HARAP MAKLUM ........

#########################################

Buat pembaca yang mahu meninggalkan komen, sila pastikan anda meninggalkan link blog anda dalam kotak komen DIQCUSS.


Terima kasih diatas sokongan anda....

kawie2020 team.

SELAMAT HARI JADI BONEKA TAK SAKIT!!!

View Comments

Bila kawie buka fb tadi, ternampaklah peringatan untuk wish birthday utk Boneka Tak Sakit. Jadi kawie pun wish le kat dia. Tak sangka pulak dengan pantasnya boneka reply message kawie.


Waktu kawie mula mengenali arwah sham dulu, bermulalah aktiviti kawie sebagai blogger. Kerap mengunjungi blog2 yang baru untuk mencari kawan blog dan cuba mencari pengomen blog kawie sebanyak yang mungkin. Bahkan kawie bertanding dengan arwah untuk mencari followers yang paling banyak.

Dalam proses itu kawie mula mengenali seorang yang istimewa. Gambarnya hanya seekor makhluk pelik yang berwarna hijau YANG DUDUK ATAS KERUSI. Suka mengeluarkan perkataan2 yang jarang diguna dan ayat yang tunggang-langgang. waktu itu dia juga adalah blogger baru dan kawie telah pun menjadi follower blognya. Rasanya antara yang terawal gak jd followers blog dia. Sayang blog mamat yang tuh dah x de lagi dah. mamat tuh delete kot. Dan dia aktif FB skrg nih.

Kegemaran beliau pada waktu itu adalah bermain games. kawie x ingat game ape tapi kerap laa dia dok kutuk2 budak2 yang dok lawan game ngan dia. kawie ingatkan dia adalah budak sekolah menengah sebab lawan game dia pun adalah budak sekolah rendah. biase le budak sekolah menengah buli budak sekolah rendah. tapi bukan.. rupanya dia adalah graduan universiti Lim Kok Wing. Bila tahu tentang dia, kawie ngan arwah memang ketawa sakan melihat telatah mamat sekor nih... ;)

satu perkara yang orang lain x tahu, mamat nih pada mula2nya amat susah nak komen blog org lain. kawie dan arwah dah banyak kali pergi blog mamat nih dan komen tapi mamat ni poyo, hidup dalam dunianya saja dan suka post entri yang susah nak difahami tapi kelakar. Jadi kawie dan arwah telah decide untuk menarik mamat ini kedalam dunia blog yang sebenarnya supaya dia tidak hanya dengan dunia peliknya sahaja di blog dia shj.

kami mula melayan setiap komen2 mamat nih kat blog dia. akhirnya mamat nih memberi respon yang cukup baik. tapi waktu tuh mamat nih x tahu lagi yang kawie dan arwah duduk 1 rumah. hehehhehe...

dari perbualan kat YM, barulah kawie dan arwah tahu yang mamat nih cari aweks. So arwah bagi lah beberapa tips iaitu pergilah ke blog arwah dan blog kawie dan komenlah kat entry kitaorg dan komen kat blogger2 awek yg dtg ke blog kitaorg. Dan si mamat pelik nih pun ikutlah nasihat arwah sham tuh...

Tapi mamat nih mula femes bila dia memasuki contest lumut. Dia memang pandai provokasi kat ruang komen blog2 org lain. Aneh dan kelakar komen2 dia. Tapi dari situ bloggers popular mula mengenali mamat poyo nih.

Satu perkara kelakar sgt2 tentang mamat nih adalah dia amat susah nak berjumpe ngan org lain. apatah lagi kitaorg yg baru kenal dia. tapi kitaorg telah berjaya menyebabkan dia gabra bila kitaorg berjaya mengetahui alamat kedainya dari alamat IP blog mamat nih. Dan Arwah yang memang familiar ngan kawasan kedainya telah memberikan butiran2 detail tentang lokasi kedainya. Memang dia gabra waktu tuh sebab kitaorg dah cakap nk gi kedai dia kalau dia x nak kuar jumpe kitaorg... Kegabraan mamat nih menyebabkan kawie dan arwah ketawa terbahak2.

