HARAP MAKLUM ........

#########################################

Buat pembaca yang mahu meninggalkan komen, sila pastikan anda meninggalkan link blog anda dalam kotak komen DIQCUSS.


Terima kasih diatas sokongan anda....

kawie2020 team.

Berkongsi cerite

17 comments

Aku suka balik kampung waktu raye coz pada waktu tu aku akan berjumpa ngan ramai sanak sedara. selalunya sudah jadi tradisi keluarga, kami akan berkumpul, bermain mercun, layan budak2, bertanya kabar dan yang paling best tu uncle malik aku tuu suka sgt bercerita cerite2 lawak... ade byk gak cerita lawak yang sempat aku kumpulkan waktu raye baru2 ni. Kat sini aku pun punyer la suke nak kongsi ngan korang... jeng..jeng..jeng...

Pada Suatu hari didalam sebuah penerbangan KL-New York, ade seorang programer komputer dan Akauntan yang duduk bersebelahan.

Oleh kerana pernerbangan itu memakan masa yg lama, programmer tu mula rasa boring dan cube le beramah tamah dengan akauntan yang duduk sebelah dia tu..

Programer : Assalamualaikum…err.. bleh saya tahu encik keje aper?
Akauntan : mualaikummusalam.. oo..saya keje sebagai akauntan kat KL
Programer : ooo…saya seorang programmer computer…

SiAkauntan tadi malas nak berborak ngan programer tuu kerana dia mengantuk dan mahu tido jer. Tapi programer tadi kira asyik nak ajak berborak jer walaupun dia tahu akauntan tu cam nak tido dan menguap beberapa kali.

Programer: Macam mana kalau kita main teka teki?
Akauntan: Maaf ler.. saya mengantuk sangat ni...

Programer: Camnilah.. Kalau encik bleh jawab teka teki saya, saya akan bayar encik RM10 tapi kalau saya juga tak bleh jawab teka teki encik, saya bayar RM10.

Akauntan: Maaf la.. saya tak berminat...

Programer: Ok..Ok.. camni, kalau encik tak bleh jawab teka teki saya, encik bayar RM5 sahaja tapi kalau saya tak bleh jawab teka teki encik, saya bayar encik RM100.. Amacam?.. Setuju tak?

Oleh kerana siprogramer tu tak jemu2 mengganggu siAkauntan tu dari tido, dan asyik berceloteh tak henti2, So siakauntan ni pun bersetuju dengan harapan programer tu tak kacau dia lagi selepas ini...

Akauntan : ok. Apa teka teki encik?
Programer : ok. Siapa pencipta microchip yang pertama di dunia?

Si Akauntan pun segera mengeluarkan RM5 dan memberi pada programmer tadi. Si Programer plak punya lah suke kegirangan dan puas…

Programer: Ok.. Sekarang giliran encik plak...
Akauntan: Ok.. ketika naik gunung dia berkaki tiga, ketika turun gunung dia berkaki empat.. Apakah ia?
Programer: hhhaaahhh....

Siprogramer tu pun kebinggungan tapi kerana dia tak mahu kehilangan RM100, dia pun segera mencari jawaban kesana kemari. Dia bertanya pada semua penumpang pesawat, tapi tak ada yang mengetahui jawaban teka teki tadi....

Akhirnya setelah sejam setengah, siprogramer akhirnya menyerah kalah dan membangunkan si akauntan yang sudah tido....

Programer: Encik, saya menyerah kalah la.. Ini RM100 nyer..(dengan sedihnyer)
Akauntan: ohh.. terima kasih..(senyum bangga)
Programer: tapi encik, saya betul2 nak tahu.. apa jawapan teka teki encik " ketika naik gunung dia berkaki tiga, ketika turun gunung dia berkaki empat" apa tuu?


Siakauntan pun segera memberikan RM5 pada siprogramer dan kembali tido......

Kisah gadis bijak...

4 comments

Ada dua orang gadis yang cantik. Salah seorang dari mereka berfikir cara
Matematik (M) dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logik(L).
Mereka berdua berjalan pulang melalui jalan yang gelap, dan jarak rumah
mereka masih agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan, tiba-tiba
mereka perasan ada seseorang sedang mengekori mereka…

M : Awak perasan tak ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti
kita kira-kira sejak tiga puluh lapan minit yang lalu? Aku khuatir kalau2
dia berniat jahat.Justify Full

L : Itu hal yang Logik. Aku rasa dia nak merogol kita la.

