Temasik akibat pembelotan Sang Rajuna Tapa,seorang pegawai kerajaan Temasik di bawah pemerintahan keluarga Parameswara.Sang Rajuna Tapa membelot kerana kecewa anak perempuannya dihukum sula oleh raja akibat dituduh bermukah.

Semua ini bagaikan melengkapkan satu 'puzzles' yang berselerak di sana-sini!

Salasilah sejarah Melayu yang sekejap gelap sekejap terang menyebabkan banyak pihak mengambil kesempatan.Bumi orang Melayu yang penuh kekayaan ini menjadi idaman semua bangsa di dunia.Kedudukannya yang strategik di antara Barat dan Timur dicemburui ramai orang.

Bukan sahaja di darat malah lautan kelilingnya penuh dengan sumber mineral.Kaji mengapa China yang jauh dari Kepulauan Spratly bermatian menuntut kawasan ini.Dari segi kedudukan,Filipina dan Malaysia punya kelebihan kerana lebih berdekatan.Kerana faktor-faktor kedudukannya yang jauh dari kepulauan ini maka China terpaksa menggunakan SENJATA BERBAHAYA yang kurang dipedulikan pemimpin UMNO yang 'duit rakyat didahulukan,perut sendiri diutamakan'.Apa senjata itu wahai tuan-tuan dan puan-puan?

S E J A R A H.

China terpaksa mendakwa bahawa Kepulauan Spratly telah lama dikunjungi oleh para nelayan dan pedagang China sejak berabad-abad dahulu padahal ramai pengkaji sejarah maritim mengakui orang-orang China agak lambat menguasai laut selatan berbanding kaum-kaum Austronesia yang terkenal sebagai para pelayar dan pengembara maritim dari Hawaii hingga ke Madagaskar.Para pedagang China terpaksa menumpang kapal-kapal orang 'Kunlun' untuk ke selatan kerana keadaan laut di situ amat berbahaya.Siapa orang 'Kunlun' dalam teks kuno Maharaja China?Tidak perlu saya beritahu.



Betapa indahnya kenangan bangsa Melayu pada masa-masa dahulu.Ahli sejarah luar negara mengenang Melayu sebagai bangsa yang setaraf dengan Norseman dan Phoenicia,pakar dalam ilmu maritim.Sehingga pada candi,tukang-tukang batu Melayu mengabadikan profesion purba mereka dengan penuh megah.


Cukuplah Merong Mahawangsa yang diupah untuk membawa putera Rom menemui puteri China menggunakan kapalnya.Inilah kisah profesion purba orang 'Kunlun' yang terakam kemas dalam hikayat Melayu dahulukala. Sebab itu saya katakan dahulu,membaca hikayat-hikayat Melayu perlu punya pengetahuan sejarah yang luas supaya dapat membaca secara 'READ BETWEEN THE LINES'.Di dalamnya penuh kod-kod rahsia yang hanya mampu dipecahkan jika pengetahuan kronologi sejarah kita kuat.Orang Melayu dahulukala memang suka berkias-kias.

Sejarah Melayu yang sekejap gelap sekejap terang menggalakkan sekelompok orang yang menggelarkan diri mereka 'Keturunan Merong' menuntut takhta Sultan Kedah dan Yang Dipertuan Agong dengan cara memutarbelitkan sejarah dan mengisi lompang sejarah Melayu dengan versi sejarah karut mereka.

Sejarah Melayu yang sekejap gelap sekejap terang menggalakkan golongan Ultrakiasu mempermainkan sejarah Malaysia dengan cuba mengelirukan dan memutarbelitkan fakta bahawa orang Melayu adalah pendatang.

Sejarah Melayu yang sekejap gelap sekejap terang menggalakkan orang lain menuntut wilayah-wilayah Melayu pada zaman dahulu seperti yang berlaku ke atas Pulau Batu Putih.

Sejarah Melayu yang sekejap gelap sekejap terang menggalakkan orang Melayu ke arah buta sejarah bangsa sendiri dan penuh perasaan 'inferior' terhadap bangsa lain.

Saya galakkan anda semua wahai anak-anak Melayu tonton filem The Legend of Queen Suriyothai dan King Naresuan dan belajar bagaimana bangsa Thai cuba menaikkan jatidiri dan semangat patriotik bangsa dengan MENDEFINISIKAN SEMULA SEJARAH MEREKA.Walaupun ada pakar sejarah tahu bahawa kostum perang di zaman Raja Naresuan tidaklah seperti yang ditonjolkan, NAMUN MEREKA SEDAR BETAPA PENTINGNYA PRESTIJ SEJARAH UNTUK MEMBANGKITKAN SEMANGAT BANGSA MEREKA.Tidak kiralah sejarah realiti atau sejarah yang asalnya fantasi namun cuba direalitikan.

Jadi apa yang pemimpin UMNO buat?Berkokok dan menyalak ke sana ke mari tentang Ketuanan Melayu,namun menjahanamkan orang Melayu sedikit demi sedikit.Apabila Ultrakiasu (ingat,bukan Cina tetapi yang rasis dan Ultrakiasu sahaja) mengadu mereka dikatakan pendatang,maka pemimpin Umno membuat kenyataan bahawa Ultrakiasu bukan pendatang.

Namun apabila orang Melayu dihina malah agama dan nama Allah dipermainkan oleh Ultrakiasu,apakah yang pemimpin UMNO ini buat?AMARAN,AMARAN DAN AMARAN SAHAJA?Ini kedunguan saudara dan saudari.Ini kebingungan yang tidak boleh dimaafkan.

Pandai bila menghayun-hayunkan keris ketika memekik 'Hidup Melayu!' namun pada masa yang sama menikam dan membunuh warisan dan jatidiri Melayu sedikit demi sedikit.Apa gunanya Perkasa dan Pekida?
Dua organisasi ini semakin hari semakin menggalakan gengster-gengster dan mat rempit Melayu berkeliaran di dalamnya.Mereka amat BERANI BERKOKOK DAN BERGADUH.Tetapi mangsa mereka siapa?ORANG MELAYU JUGA!

Mereka hanya berani ke atas bangsa sendiri tetapi pengecut terhadap bangsa lain.Sebab apa?Pertamanya sebab MEMANG MEREKA PENGECUT.Keduanya sebab bos-bos mereka iaitu pemimpin UMNO ada 'deal' dengan Ultrakiasu.Ini semua cerita pasal duit.No money no talk.Rasuah dan sogokan duit akhirnya menghancurkan orang Melayu.

Dahulu raja-raja Melayu dipermainkan British.Sekarang pemimpin-pemimpin Melayu dipermainkan Ultrakiasu.Apa yang boleh saya katakan,why are you so stupid?

Kita tidak boleh harapkan satu lagi parti Melayu iaitu PKR yang jadi hamba sahaya pacal yang hina kepada DAP.Ini memang sudah keluar carta.Buat pemilihan dalam parti pun kelam kelibut,bagaimana hendak pegang satu Malaysia?

PAS,bermula dengan baik dengan tema agama,kerana AGAMA adalah berkait amat rapat dengan Kemelayuan.Sama seperti separuh sejarah Thai adalah Buddha Theravada maka 80% dari warisan Melayu dan kekuatan sejarahnya adalah Islam itu sendiri.Jika seorang Melayu sudah murtad dan masuk agama Kristian contohnya,anda akan lihat sedikit demi sedikit dia akan hilang aura Kemelayuannya.Jadi 'makhluk' lain yang asing terhadap Melayu dan segala rahsianya.

