HARAP MAKLUM ........

#########################################

Buat pembaca yang mahu meninggalkan komen, sila pastikan anda meninggalkan link blog anda dalam kotak komen DIQCUSS.


Terima kasih diatas sokongan anda....

kawie2020 team.

Pening Yang Terlampau....

Study Cartoon Pictures, Images and Photos
Aku dari kecil lagi memang meminati sejarah. Ketika aku berumur 6 tahun aku sudah tahu tentang sejarah nabi2, sejarah melaka, kedah dan sebagainya. ini adalah kerana sejak aku masih kecil lagi, tok (nenek) selalu menceritakan tentang sejarah nabi2. Ketika aku berusia 6 tahun aku sudah tahu kisah nabi adam sehingga nabi muhammad s.a.w dan boleh bercerita semula. itu yg menyebabkan aku menjadi cucu kesayangan tok berbanding adik beradik aku dan sepupu2 aku yg lain.

**********

Aku mempunyai seorang bapa saudara yg kelakar. aku memanggilnya sebagi cik alik. waktu aku kecik2 dulu, kepulangan cik alik dr itm waktu cuti semester memang dinanti2kan aku. Cik alik juga mempunyai perangai2 yg kelakar. Dia memang sukakan budak2 kecik sebaya aku dan suka sgt melayan budak2.

aku masih ingat lagi kalau cik alik ni balik dia suka merakam suara dia dalam tape radio. Dia akan membaca teks english dan merakamnya. lepas itu aku, adik n abang akan dipanggilnya dan disuruh dengar rakaman suara beliau. Lepas dengar, dia akan tanya komen kami sama ada suara dia sedap ke tak... macam pembaca berita dalam tv ke tak, ataupun dia akan tanya suara dia macam org putih bercakap ke tak... yang aku tak tahan tu, boleh ke dia tanya sama ada ayat omputih dia tu betul atau tak... past tense, present tense dia betul atau tak...sedangkan aku baru jer berumur 6 tahun, adik 4 tahun dan abang darjah 2. hehehehe...

tapi kami akan mengiakan jer coz lepas tu dia akan belanja cokelat (jajan). apa yg istimewa tentang cik alik ni, dia juga pandai meniru mimik muka ataupun perbualan artis2, menteri2, bapa dan mak saudara aku yg lain. bila dia ajuk percakapan atau perbuatan, kami disuruh meneka siapa yg diajuknya itu.. kalau tiru mimik muka bapa atau mak sedara aku mesti waktu diaorg bergaduh... sapa yg menangis cam nih, sapa yg kentut camtu.... dan macam2 lagi lah...kalau betul memang la dapat hadiahnya. sehingga kini Cik alik masih lagi kelakar dan suka membuat lawak walaupun sudah menjadi tok imam kt sungai petani.. sehingga kini sikap kelakar itu diturunkan kepada anaknya, sepupu aku yg masih belajar kt UM.

**********

Cik alik juga suka bercerita tentang sejarah tetapi ceritanya banyak unsur2 humornya. Antara yg masih melekat dalam kepala aku adalah tentang bagaimana Pulau Pinang mendapat nama. Aku x pasti sama ada korang pernah dengar atau pun x, tapi disini aku nak berkongsi dengan kawan2 semua... (kalau pernah dengar pun, buat2 x pernah dengar yer..hahahahaha)

Cartoon Jack Pictures, Images and Photos
Francis Light adalah seorang nakhoda kapal syarikat Inggeris. Beliau fasih bercakap bahasa melayu. Francis Light ini telah pergi berjumpa dengan sultan kedah. Sultan Kedah pada waktu itu dok tengah pening kerana mendapat ancaman perang dari Thailand dan Acheh. Lalu Francis light ini mengambil kesempatan dengan menawarkan bantuan ketenteraan Inggeris kepada Sultan Kedah. Tetapi mesti sultan kedah mestila memberi satu kawasan penempatan askar2 inggeris ini. Sultan kedah bersetuju dengan memberikan pulau pinang sebagai pengkalan ketenteraan kepada Francis Light.

Setelah mendapat persetujuan sultan kedah, francis light tergesa2 berangkat ke pulau pinang untuk melihat kawasan. Setibanya di pulau pinang, maka francis light tertarik dengan sepohon pokok (pokok pinang). Rupanya seperti pokok kelapa tetapi batangnya kecil dan buah nya kecil. lalu terjadilah perbualan francis light dengan pembantunya....

Francis light: itu pokok seperti pokok kelapa, tetapi ia agak kecill...

Pembantu: ya..ya..

Francis light: boleh ka buah ini dimakan?