M : Alamak, dengan kecepatan kita berjalan seperti ini, dalam waktu 15
minit dia akan berjaya tangkap kita. Camner ni... apa kita nak buat ni?.

L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih
cepat.

M : Itu tidak banyak membantu laa, camner ni.

L : Tentulah tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat
dia juga akan berjalan lebih cepat.

M : Jadi, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini
dia akan berjaya menangkap kita dalam waktu dua minit setengah je lagi…

L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Engkau ikut jalan
kiri dan aku ikut jalan kanan.

Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah
si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah
lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan kawannya itu.

Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang.

M : Oh Syukur ya Allaaaaah.. Kawan aku tiba dengan selamat, Eh macamana cerita engkau kena ikut oleh lelaki tadi?

L : Yelah, Setelah kita berpisah dia terus mengikuti aku.

M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi dengan engkau lepas tu?

L : Sesuai dengan logik aku, teruslah aku lari sekuat hati dan lelaki itupun
lari sekuat tenaga jugak.

M : Dan… dan..

L : Sesuai dengan logik, dia berjaya mendekati aku ditempat yang gelap…

M : Jadik.. Apa yang engkau lakukan?

L : Hanya ada satu logik yang dapat aku lakukan, iaitu mengangkat kain
aku tinggi-tinggi sampai nampak seluar dalam. hehehehe (sambil ketawa)

M : Alamak… jadik apa yang dilakukan lelaki tadi?

L : Sesuai dengan logik… Dia bukak tali pinggang, bukak zip dan londehkan
seluarnya…

M : Alamak… lepas tu?

L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat
dari pada lelaki yang berlari sambil seluarnya terlondeh, langkah aku besar,
tapi dia macam orang yang masuk pertandingan lari dalam guni… So akhirnya
aku terlepas dari lelaki itu.

M: Ha ha ha ha Memang logik.

C.I.N.T.A. Perkataan Keramat

11 comments

1. Bila dok sorang2 teringin nak bercinta... nak hidup berdua, berkasih sayang.. nak luahkan i lap u.. u lap me tak?.. rindukan i tak? sayang... cinta... nak panggil sayang, manja, honey, abi dan sebagainya.

2. Bila dah bercinta, mula2 rasa bahagia sangat.. maklumlah dah ada org yang sayang kat kite, kite pun sayang kat dia jugak, mula kenal diri dia, keluarga dia, kawan2 dia, kenalan dia dan apa saja yang berkaitan dengan dia yg kita sayang tuu... Rasa seronok sangat.. rasa seperti dunia ini, hidup ini dah sempurna. bila ajak keluar dating, tgk wayang, jalan2, makan2, semuanya indah dan best sangat..

3. Waktu dok bahagia itu, dugaan mula le datang.. org sastera cakap, badai mula melanda.. sayang kita itu buat perangai ker, ade org lain suke kt dia lah, keluarga menentang dan x suka kt kite la dan macam2 lagi... waktu tu kita mula le tension, sedih, menangis, merajuk, berfikir mengapa semua ini terjadi kt kiter.. paling tension atau benggang, org yg kita sayang minta putus, dunia rasa dah gelap dan kite mula le tanya kenape?, mengape? ape? dan macam2 lagi..

4. Paling sakit hati, sidie kasi alasan bodoh, tak diterima dek akal dan macam2 lagi... ade ke patut kata kita tak sedarjat, u ni budak u, i pak guard jer, mak i tak suka u.. mak i dah nak jodohkan i dengan orang lain, i x berani le ngan ayah, ayah i nak kawin kan ngan sepupu i dan macam2 lagi..

5. Hati punya le sedih sesangat.. kita punyer le sayang kt dia, bagi komitment yg x berbelah bagi, semua dia nak semua kasi dan macam2 lagi le( xbleh ckp kt sini). kite sayang sungguh kt si die.. sanggup buat ape sajer...

6. X pe lah.. dah nak putus, i xbleh buat aper2.. hubungan ini kenalah 2 hala.. x bleh tepok sebelah tangan.. kalau itu dah keputusan u, i terima dengan berat hati. i sanggup terima u. i tetap setia kt u sampai bila2.. i kan tetap tunggu u..biarla i merana sorg2 asalkan u bahagia...