Tetapi amat mengecewakan kerana dek mahu menang pilihanraya,PAS seakan-akan rela membutakan matanya sendiri laksana Kasim Selamat.Sudah-sudahlah berpolitik.Jangan sampai PAS bertuhankan politik.Jika PAS membuang Melayu kerana jadi hamba politik saya masih boleh menerima (walau dengan hati yang berat dan sedih) tetapi jangan sampai PAS buang agama sekali akibat mahu menang pilihanraya.Ini sudah sampai peringkat sadis dan 'gore'.

Adakah saya boleh berkata,biarkan luncai terjun dengan labu-labunya?

Kini saya mahu menumpukan kajian terhadap kerajaan Melayu sebelum Sriwijaya atau era pra-Sriwijaya.Jika pada zaman Ratu Hatshepsut (1508 BC-1458 BC),sudah tercatat nama 'Perahu' dan 'Hati' sebagai nama pemerintah Melayu pada zaman dahulu,sudah tentu saya mahu tahu lebih tentang mereka.Mengapa?Tidak percaya?Tidak percaya kerana tidak mungkin orang Melayu wujud sejauh 1500 Sebelum Masehi? :D

TETAPI SAYA MAHU PERCAYA.

Saya mahu percaya sebab jika orang Melayu tidak meninggalkan apa-apa tentang kewujudan mereka SEKALIPUN,orang Mesir Purba teguh mengukirkan rahsia Kemelayuan di dinding-dinding makam dan kuil mereka.Sebab apa?

Sebab moyang saya adalah pedagang dan pelaut yang handal.Rempah dan kemenyan adalah antara barangan dagangan nenek moyang saya yang menjadi idaman para Firaun dan Emperor Babilon.

Saya mahu tahu mengapa 'Maat Heru' dalam The Egyptian Book of The Dead yang terukir pada keranda-keranda dan dinding makam Firaun punya hubungan dengan nama 'MATAHARI' dalam bahasa Melayu.Apa hubungan Melayu dengan bangsa Mesir Kuno?Siapa Raja Matahari?

Siapa Raja Perahu dan Permaisuri Hati?Apa hubungan mereka dengan Raja Matahari?

Kemudian setelah mengkaji sejarah Phoenicia dan menemui beberapa petunjuk antara orang Melayu dan bangsa Phoenicia,memimpin saya kepada petunjuk di Borneo.Saya menemui nama lama bagi Borneo adalah berasal dari kata Borni merujuk 'slang' pengembara Itali kepada kerajaan Melayu Brunei.Kemudian saya menggali lagi sehingga mengetahui nama purba Brunei adalah Poni merujuk kepada catatan-catatan pengembara China zaman dahulu.Pengembara China ini mencatatkan bahawa penduduk di kawasan ini (Borneo sekarang) menggelarkan tanah mereka sebagai Poni/Puni.

INILAH PUNT YANG SEBENAR!

Inilah tempat tinggal Raja Perahu dan Permaisuri Hati!

Sungguh!Saya benar-benar teruja dengan sejarah Melayu yang penuh misteri!

Nipis senipis kulit bawang?

View Comments




Lama x menulis kat sini.. tak tahu mengapa malas sangat nak menulis sejak akhir-akhir ini... tapi kali ini secara tiba2 timbul niat untuk menulis disini... :)

Dalam bulan puasa ni ada jugak terfikir nak berjimat... masih dalam proses penjimatan cuma agak letih sikit dalam berjimat ni...

Tapi bulan puasa ni rekod telah tercipta bagi kawie kerana bulan puasa ini kawie berjaya untuk tidak menjejaki kaki ke pasar ramadhan...

Bukannya pe, kalau gi pasar ramadhan ni mesti habis duit banyak, beli macam2 utk juadah berbuka, pastu makan, mesti x habis dan tak tahan lama untuk dimakan pd waktu sahur...

So kawie tanam niat dan bertekad untuk memasak sepanjang bulan ramadhan nih... berjaya setakat ini...

Yang kawie tahu JoeGrimJow tu pandai masak, tapi kawie.... hahahhahahaha... makan utk diri sendiri jer...

Langkah pertama : beli barang2 dapur dan simpan dalam peti sejuk dan almari dapur...

Langkah kedua: print menu2 yg senang untuk dimasak oleh org bujang...



Langkah ketiga: Hari pertama berpuasa mesti berbuka dengan masakan sendiri tapi sedih sebab masakan kari tak menjadi kerana masam (silap teknikal ketika memasak)... hahahhahaha....

Langkah keempat: memang kene tanya petua2 memasak dari org yg selalu memasak.... Cikgu2 perempuan jadi sasaran kawie... wakakakaaka....

Langkah kelima: rupa2nya ketika memasak nih kenelah selalu selawat... insyaallah makanan akan sedap... ni dpt petua dari cikgu yg pandai sgt memasak... :)

Langkah keenam: kalau dah masak tuh hantarlah kat jiran2, dapat pahala.. pastu dapat juadah jiran sama.. so waktu berbuka banyaklah lauknya... cam beli kat pasar ramadhan plak... hehhehehehe....

Jadi ape kene mengena citer masak nih dengan tajuk?




xde kene mengena kot.. kalau ada pun sebab bila masak mesti guna bawang... hahhahahahaha...

p/s: dah hampir 3 bulan x makan McD, brg2 nestle kerana boikot ISRAEL....

Ya Allah, Kuatkanlah iman ku... janganlah iman ku senipis kulit bawang... aminnnn....

ADA KE PATUT???

View Comments
Semua orang tahu yang dia lebih kaya dari aku...

Dia tinggal dikawasan perumahan elit,

rumah seperti istana

ada pengawal keselamatan

ada orang gaji serta tukang kebun

Bilik rumahnya cukup besar

Rumahnya dipenuhi kemudahan moden

Keretanya besar-besar dan mewah

ada banyak biji pula tu

tapi aku tidak marah padanya

Dia mempunyai perniagaan yang besar

dan boleh menggaji ramai orang

dan itulah rezeki beliau

dan semua orang tahu...

Aku hidup sederhana

Menyewa rumah dikawasan orang kebanyakan

Selalu membeli belah dipasar malam

Tidak mempunyai kereta tapi sebiji motor honda EX5

Aku kerja makan gaji, setiap bulan dapat gaji dan habis bayar hutang

adalah sedikit simpanan untuk masa depan tapi tidaklah banyak sangat pun

Tapi aku tak marah kat dia pun kerana melebihi segala-galanya dari aku...

Kalau aku marah kat dia dah lama dah aku tak bercakap dengan dia...

Berbincang dan bertukar-tukar fikiran dengan dia...

Tapi aku masih melayan dia sebagai seorang manusia...

Cuma baru-baru ini dia cakap yang aku menindas dia...

Dia kata aku zalim dan diskriminasikan dia...

Aku jadi pening dan semakin tak paham...

Boleh ke orang miskin menindas orang kaya?

Tak pernah lagi aku tengok filem yang memaparkan kisah seorang kaya yang dizalimi oleh orang miskin...