Pembantu: buah ini kecil dan keras.. tidak boleh dimakan begitu sahaja...

Oleh kerana francis light nak tunjuk lagak bahawa org omputih ni kuat dan gagah perkasa seperti superman, apatah lagi buah yg kecil ini tentu boleh dikunyah begitu sahaja.

Francis light: Org putih memang kuat, buah sekecil ini boleh sahaja dikunyah. Gigi org puteh memang puteh dan kuat.. hahahahaaha...(ketawa jahat)

lalu disuruh org kampung mengait buah itu, dikupas dan terus dikunyah oleh francis light...

Rasa nya sungguh kelat, dan francis light tak mahu menjatuhkan air mukanya dan terus mengunyah seperti mengunyah chew gum....nyum..nyum..nyum...emmmm..nyum..nyum... selepas itu, apa jua soalan francis light akan menjawab:

penang... penang... penang... penang...

selama 7 hari 7 malam disebutnya penang..penang... lalu tempat itu dikenali oleh org inggeris sebagai penang...

Penang itu bukannya dari perkataan buah pinang tetapi dari perkataan 'pening' dari loghat org putih cakap melayu... hahahahahaha....

nota kaki bucuk: entah betul atau tidak, tetapi aku terhibur waktu tu smpi sekarang kalau teringat kisah penang ni..... hehehehhehehe.... waktu tu aku memang percaya habis kat cerita cik alik nih.... hahahahahaha....

36 comments :: Pening Yang Terlampau....

  1. aku orang penang pun tak penah dgr cerita ni...
    klakar...hahahaha

  2. haha buleh terbitkan buku neh sejarah penang..kompom laku haha...

    aku sgt2 suka jack separrow haha...

  3. [hazzy ishak] aku ingat citer ni x betul kot... hahahahaa...

  4. [imheppie] ade ke org puteh nk beli? hahahahaha....

  5. nak kena saman apa cik alik tu
    hahaa

  6. [joegrimjow] hehehehe.. jgn la saman bapa sedara favorite aku tuh...

  7. hahaha... penang dlm loghat inggeris.. fes time aku dgr neh

  8. [jard the great] hehehehe.. biasa la org puteh cakap melayu...

  9. mcm xbt0l je..kit0rang blja sejarah dulu lain..tipu erk

  10. ada ke citer ni?kanapa rasa semacam je

  11. betul ek asal usul penang macam tu?

  12. Memang terhibur walaupun tak pernah citer penang tu ...

  13. hahahahah
    tak penah dengar aaaaaa

  14. [sharamli] hahahahahaha....

  15. [firol] got's u..hahahahaha...

  16. [sitedi] ntah... aku pun x tahu..hehehehe...

  17. [precious] citer ni famous la dikalangan budak2 dulu... cerita kampung..hehehehe....

  18. [zaradgreat] bagus... ikut arahan.. hahahahaha....

  19. haha...btol ke weh..
    bukan sbb dari pokok pinang ke??
    tapi cte ni lawak =p
    ko senget gak ah =p

  20. [akmar anuar] mane ade sengat.. betul jer.. lurus bendul n suci lagi...hahahahaha....

  21. ye latu...
    sampai ke tua la ko bawak citer tu...tapi bagus tuk humor budak2

  22. [kamileha] memang la citer humor aku waktu kecik2 dulu...

  23. ade logik jugak cite ko ni.hehe

  24. [mrpenyubiru] hehehehe.. cerita budak2 zaman dulu2....

  25. hahaha
    citer x betul ni

  26. Otai-otai memang banyak cerita-cerita macam ni.. Teringat pulak kat arwah opah gua bersama cerita-cerita klasiknya..

    Salam dan mekasih nyinggah blog gua..

  27. even ak dah private blog ak tetap sokong ko ye blog...
    sori beb sebab dah private..
    hummm...

    ;p

  28. hahaha kelakor..
    pening jadi penang eh?
    huhu

  29. hahahahha
    cik ilak tu ada x?
    nak dgr ye cite gak laa...:)

  30. [ahfatt] hahahahaha.. ko percaya ker?

  31. [cerpelai] nanti ko cerite la dlm blog ko kisah2 opah ko.. bleh aku terjah ko..hehehehhee..

  32. [azza]..x mo kawan ngan azza..huhuhuhu...

  33. [azuan buadakpandai] ko memang budak pandai...hahahahaha....

  34. [miezsha] ade.. cik alik tu ade lagi..hehehehe.. nk dgr citer dia ek.. meh kasi no fon u...hehehehehe...

  35. hehehhe....xpnah plak dgr citer mcm ni psl penang...huhuh...mungkin betul la kot...

  36. [lala] cerita dulu kala..hehehehe...