7. Bila emosi kita dah stabil skit, kita mula mempunyai persepsi yg berbeza waktu kita bercinta dulu.. semua lelaki tuu sama jer.. semua perempuan tu sama jer... secara tak langsung, sedar atau tak dendam sudah tercalit di hati kiter...

8. Lepas tu kita dah keseorangan semula... rasa sepi, sendirian, kadang2 teringat memori indah pahit ketika bersama dulu... nak bercinta semula takut terkena balik apa yg telah terjadi kt kita spt dulu....

9. Itulah yg aku rasa.. mungkin ader yg senasib, mungkin ader yg lebih dasyat lagi, mungkin yg masih bahagia sehingga kini...

Apo nak buek... Bersabor jo lah.... Semoga masih ada sinar di masa hadapan..amimmmm....

Gila Bayang!!!!!

11 comments

Gila bayang... tentu ramai yg ingat gila bayang ni pada seseorang.. tak kira lelaki ataupun pompuan... tapi aku ni gila bayang lain skit...

Gila bayang boleh buat kita tak ketahuan.. nak marah2..nak kutuk2 dan macam2 lagi.. kadang2 bleh bertindak ganas...

Aku gila bayang kat coverage broadband 3G celcom aku yg dah benggongggg.... aku balik sini, tak ada coverage.. nak update blog pun punyala sakit jiwa yang teramat...

Dah la dok sorang2.. x der teman berborak.. nak tengok astro, housemate bawa balik kad astro.. hampeh betol.. mati katak..mati kutu dan macam2 mati binatang lain pun aku dah tak tahu... Nak kuar plak banyak kedai tak bukak.. nak makan pun susah beb....

Nak jumpa awek.. hehehehe (malu nak cakap sebenarnya)....awek pun xder lagi... So aku dah mula nak benggong cam broadband 3G celcom aku tuu.. Dah la bayar duit hantaran kat celcom tinggi (bagi akula), tapi bila nak bermesra dengan dia (broadband), buat perangai plak.. ingatkan nak buat perangai kejap jer tapi ni dah dok benggong sampai lebih 24jam.. mana tahan camni bro...

Nak guna streamix, line tepon tak ok ok lagi.. dah 2 minggu dah.. seminggu sebelom raya dan seminggu lepas raya... tepon TM, diaorg suruh call vendor, bila call vendor macam2 alasan bagi kat aku... aku pun dah mula frust dan frust dan frust... kalau bab alasan, memang dah tradisi orang malaysia suka bagi alasan macam2.. yg diterima akal dan yg hampeh pun ader gak.. main belasah jer janji bagi alasan..

Tapi aku rasa sebenarnya bahagia, suka, gembira, hepi, seronok dan lain2 perasaan yang best hanya datang singgah dalam kehidupan kita sekejap jer.. pastu hilang.. pastu datang balik... kalau dah happy tuu, enjoyla saat2 tu seblom ia hilang.. tapi jangan la sampai lupa diri... nanti jadi gila bayang cam aku yg dok sorang niii...

Tapi apa bleh buat... BERSABAR JE LAAA....

Kisah rumah flat

4 comments
Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah.

Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya bekalan elektrik terputus dan lif tidak berfungsi….

si A : Macamana ni…rumah kita lak atas sekali?

si B : Isk..isk..tension aku, nak panjat tangga larat ke..?

si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje…kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik

si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak…kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa…biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60.

si A mula bercerita….

si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku…aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku….bla bla bla bla bla…..Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh…sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20.

Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata…kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita….

si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibubapaku meninggal dalam kemalangan jalanraya…aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang… bla bla bla bla……

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih….punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi… sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk

si C : Alaaaaaa…korang punya cerita tak sedih lagi…cerita aku lagi sedihhhh punya.

si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke…?

si C : emmmm…mungkin hari ini dalam sejarah…

si B : cerita aje le…kita dah tinggal 4 tingkat je lagi

si C : aku sedih kerana…KUNCI RUMAH KITA AKU TERTINGGAL DALAM KERETA….