Bila dah kenal ngan mamat nih, dia memang best. Pelik kan? tapi itulah hakikatnya. Sifat2 pelik dalam diri mamat ini menyebabkan dia menjadi kelakar pada kami. Bahkan terasa dekat yang teramat, seolah2 mamat nih adalah rakan serumah kawie dan arwah pada waktu tuh. Dan kerana itu kawie dan arwah memang SAYANG BANGAT sama BONEKA TAK SAKIT.

Dulu diawal perkenalan kawie dan arwah dengan Boneka Tak Sakit, dia selalu menggunakan perkataan "Bangkai", "Sakai". Sekarang ini perkataan itu sudah hilang di wall FB beliau. Mungkin juga dia telah berubah? semua orang berubahkan...

"SELAMAT HARI LAHIR BRO!!! SEMOGA KO SUKSES DALAM SEGALANYA.. AMINNN.."

p/s: dah lama x menulis kat blog nih. kerana SAYANG SAMA BONEKA, kawie menulis entri ini khas buat BONEKA TAK SAKIT.

DIBULI SEKIRANYA LEMAH DAN BODOH!!!!

View Comments

N3 ini di ambil dari blog srikandi.


Pentingnya kefahaman tentang sejarah




Pentingnya kefahaman tentang sejarah:Khutbah sejarah oleh Srikandi





Apa pentingnya sejarah?Sejarah akan jadi penting apabila tanah anda dirampas tiba-tiba semata-mata faktor sejarah.Anda hidup merempat dan lebih malang apabila keluarga anda,ibu bapa anda yang telah tua,anak-anak kecil anda yang tidak tahu apa-apa dihalau keluar dari rumah.Anda akan melihat rumah anda dirobohkan oleh bulldozer.Anda tidak boleh buat apa-apa selain menangis dalam hati dengan emosi yang teramat marah.Isteri dan anak-anak anda sudah lama berendam air mata.

Katakan anda telah lama tinggal di Pulau Batu Putih.Anda seorang yang anti subjek sejarah.Ketika di sekolah dahulu,sejarah adalah subjek yang paling anda benci.Cikgu sejarah adalah manusia yang paling membosankan.Beberapa kali anda ponteng kelas sejarah sebab terlalu bosan.Suatu hari ada seseorang datang mengetuk rumah anda dan mengatakan tanah yang anda duduk sekarang sudah jadi milik negara lain.Mengikut undang-undang negara itu,anda telah menduduki tanah tersebut secara haram dan perlu keluar dari rumah itu dalam tempoh sebulan.Anda membantah,mengatakan anda sah menduduki tanah itu dan menunjukkan segala dokumen yang berkaitan.Orang misteri itu menggelengkan kepala dan berkata segala dokumen anda sudah tidak berguna lagi kerana kini tanah anda sudah tertakluk pada undang-undang baru.Anda bertanya,mengapa?Orang itu menjawab sebab negara anda kalah dalam tuntutan ke atas pulau itu.Anda bertanya sebab apa kalah?Orang itu menjawab sebab negara anda tidak jumpa dokumen-dokumen penting (malas mencari atau dibayar untuk malas mencari?) dan menampilkan foto-foto yang di 'copy-paste' dari blog sementara negara dia mengupah jurugambar profesional.Anda terkedu mendengarnya.Lelaki misteri itu tersenyum sinis melihat mata anda terbeliak seraya berkata:"Negara anda buta sejarah.

Sebenarnya pulau anda lebih dekat dengan Johor dari negara kami.Pulau anda adalah milik Empayar Johor-Riau suatu ketika dahulu.Ketika zaman British dahulu,Johor belum lagi dinaungi British,malah hanya menerima penasihat British terlalu lewat,menjelang abad ke-20,iaitu pada tahun 1914.Ada satu dokumen yang mengesahkan pulau ini milik Sultan Johor,tetapi pasukan negara anda pemalas.Kami telah mengupah pasukan profesional terdiri dari pakar-pakar yang bertauliah dari segi sejarah dan perundangan.Pasukan negara anda pula terdiri dari penerima rasuah dan buta sejarah.Jadi siapa bodoh dia yang kena..."Lelaki itu ketawa berdekah-dekah sambil meninggalkan anda terpinga-pinga.Apa kepentingan sejarah?