Dia kata dia tertindas... dia tertekan & stress...

dia kata dia stress sebab aku anggap dia sebagai orang miskin dan hina...

mana mungkin aku anggap dia macam tu sedangkan dia memang seorang yang kaya...

sampai masuk majalah forbes...

aku pening la dengan sikap dia nih....

ada ke patut????

ANUGERAH GENG CIPAN....

View Comments

Tadi cukup bertuah bila kawie masuk dalam blog tadi... kawie tengok kat chat box ada msg dari meo188...

Rupa-rupanya beliau memberi anugerah cipan kepada semua follower, pengomen, pembaca dan kawan-kawan blog...

Rajin sungguh beliau membuat semua list itu dan kerana itu kawie rasa cukup gembira bila mendapat award ini.

Terima kasih meo188!!!!!

(award ini kawie nak letakkan kat blog kawie.... hehehhehehhehe...)

MINDA POLITIK MELAYU

View Comments

N3 ini kawie ambil dari web "BICARA NOBISHA". Penulis wacana "BICARA NOBISHA" merupakan seorang penganalisa politik tanah air yang terkenal.

Kawie mengenali beliau melalui rancangan-rancangan perbincangan di astro awani (channel 501) yang acapkali membicarakan isu2 semasa dan politik tanah air.

n3 beliau kali ini yang berjudul "MINDA POLITIK MELAYU" amat menarik perhatian kawie untuk dikongsi dengan kawan-kawan sekalian...

Kalau kawan2 mahu melayari blog beliau, kawan2 boleh klik dekat "BICARA NOBISHA" sebab kawie sudah masukkan link beliau.

Selamat membaca..... :)

############################################

Sejak kemerdekaan hari sampai sekarang, orang Melayu ramai di sektor awam; bermula dari jawatan paling tinggi iaitu Ketua Setiausaha Negara, sehinggalah jawatan paling rendah dalam kerajaan.

Hal yang sama berlaku dengan orang Melayu yang bekerja dalam sektor swasta. Rata-rata orang Melayu adalah pekerja dalam organisasi swasta, kecuali dalam GLC di mana mereka berpeluang menjadi CEO atau Pengarah Urusan. Orang Melayu yang berada pada kedudukan nombor satu dalam organisasi korporat boleh dibilang dengan jari.

Kakitangan awam atau swasta dilatih untuk menurut perintah dan bertindak mengikut arahan ketua jabatan. Kalau lawan, kena tindakan disiplin. Ketua jabatan sama ada dalam sektor awam dan swasta memang bagus dalam mengenakan tindakan disiplin.

Sebaliknya, orang Cina merupakan kelompok yang paling ramai dalam sektor perniagaan. Untuk berjaya dalam perniagaan, mesti ada strategi yang betul. Dalam perniagaan, kunci kata ialah “survival.”

Perniagaan menuntut mereka berfikiran strategik. Bersatu dalam hal yang perlu bersatu. Berpecah kalau tak perlu berbuat demikian. Komuniti perniagaan boleh bersatu untuk memboikot jualan gula kerana tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan, tetapi mereka tidak mahu bersatu memboikot perasuah dalam sektor awam (mengikut dakwaan komuniti perniagaan).

Akhirnya, orang Cina menjadi komuniti yang berfikiran strategik. Sebab itulah kita sukar melihat DAP membelasah MCA, atau Gerakan menghentam DAP. Apa yang selalu kita lihat ialah DAP, MCA dan Gerakan sepakat mengkritik dasar-dasar kerajaan mengenai Bumiputera. Sesekali, ketiga-ketiga parti itu mengkritik UMNO, parti Melayu.

Sebaliknya, orang Melayu yang rata-rata merupakan komuniti pekerja tidak ramai yang berfikiran strategik. Melayu PAS menghentam Melayu UMNO. Melayu UMNO membelasah Melayu PKR.

Ada juga orang Melayu yang tanpa segan silu menghentam “institusi Melayu” seperti UiTM, MARA atau MRSM, walaupun ramai adik-beradik dan anak-beranak mereka sendiri mendapat manfaat darinya. Sesetengahnya graduan UiTM atau MRSM mula bercakap betapa kedua-dua institusi ini tidak perlu lagi.

Begitulah minda politik orang kita.

Memang Melayu!

KONFLIK MAHKOTA KESULTANAN KELANTAN

View Comments

(gambar ini diambil pada 16 Jun 2010, bersamaan hari rabu, jam 1.20pm)


Salam semua...

Dah lama kawie rasa pelik dengan apa yang terjadi diantara DYMM Tuanku Sultan Kelantan, DYMM Tuanku Raja Perempuan Kelantan, DYMM Pemangku Sultan Kelantan dan ahli keluarga Diraja Kelantan.

Walaubagaimana pun, secara tidak sengaja kawie telah mengunjungi blog JUST READ.

Blog ini telah menceritakan tentang apa yang berlaku didalam istana Kelantan. Kisah ini mempunyai 5 bab dan telah ditulis dalam bahasa inggeris dan bahasa melayu.

Kawie cuba menterjemahkan petikan didalam bahasa inggeris dan sekiranya berlaku konflik, adalah lebih baik digunapakai petikan didalam bahasa Inggeris seperti yang dipaparkan oleh penulis blog JUST READ.

Kawan-kawan boleh klik kat Just Read untuk melayari blog Just Read kerana kawie sudahpun meletakkan link kepada blog itu.

Artikel itu bertajuk "SIAPA DISEBALIK KEMELUT ISTANA MAHKOTA KELANTAN"

BAB 1


Saya bukan rakyat Kelantan. Negeri saya, Melaka sudah kehilangan raja berdaulatnya ratusan tahun dahulu. Sebagai rakyat Malaysia yang mendokong kepentingan institusi beraja, saya rasa terpanggil untuk mencari dan mengesan punca masalah yang menyebabkan nama baik sebuah istana berdaulat sedikit tercemar dengan pelbagai khabar angin, fitnah dan tanggapan umum yang berbeza-beza. Semuanya tercetus sejak Sultan Kelantan gering tahun lalu.

Dalam Bahagian I ini, saya tidak ingin menulis panjang lebar tetapi cukuplah sekadar mengutarakan dahulu tajuk utamanya di sini iaitu tuduhan terhadap Raja Perempuan Kelantan, layanan buruk yang diberikan kepada Sultan, 'penculikan' dan gempur ala-Mafia polis terhadap Sultan dan rawatan untuk pesakit otak yang diberikan kepada baginda di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Saya tidak bercadang mensabitkan sesiapa tetapi berharap agar kisah berikutnya nanti mampu memberi gambaran sebenar mengenai apa sebenarnya yang menyelubungi penghuni Istana Mahkota. Raja Perempuan, Tengku Anis ada menghuraikan beberapa hal penting di dalam suratkhabar tabloid terbaru di pasaran seluruh negara, Transisi. Edisi sulungnya mula dijual hari ini.

Saya akan menulis mengenainya setiap dua hari sekali sehingga mencakupi semua perkara yang perlu dimaklumkan kepada orang ramai, khasnya rakyat Kelantan agar mereka memahami kedudukan sebenarnya, tanpa prejudis.