Suatu Hari di Hari Raya

6 comments
Isteri : Dinda minta maaf banyak2 pada kanda dari hujung rambut hinggalah kehujung kaki. Halalkan makan minum dinda. Sekiranya dinda terkasar bahasa, tingkah laku yg menyakitkan kanda, dinda minta maaf banyak2 kat kanda.

Suami : Kanda pun sama juga, maafkanlah kanda ye dinda.

Isteri : Kanda, dinda nak cakap sikit dengan kanda. boleh tak?

Suami : Cakaplah sayang, tiada apa yang nak dirahsiakan pada hari mulia ini.

Isteri : Dinda harap kanda tak marah ataupun kecil hati...

Suami : cakaplah, kanda tak marah...

Isteri : Dinda tak bahagia, dinda nak kanda lepaskan dinda.

Suami : ................(tergamam)

Isteri : (sambil teresak-esak) Jangan kanda bimbang, anak-anak dinda jaga, Kanda boleh jumpa anak-anak bila-bila masa pun. Dinda janji...

Suami : kenapa dinda sampai macam tu sekali? tak kasihankan anak-anak ker?

Isteri : (dalam nada sendu) Dinda dah fikir masak-masak. lepaskan dinda. dinda tak bahagia. kita berpisah cara baik

Suami : Kanda tak setuju...

Isteri : Dinda merayu pada kanda. Janganlah jadikan dinda isteri nusyuz. Janganlah kanda jadi suami dayus. Dinda tak bahagia...(menangis)

Suami : Apa yang tak cukup lagi. kan semuanya kanda dah beri. kita ada anak-anak yang comel. Orang nampak kita sekeluarga bahagia. kenapa jadi sampai macam ni? apa masalah yang sebenarnya? Apa keluarga kanda dan dinda kata nanti?

Isteri : Hati dinda pada orang lain. dinda merayu kanda, lepaskanlah dinda, dinda minta sungguh-sungguh ni..... (masih teresak-esak)

Raya weh!!!!

3 comments

Berlalulah sudah Ramadhan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakandengan rasa gembira
Anak muda dirantauan, semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Aku bersemangat betul nak balik kampung.
Mula2 set ringtone lagu Sudirman'Balik Kampung'
Takde tiket bas sanggup naik bas lompat2
Walaupun penat janji sampai dhn selamat

Raya kali ini takder baju raya
Aku plan nak pakai baju raya yg dulu
Buat anak2 sedara memang takder duit raya
Budget Raya Pak Ngah memang sgt ciput

Buat Mama n Abah I Luv U
Aimi n Carl, I miss U
Bila balik raya jgn sgt terlulu
Ingat2 org yg sayang kat u

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Saiz???

2 comments

2 hari lepas aku pergi uptown shah alam ngan member2 aku anhar dan din. Meriah siot kat sana. macam2 ada dijual disana cuma aku tgk benda2 haram takder dijual kt sana. kami singgah kat gerai batu dan incin, seluar, kasut dan macam2 lagi. dalam dok ronda2 tu kitaorang tersinggah kat gerai minyak belacak. Jurujual tu sibukla cerita pasal produk dia sambil menunjukkan gambar2 pengguna produk dia. tergezut biawak beb kalau tgk gambar2 yg ditunjukkan tu.. pelbagai saiz ada sehingga yg terbesar sekali cukup mengerikan..

Aku terfikir sat tentang produk ni. Ramai org malaysia cukup giler dalam mahukan saiz yg diidamkan. dari waktu aku belajar dulu sehinggalah kini, bila borak2 mesti ada member akan keluarkan isu ini. Biasala manusia ni tak pernah rasa puas dengan apa yang ada. tapi buat rakan2 dan kawan2 kat sana, jgnlah terlalu percaya dan taksub sangat dengan produk2 camni. ada yang dah terkena dan sengsara.. jaga2 dan beringat2 yer.. somoga semuanya selamat..

Sejarah Yahudi-siri1

0 comments











Orang yahudi dikenali sebagai bani Israel didalam alquran. Mereka mempunyai kitab yang dipanggil Torah. Ulama menyatakan kitab Torah itu dipercayai kitab Taurat yang diturunkan melalui nabi Musa a.s tetapi torah yang wujud pada hari ini telah banyak dimanipulasikan dan diselewengkan.