Sejarah akan jadi penting apabila anda dituduh sebagai pendatang di negara tanah tumpah air sendiri dan segala keistimewaan yang diterima oleh anda sebelum itu sebagai pribumi dicabut serta-merta.Apabila semua kaum di Malaysia sama taraf sebagai pendatang,anda akan melihat kaum anda adalah yang paling tercicir,atau bahasa kasarnya yang paling bangsat di Malaysia sebab lemah dari segi ekonomi dan tidak punya daya saing.Apabila kaum anda disama tarafkan sebagai pendatang maka raja-raja anda pun adalah pendatang!Maka institusi raja dimansuhkan dan negara anda menjadi sebuah republik.Kaum lain akan naik cepat dalam politik sebab punya BANYAK WANG.Wang tidak boleh membeli segalanya NAMUN DAPAT MEMBELI ORANG-ORANG YANG KAKI RASUAH DAN PENGKHIANAT BANGSA.

Malaysia akan jadi Singapura kedua.Malangnya,sebab kaum anda masih majoriti dalam negara (selepas dicampur pribumi yang lain).Sejarah penting sebab banyak orang yang berbohong sekarang.Anda boleh tertipu di pasar malam selepas kena kelentong dengan penjual.Sebagai contoh anda boleh tertipu membeli jam tangan yang nampak macam 'branded' tetapi selepas sebulan 'out'.Saya beritahu anda,bahawa anda boleh hilang negara sebab kena kelentong dengan para pembohong ini.Anda boleh hilang tanah tumpah darah anda,hilang budaya,hilang bahasa dan akhir sekali hilang agama anda!Anda tahu rancangan Kristianisasi di Malaysia?Berapa ramai orang Melayu Islam yang tukar agama?Jika Malaysia menjadi sebuah republik dan pemimpin politik terdiri dari para Chauvinist DAP,maka peluang untuk melihat anak cucu anda menjadi seorang Kristian (istilah kasarnya seorang kafir) adalah amat cerah.Mereka banyak wang syeikh...kita rata-rata lemah dari segi ekonomi.Hari ini mereka bagi 2 rat.Besok bagi lagi 2 rat.Bagi beras,susu dan macam-macam.Kemudian anda fikir...wah baiknya hati orang Kristian.Nak harapkan Jabatan Kebajikan Masyarakat?Haram!Borang itulah...borang inilah...banyak karenah birokrasi.Pejabat Agama?Baitulmal?Saya tak kenal mereka.Mereka macam makhluk asing dalam masyarakat Islam.Duit zakat diperam dalam Baitulmal macam peram anggur supaya jadi arak.Duit zakat diperam macam masuk skim Labu Peram kah?Tak minta duit zakat ke?Dah minta,tapi macam biasa juga...borang itulah inilah...eh..saya tak cukup syarat rupanya.Minta bantuan dari masjid...wah,orang masjid halau saya.Saya miskin,bekas banduan,bekas pelacur,bekas bapuk,bekas mak nyah.Saya orang berdosa.Saya tak layak jejak kaki ke masjid.Orang Kristian bagi lagi bantuan.Kenapa anda baik pada saya?Orang Kristian tadi cakap,ini bukan dari saya...ini dari Jesus.Jesus adalah Tuhan yang Maha Pemurah.Sampai kita berfikir...wah...Tuhan Jesus lebih kaya dari Tuhan Allah!Na'uzubillah...lihat,boleh lari iman syeikh!!Sebab itu pentingnya kita pertahankan sejarah kita.Orang yang faham agama,dia akan faham bagaimana musuh-musuh agama mahu cucuk lagi dan lagi untuk mencelah menjatuhkan agama kita.Salah satunya memutarbelitkan sejarah.Matlamat mereka adalah untuk dapat pegang Malaysia dengan apa jua cara.Salah satunya dengan memutarbelitkan sejarah.Saya nak bagitahu,Malaysia lebih bernasib baik dari Indonesia sebab