Saya juga tidak berniat memburukkan sesiapa sama ada mereka yang ada di dalam atau di luar Istana. Matlamat utama pembongkaran ini ialah menyedarkan mereka yang terbabit agar tidak sekali-kali menggunakan hubungan baik dengan Istana untuk kepentingan peribadi.

BAB 2

Dalam Bab 1, saya menyebut bahawa kemelut Istana Mahkota Kelantan bukannya berpunca daripada dalam tetapi campur tangan pihak luar. Bab 2 ini menyentuh bagaimana krisis ini bermula, apa sebenarnya terjadi, kesannya terhadap rakyat, fungsi kerajaan negeri dalam menghadapinya serta reaksi Kerajaan Pusat terhadap semua perkembangan ini.

Pada 14 Mei 2009, Sultan Kelantan jatuh gering dan dimasukkan ke Unit Rawatan Kardiologi (CCU) Hospital Universiti Sains, Kubang Kerian. Baginda sebenarnya diserang 'stroke' ketika dalam bot peranginan di perairan Pulau Perhentian, Terengganu.

Dari sinilah tercetusnya tohmahan kononnya Raja Perempuan, Tengku Anis berbuat khianat terhadap Sultan dengan cara menolaknya hingga jatuh di bilik air istana. Ini didokong pula oleh banyak pembohongan pihak tertentu kononnya Tengku Anis berbuat demikian selepas mengetahui baginda sudah beristeri baru (kita akan bongkar hal ini kemudian).

Tengku Anis turut dihujani pelbagai fitnah, antaranya enggan mengiktiraf anakanda sulungnya, Tengku Faris sebagai pemangku raja dan sebaliknya ingin memahkotakan Tengku Fakhry, jika sesuatu terjadi kepada baginda Sultan. Walhal Tengku Temenggong (Fakhry) sendiri langsung tidak menyimpan hasrat menjadi Sultan, apa lagi untuk menolak hakikat bahawa Tengku Mahkota (Faris) adalah lebih berhak daripadanya.

Tengku Anis juga diperburukkan lagi dengan khabar angin berbentuk hasutan kononnya baginda merampas tanah rakyat untuk Projek Di-Raja Kelantan (PDRK) sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah, istana memantau tanah rakyat yang tidak dimajukan dan terbiar dengan mengambil alihnya melalui perbincangan dan ia kemudiannya dimajukan dengan pelbagai projek seperti pertanian. Apabila sesuatu projek itu sudah maju, ia akan diserahkan semula kepada tuan punya tanah.

PDRK ini ternyata mencemar nama baik Raja Perempuan sehinggakan ramai rakyat Kelantan sendiri menuduh istana sebagai perampas hak mereka. Tukang fitnah ini bukan saja dari kalangan pegawai yang bertugas di istana malah kakitangan kerajaan negeri yang mempunyai motif tersembunyi (akan diulas kemudian).

Apa yang mendukacitakan seluruh isi Istana Mahkota ialah khabar angin yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab kononnya keluarga diraja ini sudah berpecah belah padahal hubungan mereka tetap akrab seperti sebelumnya.

Pada 24 Mei 2009, baginda dipindahkan ke Hospital Mount Elizabeth, Singapura apabila keadaannya tidak banyak berubah.

Sejak detik inilah ada pihak tertentu di kalangan pegawai istana yang memulakan kempen ingin memecahbelahkan keluarga diraja ini demi memelihara kepentingan sendiri, satu pihak yang mahukan Faris menjadi sultan manakala satu pihak lagi mengapi-apikan Fakhry agar menentang perlantikan kekandanya sebagai pemangku sultan.

Pada hari yang sama baginda dihantar ke Singapura, Majlis Perajaan Negeri (MPN) mengumumkan perlantikan Tengku Mahkota sebagai Pemangku Raja.

Beberapa hari kemudian iaitu pada 28 Mei 2009, Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN) bertindak menukar lima pegawai kanan kerajaan negeri, termasuk pegawai kewangan negeri, pengarah tanah dan galian, ketua jajahan Kota Bharu dan setiausaha sulit Sultan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) dan ditempatkan dalam satu bilik 'pool' untuk dikongsi bersama. Langkah ini benar-benar mengejutkan banyak pihak. Sehingga ini, kerajaan negeri tidak memberi sebarang penjelasan mengenainya.

Sekitar bulan Jun 2009, baginda Sultan mula menunjukkan perubahan positif di Singapura dan sedar dari koma. Ini amat menggembirakan seluruh kaum kerabat dan rakyat jelata yang mendapat khabar mengenainya.

Oleh kerana baginda Tuanku masih di bawah pengawasan rapi, hanya pembesar negara dan kerabat terdekat dibenarkan melawatnya. Dalam tempoh Julai-Ogos 2009, baginda mula menerima pelawat. Bagaimanapun, waktu lawatan dihadkan agar tidak menjejaskan kesihatan baginda,

Begitupun, ada cubaan individu tertentu cuba menyelinap masuk ke kamar rawatan baginda selepas jam 12 tengah malam. Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan antara orang yang cuba berbuat demikian ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan pada kira-kira jam 3.30 pagi. Apa maksud dan motifnya berbuat demikian, tidaklah diketahui tetapi ia amatlah mencurigakan. Sejak itulah kawalan diperketatkan di pintu masuk ke kamar rawatan.

Sehubungan itu, anggapan sesetengah pihak yang mendakwa Raja Permaisuri tidak membenarkan kaum kerabat dan pembesar lain menziarahi baginda Tuanku, adalah salah sama sekali kerana ada antara mereka enggan mematuhi waktu serta jadual lawatan.

Pada 8 Oktober, timbul perselisihan faham di antara pengawal peribadi Pemangku Raja dengan pegawai keselamatan Raja Perempuan serta Tengku Temenggong, sehingga satu laporan polis dibuat di Republik itu.

Berikutan itu, atas hasutan pihak tertentu, Pemangku Raja melucutkan keahlian Tengku Temenggong dan empat yang lain daripada Majlis Perajaan Negeri serta menarik balik semua darjah kebesaran, termasuk Jaksa Pendamai daripada beberapa orang yang selama ini rapat dengan Raja Perempuan dan Tengku Temenggong. Tindakan Tengku Faris ini dipercayai didorong oleh desakan pihak tertentu yang ingin melihat keruhnya hubungan keluarga diraja berkenaan.

bersambung...

p/s:

1. Bab 3,4 & 5 lebih menggemparkan... kalau kawan2 x sabar boleh layari blog JUST READ untuk mengetahui perkembangan seterusnya...


2. Turut dipaparkan gambar DYMM Sultan Kelantan yang diambil 16 June 2010 ketika menerima kunjungan PM, DS Najib (dalam Bab 4) dan juga gambar pihak UTK bertindak menghentikan kereta DYMM Sultan Kelantan ketika dalam perjalanan ke airport (dalam bab 5)


OK KAN LELAKI KAWEN 4?

View Comments
Photobucket

Teringat kawie waktu kawie menghadiri kursus nikah...

Kursus nikah ni best kalau diambil sewaktu kita dah hampir diambang perkahwinan. kalau nak amik awal waktu kat universiti pun ok gak untuk pertambahan ilmu tapi kalau diambil dekat dengan majlis pernikahan kita tu, rasanya lagi best... hehhehehehhe...