Berkenaan sejarah, Torah ada mengatakan:
Ingatlah hari-hari yang lepas: memahami tahun-tahun generasi selepas generasi. Tanyalah bapamu dan dia akan mengaitkan kamu, datuk nenek kamu dan keturunanmu: dan mereka pasti akan menceritakan. (Deut. 32:7)

Tetapi agama yahudi juga memperkenalkan konsep sejarah manusia yang menghadapi perubahan dalam semua aspek khususnya aspek moral, agama dan sejarah amnya. Agama Yahudi juga menekankan tentang idea ketuhanan yang satu yang memainkan peranan utama dalam sejarah.

Asasnya konsep ketuhanan yahudi adalah Tuhan adalah Maha Pencipta, Maha Kekal dan Mentadbir semua jenis alam. Prinsipnya Tuhan tidaklah menjadikan dunia ini dan kemudiannya bercuti di Miami pencipta boeing yang mengaut keuntungan dan rileks bercuti setelah menjadi kaya. Tuhan mencipta alam semesta ini dan tidak membiarkannya kerana mereka percaya semuanya ditadbir dan ditentukan oleh tuhan mereka.

Mereka percaya sejarah mereka bermula dengan penciptaan manusia yang bernama Adam. Berdasarkan buku Genesis: Adam dicipta pada hari ke-6 penciptaan alam semesta iaitu lebih 5760 tahun dahulu (berdasarkan calendar yahudi). Adam adalah unik berbanding ciptaan tuhan yang lain kerana Adam dicipta dengan b'tzelem Elohim, "wajah Tuhan." (Genesis 1:26). Adam mempunyai jiwa -- a neshama -- lahiriah, batiniah, pati kebijaksanaan.

Setelah penciptaan Adam selesai, Tuhan berkata sambil mengambil waktu kosmik Nya dan menyerahkan kepada Adam sambil berkata “ sekatang kita tetapkan masa bumi” lalu terjadilah revolusi dibumi dimana adanya langit, matahari, bulan dan sebagainya. Terjadilah siang dan malam dan alam semesta ni berjalan dipaksinya dengan kehendak Tuhan.

Tuhan mengarahkan Adam tinggal di bumi disuatu tempat yang dipanggil Eden Garden yang menyerupai syurga. Disini Al-Quran menegaskan bahawa Adam tinggal disyurga dan bukannya dibumi. Tuhan menciptakan Eve sebagai teman Adam di taman Eden. Kerana itu mana2 syarikat didunia ini yang menggunakan nama Eden, akan memilih logo syarikat seperti buah epal yang sudah dimakan sedikit. Hubungan Adam dengan tuhan berjalan dengan baik sekali sehinggakan terjadinya suatu peristiwa dimana Adam dan Hawa telah memakan buah larangan dari pokok pengetahuan: menyebabkan kemurkaan tuhan dan disingkirkan dari Taman Eden. Peristiwa ini diceritakan dalam kitab mereka dengan meletakkan kesalahan itu kepada Tuhan dan bukannya Adam dan Hawa.

Ditaman Eden, terdapat satu pokok yang dikenali sebagai pokok pengetahuan yang mana adam dan Eve dilarang menghampirinya. Satan telah menyerupai ular memujuk Eve dan Adam supaya memakan buah pokok tersebut. Sekiranya mereka memakan buah itu, mereka akan mempunyai pengetahuan yang melebihi tuhan dan kerana itu adam dan eve mesti memakan buah tersebut.

Justeru Adam dan Eve telah dihalau dari Taman Eden tetapi manusia menjadi semakin bijak kerana setelah dihalau, manusia tahu mencari makanan, berpakaian dan pelbagai pengetahuan yang lain. Orang Yahudi menyatakan sedemikian kerana mereka percaya Adam dan Eve di Taman Eden berbogel sepanjang masa, kalau mahu makan dan minum, makanan dan minuman tersedia. Orang Yahudi menggambarkan kehidupan Adam dan Eve ditaman Eden seumpama burung didalam sangkar dimana diberi makan dan minum dan segala kehendak yg lain.