masih ada pemimpin yang sensitif dengan agama.Kristianisasi di Indonesia amat teruk.Diburukkan lagi dengan faham Islam Liberal.Lagi parah.Moralnya,kita umat Islam boleh hilang Malaysia jika terus diperbodohkan oleh orang lain.Ada orang Islam perasan bijak mahu jatuhkan institusi beraja.Ini bodoh saudara,sebab Sultan-sultan adalah antara pertahanan terakhir dalam mempertahankan maruah agama.Saya bukan nak mempertahankan sebilangan sultan yang kaki dunia atau berfoya-foya tetapi saya pertahankan satu jawatan yang tidak boleh disandang oleh non-muslim dan bukan Melayu,yang menjadi 'supreme leader' dan menjaga hal-ehwal agama Islam di Malaysia.You tengok Singapore macam mana.Tanpa sultan,orang Melayu secara perlahan-lahan akan menuju ke arah hilangnya budaya dan agama.Sebab sultan yang tinggal untuk pakai baju Melayu,bertanjak dan bersampin di zaman moden ni.Beliau yang jaga budaya kita sebenarnya ketika kita selesa pakai T-shirt sahaja.Dalam sebuah republik,orang paling atas dipilih secara merit.Mungkin dalam 10 tahun orang Melayu sandang jawatan Presiden,kemudian selang seli dengan kaum lain.Kemudian seperti biasa,orang Melayu tak akan naik-naik,macam yang berlaku di Singapura.Kerakyatan akan dilonggarkan.Kemudian kita menjadi minoriti.Sedihkan?So,wake up my friend!Jangan tidur.Kaum lain berlumba nak pegang Malaysia ni.Sebab apa?Sebab Malaysia ni bumi bertuah.Feng shui baik,strategik,banyak galian,di luar lingkaran gunung berapi dan gempa bumi.Sebab apa orang Bangladesh dan sewaktu dengannya datang sini?Sebab negara mereka miskin,tak terletak antara jalan perdagangan paling sibuk di dunia.Mereka tiada Selat Melaka,selat tersibuk di dunia.Kaum mereka jenis huru-hara,kita orang Melayu lemah lembut dan suka bertolak ansur.Pemimpin mereka kalau tak disukai,mereka akan bom sahaja.Kita kalau tak suka pemimpin paling busuk pun keluar video lucah jer,kemudian kutuk-mengutuk dalam blog.Baiknya kita ye.Ini la kata orang-orang tua,cakap pun berlapik.Pentingnya kefahaman sejarah apabila ada orang yang buta sejarah kata bentuk senibina Muzium Negara adalah senibina Thai.Saya sudah tengok senibina Lannathai seperti yang didakwa.Malangnya mereka tak tengok senibina Melayu Riau atau Terengganu macam mana.Saya tak hairanlah kalau ada senibina Thai yang seakan sama sebab bangsa Thai memang terkenal kaki cedok.Bahasa Thai di Thailand banyak cedok bahasa Khmer zaman purba sampai orang Khmer kata ada perkataan dalam bahasa Thai yang berasal dari istilah Khmer purba yang kini sudah tak dipakai lagi dalam bahasa Khmer moden.Senibina dan seniukir banyak tiru dari bangsa Khmer.Tarian banyak cedok dari Mon dan Malayu.Sampaikan senibela diri,Muay Thai itu sebenarnya dicedok dari Pradal Srey atau Bukator iaitu tomoi Khmer.Inilah bangsa cedok-mencedok.Orang Thai kata Muay Thai berasal dari Muay Boran.Ala...yang ada keluar dalam filem Ong Bak tu.Tapi perkataan 'boran' itu sendiri adalah istilah Khmer bermaksud 'purba'.Nak muhong apa lagi?


Biar Cik Seri ajar teori senibina sekali pakej dengan sejarahnya sekali.Ini foto Muzium Negara.Ia adalah hasil gabungan senibina Melayu Terengganu dan Melayu Riau.