Photobucket

Kalau kursus kawen kat universiti kawie dulu x best sgt... mungkin sebab peserta kursus segan2 nak tanya soalan2 sensor pada ustaz...

Tapi kalau kursus kawen kat tempat swasta yg ada pentauliahan dari jabatan/majlis agama negeri lagi best kot....

Kalau nak tanya soalan pun, taklah rasa segan2 sangat... soalan yg ditanya tu plak bleh 'soalan gaya bebas'... tu yg best tuh sebab kemusykilan kita akan terjawab. Ustaz2 plak lebih terbuka dengan situasi sekarang nih...

Antara soalan2 sensor yg selalu ditanya adalah... bolehkah kalau isteri **** suaminyer? Jawapannya pun mestilah kawie sensor kat sini... hehehhehehhe...

Photobucket

Teringat kawie kat seorang ustaz tuh ketika kursus kawen dulu....

Ustaz ni cakap, Allah SWT menjadikan lelaki ni sebagai seorang insan yang unik... unik kerana lelaki boleh membahagikan cinta dan kasih sayangnya pada ramai perempuan....

Habis je ustaz tu cakap camtuh, peserta lelaki bersorak dan bertepuk tangan... peserta pompuan pula cam melopong dan diam x terkata2....

Mungkin juga ramai peserta lelaki tuh muda2 belia lagi... so excited sgt dengar kenyataan ustaz tuh... hehehehhehehe... kawie pun bersorak sama...:)

Kawie tak tahu kebenarannya kerana kawie blom merasai perasaan cinta atau sayang kepada ramai pompuan nih....

Ustaz tuh kata lagi... semakin matang lelaki itu, semakin yakinlah silelaki itu untuk membahagikan cintanya... kerana itu Islam membenarkan poligami dengan syarat2 tertentu... hehehehhehehe....

Photobucket

Kata pepatah orang kampung kawie "life begin at 40's".... mungkin pada umur ini lelaki sudah semakin matang, stabil kehidupan dan kewangan dan bijak menguruskan hidupnya?...

Mungkin juga pada waktu ini lelaki sudah bersedia membahagikan cintanya kepada lebih dari 1 wanita?...

Mungkin juga pada waktu ini, hormon lelaki semakin galak dirembes?


Photobucket
Kalau camtuh OK KAN LELAKI KAWEN 4... hehehhehehehhe....

p/s: ada awek duduk x senang baca n3 nih... hahahhahahhaha....

ZAMAN BILA YANG PALING BEST?

View Comments
Photobucket

Kalau fikir2kan balik, pada zaman bilakah yang paling best sekali dalam hidup kita? ketika baby, kanak2, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej universiti, alam pekerjaan dan sebagainya...

Teringat kawie pada kata2 seorang cikgu kawie di sekolah menengah dahulu bahawa kalau diingat2 kembali zaman sekolah rendah yang paling best sekali dalam hidup kita....

kawie sendiri x pasti tentang kebenarannya tapi bila lihat budak2 sekolah rendah nih cam best gak kalau bleh kembali ke zaman itu.... hehehhehehhehe....

Photobucket

Kawie belajar di sebuah sekolah kategori luar bandar... bahasa senang sekolah kampung... kawan2 memang ramai sebab status kawie sebagai anak cikgu sedikit sebanyak memberi sedikit kelebihan.

cakap je nak kat awek mana... kalau ngorat mesti dapat nyer... maklumlah... anak cikgu ngorat mesti dapatnyer.... hehhehehehhe... itulah kisah lama di sekolah rendah dulu.

Photobucket

Waktu sekolah menengah dulu kawie adalah seorang yg skima... semuanya ikut peraturan... tapi di sekolah menengah kawie mula mengenali tentang persahabatan....

Walaupun skima tetapi tetap nakal... cuma nakal tuh dicover dengan muka innosent nih... hehhehehehehhehe...

waktu nih lah zaman kenal motor, kereta dan van... zaman bercamping, jungle tracking, berkawad sampai hitam2 muka.... hahahhahahaha...

kisah awek dizaman sekolah memang paling best sekali... kalau nak kuar berdating kat alor setar, mestilah riuh kat kawan2... pastu bila berdating kat city point mesti terserempak ngan member2... hahahhahahaha...

sebenarnya member2 ni gi skodeng, nak tgk dating ngan anak siape, cun ke tak? bila dah habis dating, malam tuh mesti dengar member2 bagi komen macam2... hahahhahahaha....

itulah zaman remaja... zaman baru dok tengah naik...

Photobucket

Zaman diploma dan universiti pun best gak... ramai kawan2 1 kepala.... masa ini didedahkan dengan copy paste bila buat assignment... buat toyol bila ada mid term mahupun exam... pelbagai trick dan taktik dipelajari ketika itu...

Ketika ini juga darah masih mengelegak... semuanya mahu dicuba... nak ngorat awek kelantan lah... takjub melihat kecantikan gadis2 borneo, lepak2 di kedai mamak ditengah2 malam sambil tengok bola serta usha awek2 karan yg dtg melepak dikedai mamak dan macam2 lagi....

Waktu ini juga kawie didedahkan tentang 1 jenis golongan iaitu geng2 lembut... lelaki yg berpewatakan lembut... Orang kampung kawie panggil "darai"...

Mula2 tuh pelik gak tengok diaorg nih... suka dok dalam geng diaorg... lama2 dah terbiasa tengok jenis nih sehinggalah ke alam pekerjaan....

Dulu susah nak jumpa geng2 camnih tapi kini rasa kawie bersepah2 plak dimana2 sahaja... kat taman perumahan pun ada, kat sekolah pun jumpa gak, keluar2 gi low yatt pun terjumpa gak ngan manusia jenis nih...

Hakikatnya hidup ini memang menarik... ada pahit manisnya, asam garamnya... ada masa happy, ada masa berduka... menarik kan?

Photobucket

Kalau rasa hidup anda x menarik, mehlah berkenal2 dengan kawie kerana diriku sungguh berharga.... hahahhahahahhaha....

Istimewanya Tokwan....

View Comments
Dah lama kawie dah update blog. Hari ini terdetik nak menulis sikit walaupun ringkas.

Pagi tadi kawie dapat sms dari seorang rakan yang meminta tolong kawie masukkan suatu berita didalam blog kawie.

Berita ini adalah berkenaan dengan kawasan setempat tempat kawie tinggal. Ia adalah berita tentang seorang Tokwan.

Kisah seorang Tokwan di Bukit Beruntung yang diberi kelebihan oleh Allah SWT untuk membantu sesiapa sahaja yang mempunyai masalah berkenaan cinta, rumahtangga dan hal-hal berkaitan mistik.

kaedahnya berkaitan rapat dengan perubatan secara Islam dan tradisional.

Kalau ada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi tokwan sendiri di talian 0136098897 untuk mengatur pertemuan...

kita boleh berusaha dan berikhtiar. Mungkin ini adalah salah satu jalan.

Teringat kawie pada satu peribahasa " Manusia punya asa, tuhan punya kuasa"

Yang penting janganlah berputus asa terhadap ujian Allah swt..

wasalam...