Kengkaran Adam dan Eve terhadap suruhan tuhan adalah suatu kebijaksanaan. Kerana itu mereka berpendapat bangsa yahudi juga sebagai kekasih tuhan boleh mengengkari perintah tuhan sekiranya ia member manafaat kepada mereka.
Secara dasarnya, kisah2 nabi didalam Islam dan agama Yahudi tidak berbeza tetapi mereka gemar untuk menjatuhkan maruah nabi2 dan sinis terhadap nabi2 seperti yang tercatat dam Torah mereka.

Sejarah Yahudi - Pengenalan

0 comments
Siri ini dibuat untuk melihat sejarah yahudi yang dipercayai oleh org yahudi yang bermula sejak 4000 tahun yang lampau.

Kebiasaannya apabila disebut sejarah, ramai orang mula terbayangkan kebosanan. Mereka mula membayangkan pengalaman disekolah belajar sejarah yang banyak menghafal nama, tarikh, tempat dan peristiwa tertentu untuk lulus dalam peperiksaan dan lupa apa yang telah dihafal setelah habis peperiksaan. Mungkin kerana itu ‘Mark Twain’ pernah berkata “ Saya tidak pernah membiarkan alam persekolahan saya mengganggu pendidikan saya”

Jadi sebelum kita bercakap tentang sejarah yahudi, mari kita berbicara tentang kenapa kita perlu belajar tentang sejarah terlebih dahulu. Apakah itu sejarah? Apakah kelebihan sekiranya kita mempelajari sejarah.

Umumnya Sejarah adalah lembaran percubaan semua idea. Lord Henry Bolingbroke (1678-1751) menyatakan Sejarah adalah falsafah yang penuh dengan contoh. Kita boleh berbicara tentang teori sesuatu idea tetapi peredaran masa secara jelas menunjukkan bahawa sesuatu idea itu diterima atau tidak, betul atau salah. Mungkin seorang pemimpin itu disanjung masa kini tetapi akan dicemuh pula pada masa depan. Contoh yang lain, beratus-ratus tahun yg dulu Komunis telah berdebat dengan Kapitalis tentang keunggulan ideology masing2 tetapi kini sudah jelas komunis telah gagal dan kapitalis mula mendominasi dunia

Jadi banyak yang boleh dipelajari dari sejarah. Ahli falsafah ‘George Santayana’ pernah berkata “ Sesiapa yang tidak mengingat perkara yang lepas pastinya akan melakukan mengulanginya semula”

Justeru itu sebab penting untuk kita mempelajari sejarah secara amnya adalah manusia adalah berperangai sama dan sering mengulangi. Empayar naik gemilang dan terbilang kemudian runtuh, teknologi akan selalu berubah tetapi manusia akan tetap melakukan perkara bodoh yang sama dan berulang-ulang melakukannya. Kecuali kita belajar dari yang lepas, mengingatinya dan jadikan pengajaran untuk masa hadapan ataupun kita tetap sama, terus menerus melakukan kesilapan yang sama dan terus mengulanginya.

Tetapi janganlah kita berprasangka bahawa dengan mempunyai pengetahuan tentang sejarah yahudi akan mengyahudikan diri kita. Ia adalah persediaan kita bagi mengenali, mengetahui dan menilai sikap dan perangai yahudi serta penyelewengan mereka seperti yang dinyatakan berulang kali didalam Al-Quran.

Ada tahu tak?

1 comments

ini adalah bendera yang paling dibenci oleh umat islam. aku tengok pun menyampah gak.. kalau bleh dipijak memang dah lama aku pijak tapi tak ader apa2 effect kat JEMUAN ni. Bila ada kempen boikot produk Israel/Amerika sambutannya cukup menyedihkan. ramai buat dek jer. kenape ek? aku tak ada jawapan. mungkin korang pun takder jawapan gak. Bintang nya ada enam cabang. JEMUAN ni kata itu adalah bintang Nabi Daud atau King David. Ntah betui ke tak? mungkin ada sapa2 yang tahu sejarah kaum tak sedar diri ini coz tak banyak buku pasai kaum ni yang ada di Malaysia../

Budak baru belajar

0 comments
Dulu aku pernah belajar buat blog tapi tak minat sangat. Namun hari ini ada member namanya sham dtg rumah dan memberi pendedahan pasai blog kat aku.. pehhh.. best la plak... lepas nii ligat la aku updated blog aku.. maklumla dok tengah semangat lebih nii... aku akan terus explore alam maya nii.. inilah dikatakan perkembangan IT