Tetapi Encik Herman Malaypress terserempak dengan bangunan ini dan terus mengatakan Muzium Negara meniru senibina bangunan ini:







Ini adalah Muzium Nasional Chiang Mai.Alasan Encik Herman ialah sebab bentuk tanduk kat bumbung muzium ini sama dengan apa yang ada pada Muzium Negara.Dengan kata lain Encik Herman yang perasan berketurunan Siam Mongol tuduh Muzium Negara tiru senibina Thailand (baca:Siam Mongol).Wei,wat lu?Tak tahu jangan cakap.Hang jangan buat kepala tau.Pandai-pandai jer buat kesimpulan bodoh sombong.Meh sini Cik Seri ajar,tengok balik foto Muzium Negara:



Lihat bumbung berlapisnya.Ini adalah dari senibina rumah tradisional Melayu Terengganu:



Kemudian yang bentuk tanduk kat hujung bumbung itu adalah dari senibina Melayu Riau:



Sekarang nampak tak mengapa dikatakan senibina Muzium Negara diambil dari dua senibina Melayu,iaitu Terengganu dan Riau?

Ok, sekarang meh saya ajar sejarah senibina Chiang Mai atau Lanna.Chiang Mai sebelum muncul kerajaan Lannathai adalah dihuni oleh sukukaum Lawa yang berasal dari satu kawasan yang terletak di Kemboja pada hari ini.Nenek moyang mereka satu rumpun dengan Melayu.Kemudian mereka terserap ke dalam rumpun Mon-Khmer selepas proses asimilasi selama beratus-ratus tahun.Senibina Lanna atau Thailand utara atau Chiang Mai adalah berasal dari senibina suku Lawa.Dari perkataan Lawa ini muncul Lavopuri (Lopburi) satu negarakota Mon yang ditawan oleh Sujita,seorang raja city-states Melayu Sri Dharmaraja.Oleh kerana suku Lawa berasal dari selatan Thailand maka mereka memang ada hubungan kerabat dengan Melayu Segenting Kra.Kemudian mereka berhijrah ke utara,tepat di Chiang Mai sekarang.Kemudian kaum Tai telah tiba dan menubuhkan kerajaan Lanna di bawah rajanya,Mengrai.Mereka menakluk Haripunjaya,kerajaan Mon sekaligus Chiang Mai dan suku Lawa sendiri.Trivia,perkataan Lawa ini juga dipercayai oleh sejarahwan Laos seperti Maha Sila Viravond adalah asal-usul perkataan 'Lao' oleh etnik Lao yang mendirikan negara Laos pada hari ini.Sebab itu raja-raja Lao awal menggunakan gelaran diraja Melayu purba.


Sejarahwan Laos sendiri mengaku,ketika kaum Lao tiba di Indochina beribu tahun dahulu,kaum-kaum purba yang telah lama menetap di Indochina ialah orang Malayu,Mon-Khmer dan suku-suku bukit (hill tribe).Lao adalah suku Tai yang tiba dahulu di Indochina sebelum kebanjiran orang Thai yang menubuhkan Thailand sekarang.

Dah faham sekarang?Tolong jangan merepek lagi,ok?Bangsa Thai memang diketahui meniru semua budaya di sekelilingnya termasuklah 'cognate' Thai seperti Siam Mongol ni.Bangsa Mon dan Khmer adalah paling teruk diciplak budayanya oleh bangsa Thai.

Kalau anda tengok filem Ong Bak 2 atau filem-filem sejarah Thailand,anda akan lihat budaya mencacah pada badan orang-orang di Thailand pada zaman dahulu.Sebenarnya budaya mencacah itu dicedok dari budaya Khmer dan buktinya ialah mantera yang dicacah pada tubuh mesti dalam tulisan Khmer!

Sebab itu saya tak hairan dengan budaya dan seni Thai.Anda kena tengok senibina Khmer dan budaya mereka dan anda akan lihat kenyataan bahawa bangsa Thai adalah 'copycat' bangsa Khmer.Cuma Kemboja banyak terlibat dalam peperangan dan miskin maka mereka tidak sempat atau kurang kemampuan untuk mempromosikan budaya mereka.Maka apabila si peniru bangsa Thai tadi lebih dahulu mempromosikan budaya Khmer yang dicedok mereka,maka satu dunia menganggap itu adalah budaya Thai.Muay Thai jadi popular dan apabila senibela diri Pradal Srey mula dipromosikan oleh Kemboja di mata dunia,maka orang luar menjadi keliru dan anggap Kemboja mencedok budaya Thailand.