RAHSIA SENJATA MELAYU YANG TERKUBUR

View Comments

ARTIKEL INI TELAH DITERBITKAN OLEH MISTIS ORGANISATION di blognya http://mistisfiles.blogspot.com/

Artikel ini cukup menarik untuk dikongsi bersama kawan2 kerana kawie rasa ramai yang belum mengetahui tentang nenek moyang kita dulu....

####################################################

Beribu-ribu tahun dahulu, di Lembah Bujang, terdapat satu peradaban yang makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan. Di satu kawasan, terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi.

Zaman berganti zaman. Tahun berganti tahun. Peperangan demi peperangan. Hasad dengki, khianat, kekejaman dan penipuan menghiasi tabir. Jatuh dan bangun.

Bina kembali peradaban. Berperang lagi…hancur semuanya…bangkit kembali membina empayar…perang saudara…kedatangan bangsa Eropah yang tamak….dijajah…dijajah…dijarah…

Bangkit kembali…tentang penjajah…akhirnya merdeka. Kemudian bina negara…bina peradaban kembali. Perlahan-lahan.

Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah. Apa yang dilihat mereka?

Hulubalang Melayu memegang tombak. Panglima Melayu menghunus keris.

Selak lagi..apa dilihat lagi?

Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah, dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris. Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang.

Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar musuh. Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam. Selak lagi….gambar gabenor British bercekak pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut.

Selak lagi…selak lagi…gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang berimejkan selekeh, miskin dan nampak kurang berpendidikan. Membosankan.

Dalam artikel ini, saya akan mendedahkan realiti sebenar peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara (Indonesia).

Siri akan mendedahkan betapa antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api..Ini sekaligus menafikan anggapan popular ketika penjajahan dahulu “hendak buat sebatang jarum pun tak mampu”

Benarkah begitu?

Musketeers‘ dan ‘Gunners‘ Melayu

Ketika saya masih kecil lagi, saya masih teringat satu filem lama tahun 80-an berlatar belakangkan zaman dahulu, mungkin sekitar abad ke 17. Kalau tak silap saya, Dato Rahim Razali ada berlakon dalam filem itu. Keistimewaan filem ini ialah, ia memaparkan orang-orang Melayu dahulukala berperang menggunakan meriam-meriam kecil, dalam istilah Melayunya ‘Lela Rentaka’.

Meriam-meriam ini boleh dikendong menggunakan tenaga dua orang, di bawa ke sana sini. Terdapat satu adegan di mana tentera-tentera bergegas membawa meriam-meriam ini ke medan perang melintasi sawah-sawah padi.Ada adegan tentera yang tumpas terkena bedilan.

Aksi letupan yang begitu ‘real’ dan suasana selepas perang di mana mayat-mayat bergelimpangan di sawah padi dihurung lalat dengan darah bersemburan di sana sini. Filem ini begitu istimewa di mata saya, berbanding filem-filem tipikal lain yang juga berlatarbelakangkan sejarah namun imej peperangan yang membosankan dan kurang tepat; asyik-asyik berperang menggunakan keris dan lembing.

Penggunaan meriam yang meluas di dalam filem ini amat menarik dan sehingga kini saya masih teringatkan filem itu yang unik dan menimbulkan misteri kepada saya.

Semakin dewasa dan kelebihan menggunakan maklumat yang banyak di perpustakaan semasa melanjutkan pengajian ke luar negara membuatkan saya semakin tertanya-tanya; apakah peranan meriam di dalam budaya orang-orang Melayu dahulukala?

Mengapa apabila saya membaca catatan-catatan para conquistador, pengembara Eropah, pedagang dan duta-duta asing, menyebutkan saiz kapal, penggunaan meriam dan kemewahan orang-orang Melayu sebelum era penjajahan?

Mengapa apabila membaca buku-buku sejarah di sini, nadanya berlainan?

Mengapa catatan pengembara Perancis berlainan sekali dengan catatan Stamford Raffles dan Leyden?

Mengapa pandangan para cendekiawan Portugis seperti Eredia dan Pires berlainan dengan pandangan para gabenor dan imperialis Inggeris?

Apa yang ingin mereka sembunyikan dari kita?

Apabila orang Thai mengeluarkan filem-filem menceritakan sejarah Patani, mereka menggambarkan orang-orang Melayu Patani biasa menggunakan pistol dan senapang, apatah lagi meriam.

Ini tidak kalah dengan filem-filem mereka yang menceritakan peperangan menentang tentera Burma. Mereka betul dari segi sejarah.

Mengapa saya kata begitu? Kerana apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14, seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini.

Kerajaan-kerajaan Eropah, wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki uthmaniyyah, Emperium China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam. Jadi

ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR MENJADI PEKAK, TULI, BUTA DAN BISU DENGAN PERKEMBANGAN INI?

Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia? Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut ‘kemelayuan’ mereka.

Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam, istinggar (musket) dan ubat bedil?

Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing sahaja.

Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu KECUALI GABUNGAN TENTERA PORTUGIS,KERAJAAN-KERAJAAN KECIL DI SUMATERA DAN JAWA, ASKAR-ASKAR UPAHAN DARI GOA, JAWA DAN SIAM DITAMBAH DENGAN PEMBELOT DAN PENGKHIANAT DALAMAN DARI PARA PEDAGANG ASING DAN ORANG-ORANG MELAYU SENDIRI.

Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan pendekar Melayu berperang menggunakan keris dan lembing selepas bergaduh di warung berdinding buluh dan beratapkan rumbia. Sungguh memalukan.

Apabila orang luar membuat filem tentang Melayu, mereka menggambarkan pendekar Melayu menggunakan pistol, meriam dan senapang.

Malah pendekar Melayu memakai baju kulit dan sesetengahnya memakai baju zirah; baju besi untuk mengelakkan serpihan peluru meriam melukai daging kulit.

Dari mana mereka mengorek rahsia ini? Dari catatan-catatan sejarah mereka yang diluar kawalan Raffles,Winsted,Swettenham dan Leyden.

Malah semua senjata ini, yang diwar-warkan asing bagi bangsa Melayu, mempunyai istilah Melayunya sendiri:

*Cannon = Meriam,Lela

*Portable Cannon/swivel gun = Lela Rentaka

*Flintlock Musket = Istinggar

*Blunderbuss = Pemuras

*Pistol = Terakol

Mari kita lihat antara senjata-senjata ‘terahsia’ Melayu ini:

Pemuras

Pemuras adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala. Dalam Perang Naning, catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri. Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras. Pemuras atau dalam bahasa Inggeris, blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek, besar, yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle ). Pemuras ini menggunakan peluru timah hitam (lead)

Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda (Dragoons). Perkataan Dragoon ini berasal dari penggunaan Pemuras yang telah dimajukan bentuknya, menjadi lebih kecil, seperti pistol.

Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul. Dragoon atau Terakol inilah asal-usul pistol pada hari ini. Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang pertama sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia barat. Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atau Flintlock Musket. Mengapa?

Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yang gigih. Penggunaan blunderbuss ini adalah amat popular dikalangan pelaut, lanun dan pedagang. Ini kerana ia sesuai untuk pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia mampu mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak dekat.

Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60 cm (dua kaki), pada ketika laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang. Satu sumber menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan abad ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul kancing roda (wheel lock) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas inci) panjang bagi Pemuras.

