Best betul dapat jumpa mak aku yg tersayang tu, jumpa ayah aku yg sporting tu dan jumpa abang, adik, anak sedara dan ramai lagi... Kali ini keluarga aku tak buar korban, cuma tolong sedara n jiran2 yg buat korban...

Pada malam raya telah terjadi persidangan meja empat segi dirumah aku nih... Ahli2 majlis terdiri daripada mak aku sebagai Speaker, ayah aku sebagai pencadang dan abang n adik aku yg menjadi pentokong setia x berbelah bagi terhadap usul yg dibentangkan ini.
hehehehehehe... jangan ingat hanya ada persidangan bawah pokok ajer, persidangan meja empat segi ini pon bleh tahan jugak ler...
Usul Pertama:
Kawie dah ada gf ke blom?
Usul Kedua:
Ciri-ciri bakal isteri kawie...
Usul Ketiga:
Lain-lain perkara berbangkit...
##############################

Persidangan dimulakan dengan memanggil kawie untuk mengambil tempat sedangkan semua ahli majlis telah siap sedia ditempat masing-masing...
Puan speaker memulakan perbukaan dengan kata-kata aluan dan disertakan doa kesyukuran kerana semua ahli majlis dapat bersama2 pada raya kali ini...
Tanpa melenggahkan masa, Puan speaker terus mengalih pandangan kepada kawie dan bertanya " hg dah ada girlpren ke tak lagi?"
Tuan penyokong mula tersenyum sinis sebagai tanda sokongan usul puan speaker itu...
Kawie tergezut dan mula menjawab dengan payah dan perlahan... "Tak ada lagi la mak"...
Persidangan mula kecoh.. suara berbisik2 dan yg menjerit2 turut kedengaran....
"Diam..Diam... sila ambil perhatian semua" arahan puan speaker segera dipatuhi ahli majlis...
Ternyata speaker amat dihormati oleh ahli majlis...
"Awat jadi lagu tuh.. hg dah ** tahun dah, pasai apa hg tak cari? ayaq obat tu habis tak hg minum? entah2 hg buang macam tu saja" reaksi spontan puan speaker...
"hg betui-betui la memalukan aku... aku segan la org dok tanya hg bila nak kawen lagi nih" sampuk penyokong tegar majlis yg dikenali sebagai abang....
"dah..dah.. hgpa jgn dok bersora selagi aku x bagi kebenaran" arahan puan speaker kedengaran...
Suasana mula terkawal semula....
Kawie mula minta izin ke tandas bagi mengelakan suasana panas ini...
##############################
Puan speaker menyedari tempoh masa yg diambil kawie ke tandas sudah melebihi masanya lalu diarahkan Mukhirz (anak saudara) selaku pengawal memanggil kawie yg berada dalam tandas itu...
Kawie datang dengan muka yg mencuka...

Usul kedua dibentangkan secepat mungkin oleh siadik dengan muka yg tidak bersalah sedikit pun...
"ciri-ciri bakal isteri kawie ditentukan oleh kawie sendiri, kami semua setuju saja dengan semua syarat kawie asalkan kawie dapat berkahwen secepat mungkin"
"hg suka yg macam mana? ustazah ka? doktor ka? lawyer ka? ahli muzik ka? ataupun chekgu?" persoalan dilontarkan oleh puan speaker...
" tak tau lah mak, cheq(kawie) ni tak memilih sangat... yang mana mak suka yang tu lah cheq berkenan" jawab kawie...
"Cheq ada lah beberapa kawan pompuan tapi cheq x pernah jumpa depa lagi, cheq takut nak jumpa depa pasai nanti cheq kena gelak pulak, cheq boleh gelabah tak tentu pasai ni kalau jumpa pompuan" kawie menjawab dengan unsur2 miang sedikit...
"cheq ingat nak suruh mak pi dating la dengan depa... kalau mak kata ok, cheq lagilah ok sangat2..." tersenyum dan kemiangan kawie teserlah sedikit lagi...
"emmm.. ok.. mak setuju.. mak boleh pi dating ngan kawan2 hg tu.. mak tak ada masalah..."
"Hg cari lah yg pungkok besar sikit, senang nak beranak..."
"Yg muka nak bulat2 sikit, ciri2 isteri penyejuk hati tu..."
"Pasal keja tu mak tak kisah, akhlak kena baguih laa..."
"yg lain-lain tu mak tak kisah sangat"
Ulas puan speaker panjang lebar....
Tiba-tiba pencadang (ayah kawie) mencelah...
"kalau boleh hang cari yang beranak (lahir) bulan sembilan (september)
Kawie kehairanan lalu bertanya:
"pasai apa bulan sembilan?"
Lalu dijawab dengan spontan oleh pencadang:

"Pompuan beranak bulan sembilan ni tetek besaq"
(perempuan yg lahir pada bulan september bertetek besar)
Hahahahahahahahahaha....
p/s: betul ker? aku yg innosen ni tak tahu kebenaran cerita ini... hehehehehehe...