Abdulyadeh,seorang Thai Malaysia dari Blog sejarahnagaraketag meluahkan perasaannya tentang sempadan Preah Vihear,kuil purba Khmer abad ke-10 Masehi yang direbut oleh Kemboja dan Thailand.Beliau kecewa kerana kuil itu asalnya dalam sempadan Thai kemudian diberikan kepada Kemboja oleh penjajah Perancis ketika persempadanan semula.Bukti kuil itu milik Thailand katanya,sebab pintu masuk ke kuil itu hanya boleh dimasuki dari arah Thailand manakala dari Kemboja dipagari dengan bukit.

Bukan sahaja orang Khmer,saya orang Melayu Malaysia pun membantah alasan bodoh AbdulYadeh tu.Kalau nak 'fight' dari segi sejarah,kuil itu memang milik Kemboja sebab satu dunia tahu kuil itu dibina oleh Empayar Khmer,bukan Sukhothai atau Ayutthaya.Dahulu majoriti Thailand adalah di bawah Empayar Khmer apatah lagi kawasan Preah Vihear.Kemudian kerajaan Thai merampasnya ketika era perluasan kuasa dahulu melalui Ayutthaya dan dinasti Chakri.Jadi asalnya jalan pintu masuk ke kuil itu memang dalam wilayah Kemboja.Sepatutnya Perancis menyerahkan Preah Vihear berserta seluruh Thailand Tengah ke tangan Kemboja kalau nak 'fight' dari segi sempadan dan sejarah.

Sekadar trivia,Preah Vihear dibina oleh Suryavarman I,seorang raja Empayar Khmer yang berketurunan Melayu!Beliau berasal dari Sri Dharmaraja.Ayahnya mengahwini wanita Khmer dan memerintah kerajaan Melayu Sri Dharmaraja (Tambralingga).Ini yang saya katakan dahulu,warisan kita di Indochina direbut oleh kaum Thai dan Khmer.Saya bukan buat cerita dongeng atau dok muhong.Ini tercatat dalam riwayat Mon dan Thai seperti dalam Jinakalamali dan The Chronicle of Chiang Mai.Bukan sembang saja.Sejarah Melayu tercatat dengan kemas dalam riwayat bangsa lain.

Sebab itu isu sempadan ini amat penting.Dan isu sempadan amat-amat bergantung dari segi sejarah!

Ini samalah mengatakan Melayu pendatang Sumatera.Ini salah dan pandang yang bodoh kerana dahulu dunia Melayu tiada sempadan seperti hari ini yang baru dibuat selepas era kolonial.Sumatera,semenanjung dan Borneo memang 'home' majoriti umat Melayu.LIHAT BAGAIMANA MUSLIHAT 'SEMPADAN' INI DIGUNAKAN UNTUK MERAMPAS HAK MILIK ORANG LAIN.
I'm not a preacher,I'm just giving you a lesson.Ini pelajaran yang baik untuk anda semua.Jika kita lemah,kita akan dibuli.Jika kita bodoh,kita juga akan dibuli.Jika kita lemah,bodoh dan mengkhianati bangsa sendiri,kita bukan sahaja dibuli,malah akan dimakan dengan sedapnya oleh orang lain!

Sebab itu saya tekankan sejarah Melayu di Tanah Besar Asia dahulu sebab nak latih anda supaya faham bahawa orang Melayu adalah pribumi semenanjung juga.Boleh katakan Orang Asli dan Melayu adalah sama awal duduk di sini,cuma orang Melayu lebih suka duduk di pantai dan bernasib baik jumpa dengan bangsa-bangsa lain di dunia dan lebih maju,dan Orang Asli duduk jauh ke pedalaman maka terpisah dari arus pemodenan.Sebab itu ada istilah Proto-Malay.Orang Jakun adalah Proto-Malay.Ada Proto-Malay yang duduk pantai macam nenek moyang orang Kedah contohnya maka jadi maju,bina negarakota,berdagang dengan orang asing.Nenek moyang orang Jakun duduk pedalaman maka lambat menerima kemajuan.