*Betapa segaknya panglima Melayu menyandang Pemuras berkilat seperti ini.

Dalam budaya masyarakat Melayu, Kesultanan Brunei adalah diantara salah sebuah Kerajaan Melayu yang menggunakan Pemuras sebagai salah sebuah alat kebesaran kerajaan atau regalia. Ia menjadi lambang kebesaran Brunei dengan panggilannya yang tersohor ‘Pemuras dan Karga’. Karga ialah bekas menyimpan peluru pemuras yang dibuat cantik dan berseni.

Pemuras sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan cantik. Ada juga Pemuras yang dibuat daripada logam berharga seperti Emas dan Perak serta ditatahkan dengan intan permata. Di dunia barat penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digunakan oleh pasukan berkuda kerana ia mudah digunakan terutama ketika mengisi peluru.

Jika Soviet meletakkan lambang Avtomat Kalashnikova (AK-47) di duit syililing mereka,Mozambique meletakkannya di bendera mereka, bayangkan, kerajaan Melayu seperti Brunei ini meletakkan blunderbuss atau Pemuras ini sebagai lambang kerajaan.

Terakol

Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut, pedagang dan lanun-lanun Melayu. Tarkul pada awalnya menggunakan teknologi ‘wheel lock’ (kancing roda) di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan ‘fius’. Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari Pemuras yang dikecilkan. Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah, Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol, juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka. Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan. Sekitar tahun 1530, Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat. Ketua Lanun,Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.

Istinggar

Istinggar (Bahasa Inggeris:musket) pada awalnya ialah sejenis senjata api jenis berat dengan penggunaan fius atau wheel lock. Kemudian ia menjadi sejenis senapang yang menggunakan teknologi flintlock (kancing batu api). Penggunaan flintlock ini meningkatkan kadar tembakan dan mengurangkan kos pembuatan senjata api. Mula diperkenalkan pada 1630 sebagai flintlock musket, istinggar dengan pantas menggantikan teknologi picu senjata api lebih awal, seperti mekanisme kancing sumbu (matchlock) dan kancing roda (wheel lock).

Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban. Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya. Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.

Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka oleh tentera-tentera Portugis. Istinggar juga digunakan oleh tentera Johor-Riau terutama ketika membantu Belanda menyerang Portugis. Istinggar juga digunakan oleh penduduk di Perak ketika menyerang Belanda yang membina loji-loji di Sungai Perak.

Lela Rentaka

Kehadiran Gabenor negeri-negeri selat SirAndrew Clarke ke Pahang bersama 4 buah kapal yang dilengkapi meriam dan senjata perang dan beratus-ratus askar Inggeris yang siap memegang senapang disaksikan oleh seluruh rakyat Pahang ditebing sungai Pahang.Mereka disambut oleh Bendahara Ahmad yang sudah termakan umpan Inggeris dengan kenduri dan seekor kerbau ditumbangkan!

Kedatangan mereka ini membuatkan hati pahlawan pahang terutamanya Mat Kilau mendidih dan membuak-buak. Ditambah dengan muncung meriam yang sengaja dihalakan kedepan, nampak sangat mereka sengaja hendak menunjuk-nunjuk!

Kata Mat Kilau kepada Bendahara Ahmad :

“ Datuk Bendahara, Alangkah baiknya sekiranya kedatangan tuan gabenor ini kita sambut dengan tembakan meriam rentaka sebanyak tujuh kali sebagai tanda penghormatan” .

“Kita terlupa pula untuk berbuat begitu”

kata Bendahara Ahmad sambil tersenyum seolah-olah faham maksud tersirat Mat Kilau itu.

Gabenor Inggeris itu amat terkejut lalu bertanya

“ adakah kamu sudah mempunyai meriam seperti kami?”

tanyanya dengan penuh kehairanan!

“Orang Pahang sudah ada meriam sejak zaman kesultanan melayu melaka lagi, tetapi ketika Melaka di serang Portugis, kami tidak sempat menolong Melaka”

jawab Mat Kilau bangga.

“bolehkah kami melihatnya”

kata Gabenor itu lagi.

“Tidak boleh, kita menyimpannya di tempat yang selamat, hanya sewaktu perang saja kita akan mengeluarkannya”

kata Mat kilau lagi.

Rentaka, adalah sejenis meriam mudah alih, ringan dan kecil dari meriam biasa. Dalam Bahasa Inggeris, ia disebut Lantakas (gabungan Lela dan Rentaka). Rentaka adalah senjata khas orang Melayu, kerana mereka sendiri yang menciptanya, sebab itu orang Inggeris menyebutnya dengan Lantakas. Ini adalah sesuatu yang menarik kerana Rentaka adalah setanding dengan keris dan ia adalah senjata Melayu yang terkenal di dunia Barat. Rentaka inilah yang saya lihat di dalam filem tahun 80-an itu.

Kebiasaannya rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan berukuran diantara 50cm hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1 meter kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang dipanggil sebagai ekor Lotong kerana mempunyai pelaras yang panjang dan lentik seperti ekor Lotong. Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses, portable cannons or swivel gun yakni meriam mudah alih. Berbanding dengan meriam biasa, rentaka kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan cantik seperti ukiran awan larat, naga, buaya, cicak, ikan lelumba malahan turut diukirkan corak pucuk rebung.

Apa yang unik mengenai senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam mudah alih yang pertama didunia. Rentaka mempunyai mekanisme yang membolehkan ianya dipusing-pusingkan keatas dan kebawah serta boleh dipikul dan dipacakkan di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu. Hal ini amat berbeza dengan meriam barat yang sedia di ketahui adalah amat berat dan tidak mudah dialihkan. Ciri mudah alih Rentaka juga menyebabkan bidikannya lebih mudah untuk kena pada sasaran.

Pahlawan Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan sebagai pembuat rentaka yang terbaik . Orang Moro telah menggunakan rentaka sebagai senjata api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan ketika mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol.

Tentera Sepanyol dikatakan amat takut dengan senjata tersebut kerana diantara banyak-banyak senjata, rentaka adalah salah satu senjata yang menyebabkan kematian dan kerugian terbesar bagi pihak mereka.

Selain daripada orang Moro, Kerajaan Brunei juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan penjajah sebagai pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik di Alam Melayu. kebanyakan daripada rentaka yang ada di Muzium di seluruh dunia sekarang ini adalah berasal dari Brunei kalau tidak Filipina. Di Semenanjung, Jawa dan Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang terutama setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan kekaguman para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda sehinggakan mereka telah meniru teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan persenjataan mereka.

Sehingga abad ke 18 dikatakan penghasilan rentaka di Alam Melayu semakin berkurangan malahan negara yang mengeluarkan rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda.

Meriam/Lela

*Meriam Seri Patani yang diletakkan dihadapan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand

Meriam mempunyai sejarah yang panjang, terahsia dan digelapkan dalam sejarah Melayu. Meriam digunakan di tembok-tembok kota Melaka. Meriam digunakan di semasa peperangan melawan penjajah di Selangor.

Meriam digunakan di Pasir Salak. Meriam digunakan di Singgora melawan Thai dan Inggeris dan Belanda. Meriam adalah cukup sinonim dengan seni peperangan Melayu.

