HARAP MAKLUM ........

#########################################

Buat pembaca yang mahu meninggalkan komen, sila pastikan anda meninggalkan link blog anda dalam kotak komen DIQCUSS.


Terima kasih diatas sokongan anda....

kawie2020 team.

Sejarah Yahudi - Pengenalan

Siri ini dibuat untuk melihat sejarah yahudi yang dipercayai oleh org yahudi yang bermula sejak 4000 tahun yang lampau.

Kebiasaannya apabila disebut sejarah, ramai orang mula terbayangkan kebosanan. Mereka mula membayangkan pengalaman disekolah belajar sejarah yang banyak menghafal nama, tarikh, tempat dan peristiwa tertentu untuk lulus dalam peperiksaan dan lupa apa yang telah dihafal setelah habis peperiksaan. Mungkin kerana itu ‘Mark Twain’ pernah berkata “ Saya tidak pernah membiarkan alam persekolahan saya mengganggu pendidikan saya”

Jadi sebelum kita bercakap tentang sejarah yahudi, mari kita berbicara tentang kenapa kita perlu belajar tentang sejarah terlebih dahulu. Apakah itu sejarah? Apakah kelebihan sekiranya kita mempelajari sejarah.

Umumnya Sejarah adalah lembaran percubaan semua idea. Lord Henry Bolingbroke (1678-1751) menyatakan Sejarah adalah falsafah yang penuh dengan contoh. Kita boleh berbicara tentang teori sesuatu idea tetapi peredaran masa secara jelas menunjukkan bahawa sesuatu idea itu diterima atau tidak, betul atau salah. Mungkin seorang pemimpin itu disanjung masa kini tetapi akan dicemuh pula pada masa depan. Contoh yang lain, beratus-ratus tahun yg dulu Komunis telah berdebat dengan Kapitalis tentang keunggulan ideology masing2 tetapi kini sudah jelas komunis telah gagal dan kapitalis mula mendominasi dunia

Jadi banyak yang boleh dipelajari dari sejarah. Ahli falsafah ‘George Santayana’ pernah berkata “ Sesiapa yang tidak mengingat perkara yang lepas pastinya akan melakukan mengulanginya semula”

Justeru itu sebab penting untuk kita mempelajari sejarah secara amnya adalah manusia adalah berperangai sama dan sering mengulangi. Empayar naik gemilang dan terbilang kemudian runtuh, teknologi akan selalu berubah tetapi manusia akan tetap melakukan perkara bodoh yang sama dan berulang-ulang melakukannya. Kecuali kita belajar dari yang lepas, mengingatinya dan jadikan pengajaran untuk masa hadapan ataupun kita tetap sama, terus menerus melakukan kesilapan yang sama dan terus mengulanginya.

Tetapi janganlah kita berprasangka bahawa dengan mempunyai pengetahuan tentang sejarah yahudi akan mengyahudikan diri kita. Ia adalah persediaan kita bagi mengenali, mengetahui dan menilai sikap dan perangai yahudi serta penyelewengan mereka seperti yang dinyatakan berulang kali didalam Al-Quran.

0 comments :: Sejarah Yahudi - Pengenalan