Satu lagi ketidakfahaman sejarah yang paling saya meluat ialah mengatakan Temagi yang dibunuh oleh Parameswara itu adalah wakil kerajaan Thai,sama ada dari Sukhothai mahupun Ayutthaya.Ini AMAT-AMAT SALAH.Dua kerajaan Thai itu (Ayutthaya sebenarnya campuran banyak etnik,dan lebih tepat disebut kerajaan Siam sementara Sukhotai memang Thai totok) tidak pernah sampai jauh ke selatan semenanjung,apatah lagi Singapura.Yang dibunuh oleh Parameswara itu adalah wakil kerajaan Tambralingga atau Sri Dharmaraja.Ini asalnya city-states Melayu yang amat berpengaruh dalam sejarah Indochina terutama dalam Empayar Khmer dan tercatat dalam sejarah Sri Lanka.

Satu lagi yang ingin saya beritahu,sejarah Melayu jangan dipolitikkan.Sejarah Melayu amat suci untuk dikotorkan dengan tangan-tangan politik.Ketika era Buddha,sejarah Melayu ditulis dengan menggunakan huruf suci dalam riwayat Mon dan Pali.Ketika era Islam,kitab-kitab sejarah Melayu dimulakan dengan lafaz bismillah dan puji-pujian pada Allah serta Nabi Muhammad s.a.w.

'Khutbah' sejarah ini saya akhiri dengan sebuah prasasti dari Vietnam iaitu Prasasti Dong Yen Chau,tinggalan Melayu suku Cham berusia abad ke-4 Masehi sezaman dengan Empayar Rom:

"Siddham! Ni yan Naga pun putauv, ya uran spuy di ko, kurun ko jmay labuh nari svarggah, ya uran peribhu di ko, kurun saribu tahun ko davam di naraka, dnan tijuh kulo ko"

Perhatikan beberapa perkataan Melayu purba yang masih digunakan sehingga ke hari ini:

uran=orang
yan=yang
pun=pun
kurun=kurun
saribu=seribu
tahun=tahun
davam=diam
di=di
naraka=neraka
dnan=dengan
tijuh=tujuh
ni=ini

Prasasti berbahasa Melayu ini mendahului apa jua prasasti kaum-kaum Asia Tenggara yang lain seperti Mon,Khmer,Burma,Dai-Viet apatah lagi Thai.Sebab itu saya katakan jangan takut anak Melayu.Nenek moyang telah pahatkan sejarah bangsa kita ada batu bersurat.Hampir 2000 tahun bahasa Melayu dipahat pada prasasti.Kita pribumi Asia Tenggara.Ini rumah kita zaman-berzaman.Jagalah rumah yang Tuhan berikan kepada kita.Jangan sia-siakannya dengan melepaskannya kepada orang lain.Kita ada Selat Melaka yang dari dahulu menjadi sumber kekayaan paling ajaib di dunia.Lihat pada peta dunia,lihat kedudukan kita di mana.Bayangkan,orang lain terpaksa tebuk bumi untuk buat terusan Suez dan Panama,kita Tuhan bagi percuma Selat Melaka.

Jangan bersedih.Semangatlah!Hulurkan tangan anda.Biar saya pimpin ke dunia masa depan yang lebih gemilang.

Bangsa yang punya sejarah masa lalu adalah mereka yang punya masa depan.Bersatulah.Dengar apa pesanan nenek moyang yang terpahat pada batu bersurat.Mala-yu adalah bangsa yang amat tua,jika anda mahu mengetahui.

I'm vampire of history.Telahku semahkan darah pada batu bersurat,telahku perahkan limau pada keris wasiat.Sampai masa aku bangkit untuk berjuang.Ku pertahankan bangsa atas nama agama.Sebab wujud bangsaku kerna membela agama.Bukan sebab bangga aku membela bangsa.Bukan sebab dunia aku membela bangsa.Sebab hakikat kebenaran yang diminta.Sebab kasihkan agama.








~Srikandi
The Keeper of Royal Maulimalaraja,Ketomala & Sriwijayamala