Jika Brunei dan Sulu terkenal mengeluarkan Rentaka (meriam mudah alih) terbaik, maka Patani pula adalah pengeluar meriam paling terbaik di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.

Sebelum kemunculan meriam, pada awalnya teknologi artileri atau bedilan ini diperkenalkan oleh orang-orang Cina. Kemudian meriam diperkenalkan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah, yang juga merupakan pembuat meriam yang menggerunkan seluruh Eropah ketika itu. Kemudian pedagang Belanda pula memperkenalkannya.

Meriam yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seri Nagara, Seri Patani dan Mahalela. Dan meriam Seri Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang terbesar di Asia Tenggara! Menariknya bukan orang lain yang membuat dan memilikinya, tetapi orang Melayu juga!

Meriam-meriam ini adalah milik Kerajaan Patani. Sebagai tindak balas berikutan khabar angin akan serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan Melayu Pattani pada waktu itu iaitu Raja Biru (1616-1624) telah menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (Lim To Khiam) untuk mengetuai pembinaan meriam-meriam kerajaan.

Tiga buah meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela. Sri Patani dan Sri Nagara mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula lebih kecil iaitu hanya sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini telah berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani iaitu pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.

Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya).

Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa dapat dikesan.

Pada 1787, Raja Rama I telah mengarahkan pembinaan meriam yang sama saiz dengan Sri Patani yang dinamakan sebagai Narai Sanghan untuk diletakkan bergandingan dengan Seri Patani yang telah di tawan.

Jika anda melihat kepada gambar meriam seri Patani di atas, bolehkah anda bayangkan kekuatan meriam tersebut ketika ia membedil kapal-kapal perang Thai.

Menurut Hikayat Patani tiga buah meriam kerajaan Pattani ini telah berjaya mengaramkan banyak kapal Thai ketika Kerajaan Thai menyerang Pattani. Anda boleh membayangkan suasana meriam-meriam ini digunakan dan peperangan tersebut dengan menonton filem Queen of Langkasuka. Meriam-meriam Melayu boleh dilihat juga di Kota Melawati dan Pasir Salak pada hari ini.

Setelah mengetahui fakta sejarah yang digelapkan dari pengetahuan kita ini, adakah kita masih berfikir nenek moyang kita berperang menggunakan sumpit, lembing dan keris?

JIka nenek moyang kita berperang dengan senjata-senjata itu sahaja, alamat kita sekarang bukanlah duduk di Malaysia, tetapi di sebuah negeri Inggeris lain, seperti Australia.

Sebab orang-orang Melayu mempunyai senjata-senjata beginilah mereka mampu mempertahankan takhta raja-raja mereka dan sedikit sebanyak mengawal tindak tanduk penjajah yang ganas dan tamak .

Bayangkan betapa gigih nenek moyang kita dahulu memikul rentaka, membawa Pemuras di samping parang dan keris, menentang ketamakan dan kebuasan penjajah.

Jika nenek moyang kita dahulu lembik tidak berjuang mempertahankan tanah air, mungkin hari ini kita akan menjadi seperti Red Indian atau aborigine Australia.

Inggeris walaupun buas dan kejam, namun masih menjaga ‘standard’ mereka cuba menghormati perjuangan orang-orang Melayu mempertahankan warisan.

Mereka cuba mengawal alter amuk para musketeers (ahli senjata api) dan gunners (ahli meriam) Melayu dengan cuba meletakkan para residen mereka terlebih dahulu di setiap negeri Melayu.

Apa salahnya Inggeris membawa balatenteranya meranapkan takhta-takhta raja-raja Melayu ini terus atau menghalau mereka sepertimana mereka menumbangkan raja-raja Tamil, Hindi dan Maharaja Moghul di India.

Sultan Abdullah memang dibuang ke Pulau Seychelles, namun yang peliknya Inggeris berusaha mengadakan raja baru di Perak dengan membiarkan institusi beraja Perak menabalkan pengganti Sultan Abdullah. Pelikkan?

Apa salahnya Inggeris melantik sahaja Hugh Low menjadi ‘Raja Perak’ sebagaimana James Brooke menjadi Raja Sarawak.

Biar warisan raja-raja Perak hancur sebagaimana mereka berjaya menghancurkan dinasti raja China dan India. Tetapi ini tidak berlaku.

Bukan sahaja orang Melayu, malah ‘Mat Salleh’ pun berdegil ‘mempertahankan’ takhta raja-raja Melayu .Lucu dan aneh.

Sebenarnya jika kita bersemangat mempertahankan warisan budaya kita sendiri, orang lain pun akan segan dan hormat pada kita.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, dengan pendedahan ini yakinlah kita bahawa orang Melayu adalah bukanlah bangsa yang lemah dan hanya mengenal keris dan tombak sahaja malah pandai menggunakan meriam dan membuatnya juga!

Orang Melayu juga biasa menggunakan musket (Istinggar) dan pistol (Terakol).

Terakol juga terkenal kerana buatannya yang berseni dan berukiran halus.


Sehingga ke hari ini saya masih terngiang-ngiang jeritan hulubalang Melayu meledakkan Rentakanya di dalam filem 80-an itu.

Adegan dua orang hulubalang mengandar batang Rentaka yang diikat pada sebatang kayu sambil meniti batas-batas sawah meninggalkan misteri yang aneh kepada saya.

Kenapa drama dan filem lain tidak seperti filem yang satu ini? Siapa pengarah filem ini? Sungguh, saya betul-betul tabik pada pembuat filem itu,malangnya saya terlupa tajuk filem itu.

Jadi fikirkan,adakah Inggeris dan Belanda takutkan orang-orang Nusantara yang menentang mereka menggunakan sumpit,lembing dan keris (kesampingkan ilmu mistik,kita bercakap soal realiti)? Tidak sama sekali.

Para musketeers dan gunners Melayu inilah antara ‘penggerun’ mereka dan membuatkan Inggeris berfikir 10 kali untuk menghapuskan raja-raja Melayu, mengkristiankan seluruh orang Melayu dengan paksaan dan menjadikan Tanah Melayu seperti Amerika dan Australia.

Alangkah bagusnya kalau dalam buku-buku sejarah terdapat gambar ini.Betapa megahnya hulubalang Melayu menyangkutkan blunderbassnya (Pemuras) di bahu.

Dalam legenda Melayu, berkaitan ilmu mistik dalam kategori ilmu kebal, antara pantang orang yang mengamalkan ilmu kebal ialah peluru emas.

Dan ini adalah benar, dan askar Belanda menggunakan peluru emas untuk menundukkan pahlawan-pahlawan Melayu di Sumatera dan Jawa.

Malah Tok Janggut juga dikatakan dikhianati orangnya sendiri berkenaan rahsia ini.

Jadi fikirkan,dalam amalan mistik Melayu itu sendiri menyebutkan perihal peluru emas, masakan orang Melayu ketika itu masih terkebil-kebil memegang lembing berhadapan dengan askar Portugis yang bersenjatakan matchlock musket, blunderbuss dan cannon?

Bibliografi:

Melayu Nusantara

Sejarah Kesultanan Brunei

Sulalatus Salatin

Surat-surat Antonio de Pigafetta dan Maximilius Transylvanus

Dan kajian persendirian yang lain.

DITULIS OLEH MISTIS ORGANISATION