HARAP MAKLUM ........
#########################################
Buat pembaca yang mahu meninggalkan komen, sila pastikan anda meninggalkan link blog anda dalam kotak komen DIQCUSS.
Terima kasih diatas sokongan anda....
kawie2020 team.
Buat pembaca yang mahu meninggalkan komen, sila pastikan anda meninggalkan link blog anda dalam kotak komen DIQCUSS.
Terima kasih diatas sokongan anda....
kawie2020 team.
Sejarah Yahudi-siri1
Orang yahudi dikenali sebagai bani Israel didalam alquran. Mereka mempunyai kitab yang dipanggil Torah. Ulama menyatakan kitab Torah itu dipercayai kitab Taurat yang diturunkan melalui nabi Musa a.s tetapi torah yang wujud pada hari ini telah banyak dimanipulasikan dan diselewengkan.
Berkenaan sejarah, Torah ada mengatakan:
Ingatlah hari-hari yang lepas: memahami tahun-tahun generasi selepas generasi. Tanyalah bapamu dan dia akan mengaitkan kamu, datuk nenek kamu dan keturunanmu: dan mereka pasti akan menceritakan. (Deut. 32:7)
Tetapi agama yahudi juga memperkenalkan konsep sejarah manusia yang menghadapi perubahan dalam semua aspek khususnya aspek moral, agama dan sejarah amnya. Agama Yahudi juga menekankan tentang idea ketuhanan yang satu yang memainkan peranan utama dalam sejarah.
Asasnya konsep ketuhanan yahudi adalah Tuhan adalah Maha Pencipta, Maha Kekal dan Mentadbir semua jenis alam. Prinsipnya Tuhan tidaklah menjadikan dunia ini dan kemudiannya bercuti di Miami pencipta boeing yang mengaut keuntungan dan rileks bercuti setelah menjadi kaya. Tuhan mencipta alam semesta ini dan tidak membiarkannya kerana mereka percaya semuanya ditadbir dan ditentukan oleh tuhan mereka.
Mereka percaya sejarah mereka bermula dengan penciptaan manusia yang bernama Adam. Berdasarkan buku Genesis: Adam dicipta pada hari ke-6 penciptaan alam semesta iaitu lebih 5760 tahun dahulu (berdasarkan calendar yahudi). Adam adalah unik berbanding ciptaan tuhan yang lain kerana Adam dicipta dengan b'tzelem Elohim, "wajah Tuhan." (Genesis 1:26). Adam mempunyai jiwa -- a neshama -- lahiriah, batiniah, pati kebijaksanaan.
Setelah penciptaan Adam selesai, Tuhan berkata sambil mengambil waktu kosmik Nya dan menyerahkan kepada Adam sambil berkata “ sekatang kita tetapkan masa bumi” lalu terjadilah revolusi dibumi dimana adanya langit, matahari, bulan dan sebagainya. Terjadilah siang dan malam dan alam semesta ni berjalan dipaksinya dengan kehendak Tuhan.
Tuhan mengarahkan Adam tinggal di bumi disuatu tempat yang dipanggil Eden Garden yang menyerupai syurga. Disini Al-Quran menegaskan bahawa Adam tinggal disyurga dan bukannya dibumi. Tuhan menciptakan Eve sebagai teman Adam di taman Eden. Kerana itu mana2 syarikat didunia ini yang menggunakan nama Eden, akan memilih logo syarikat seperti buah epal yang sudah dimakan sedikit. Hubungan Adam dengan tuhan berjalan dengan baik sekali sehinggakan terjadinya suatu peristiwa dimana Adam dan Hawa telah memakan buah larangan dari pokok pengetahuan: menyebabkan kemurkaan tuhan dan disingkirkan dari Taman Eden. Peristiwa ini diceritakan dalam kitab mereka dengan meletakkan kesalahan itu kepada Tuhan dan bukannya Adam dan Hawa.
Ditaman Eden, terdapat satu pokok yang dikenali sebagai pokok pengetahuan yang mana adam dan Eve dilarang menghampirinya. Satan telah menyerupai ular memujuk Eve dan Adam supaya memakan buah pokok tersebut. Sekiranya mereka memakan buah itu, mereka akan mempunyai pengetahuan yang melebihi tuhan dan kerana itu adam dan eve mesti memakan buah tersebut.
Justeru Adam dan Eve telah dihalau dari Taman Eden tetapi manusia menjadi semakin bijak kerana setelah dihalau, manusia tahu mencari makanan, berpakaian dan pelbagai pengetahuan yang lain. Orang Yahudi menyatakan sedemikian kerana mereka percaya Adam dan Eve di Taman Eden berbogel sepanjang masa, kalau mahu makan dan minum, makanan dan minuman tersedia. Orang Yahudi menggambarkan kehidupan Adam dan Eve ditaman Eden seumpama burung didalam sangkar dimana diberi makan dan minum dan segala kehendak yg lain.
Kengkaran Adam dan Eve terhadap suruhan tuhan adalah suatu kebijaksanaan. Kerana itu mereka berpendapat bangsa yahudi juga sebagai kekasih tuhan boleh mengengkari perintah tuhan sekiranya ia member manafaat kepada mereka.
Secara dasarnya, kisah2 nabi didalam Islam dan agama Yahudi tidak berbeza tetapi mereka gemar untuk menjatuhkan maruah nabi2 dan sinis terhadap nabi2 seperti yang tercatat dam Torah mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments :: Sejarah Yahudi-siri1
Post a Comment