HARAP MAKLUM ........

#########################################

Buat pembaca yang mahu meninggalkan komen, sila pastikan anda meninggalkan link blog anda dalam kotak komen DIQCUSS.


Terima kasih diatas sokongan anda....

kawie2020 team.

Kisah Exam...

Photobucket
Semalam dalam mencari ilham, aku terfikir bahawa aku telah menghabiskan masa selama 18 tahun untuk belajar. 2 tahun tadika, 6 tahun sekolah rendah, 5 tahun sekolah menengah, 3 tahun buat diploma dan 2 tahun buat ijazah sarjana muda. Ini merupakan masa yang cukup lama.

Dalam tempoh pembelajaran ini, sudah pastinya banyak kisah kelakar, sedih, bodoh, pandai, nakal dan sebagainya berlaku. Kini setelah tamat pengajian dan memasuki alam pekerjaan, kadang kala kenangan itu kembali mengimbau di sanubari mindaku.

Kadang2 aku juga amat merindui saat2 waktu belajar dulu dan juga rindukan susah senang bersama kawan-kawan.

###############

Kali pertama aku akan mengambil peperiksaan adalah ketika aku berumur 6 tahun. Pada masa itu aku belajar disebuah tadika cina dekat pekan kecil di kampung halamanku. Tadika ini amat menekankan bahasa Inggeris dan aku memanglah teramat2 lah jakun nya terhadap bahasa asing itu. Hanya 4 orang sahaja budak melayu yg memasuki tadika itu iaitu aku, shidi, man dan ayu.

Pada hari peperiksaan itu, aku tak tahu macam mana hendak menjawab soalan peperiksaan. Aku memang tidak memahami soalan kerana aku tidak faham bahasa inggeris. Aku menjadi gelisah dan dok terbayang rotan tokwan aku sekiranya aku gagal peperiksaan itu. Setelah tamatnya peperiksaan, aku sempat berbual dengan shidi.

Shidi: macam mana periksa tadi? hg boleh jawab tak?

kawie: tak.. aku tak reti.. aku hantar kertas tu kosong ja.. aku tak tau nak jawap apa.

Shidi: aku pun sama. aku pun hantar jawapan kosong jugak...

Lepas tu aku terus tumbuk shidi...

kawie: bodoh!!! nanti teacher kata kita TIRU!!!!!

hahaha... pandai sgt aku waktu tu.. tak pasal2 shidi kene tumbuk ngan aku... hahahaha

###############

Photobucket
Bila dah belajar ni, memang tak boleh dipisahkan dengan exam. exam digunakan sebagai penanda aras untuk mengukur tahap kepandaian kita.

Aku masih ingat lagi seorang kawan aku ketika peperiksaan tingkatan 2. Member aku ni memang nakal sikit orangnya dan memang layan habis kepala dia. Memang kelakar habis dia ini. Kadang2 aku dan member2 yg lain gelarkan dia sebagai Man sewel..

Man Sewel ni suka melakukan perkara2 yang tidak terduga oleh kita.. kadang2 kesewelan dia ini memang menghiburkan aku dan member2. Dan dia juga seringkali menjadi bahan ujikaji aku dan kawan2.

Peperiksaan tingkatan 2 memang memerlukan kita memilih satu jawapan sahaja dari A, B, C, D ataupun E. dah menjadi kebiasaan aku dan rakan2, kami akan menulis kertas kecil yg ditanda huruf A,B,C,D,E dan diletakkan didalam poket.

Tujuannya supaya bila sampai tang soalan yg susah, maka aku dan member2 akan mencabut kertas itu untuk ditandakan sebagai jawapan. kalau keluar B, maka jawapan akan ditanda B.

Tapi dalam peperiksaan akhir tahun tu aku dan member2 rasa pelik kenapa man sewel lambat keluar periksa. takkanlah dia study kot sampai serius jer jawap soalan. sedangkan 'toyol' dah ada dalam poket. cabut je satu dan tanda ler.. pelik bin ajaib dia lambat kuar exam.

Lepas tu kami keluar minum selepas periksa. member aku tanyalah kepada man sewel kenapa lambat sgt jawap exam. lalu man sewel pun berkata, sebenarnya dalam setengah jam aku dah habis dah tanda tapi aku boring arr, so aku semak la semula jawapan tu...

member aku x puas hati kerana man sewel study sampai bleh semak semula jawapan lalu berkata pada man sewel. " cibai hg, study tak habaq"

Man sewel pun kata la balik "mana ada aku study, aku cabut toyol lah.. aku semak pun dengan mencabut sekali lagi.. tu yg lambat tuh...

hahahaha... apa lagi riuhlah kami gelakkan man sewel...

###############

Aku mempunyai seorang Paktam yang bekerja sebagai pensyarah di UUM. Beliau adalah seorang Profesor. Aku tak ingat dia mengajar subjek ape kt UUM tu, tapi aku ingat tentang cerita dia tentang bagaimana seorang pelajar yg sanggup berbuat apa sahaja untuk lulus cemerlang.

Sebagai profesor yg berdedikasi dan berkaliber, sudah pastinya diadakan ujian/test untuk menguji pelajar2nya. maka diadakan satu ujian.

setelah tamat test, maka kertas jawapan dikumpulkan dan dia bawa balik untuk disemak. Dalam banyak2 kertas jawapan, ada satu yg menarik perhatian dia untuk menanda kertas itu terlebih dahulu.

Photobucket
Ini adalah kerana dalam kertas itu terselit 2 keping RM50 bersama nota kecil yang bertulis "RM1 untuk setiap 1 markah"

Korang tahu apa yang Pak Tam aku buat?

Dia memulangkan wang sebanyak RM66 kepada pelajar berkenaan...

hahahahaha... padan muda student tuh...

Nota kaki bucuk: ada sesetengah student tu berkata dia sanggup buat apa sahaja asalkan dapat keputusan cemerlang. Nak bagi duit lah, cuci kereta lecturer lah, dan lain2 offer yg diluar dugaan tapi jawapan yg sesuai untuk cemerlang adalah... STUDY... hahahahaha....

37 comments :: Kisah Exam...

  1. kite pon nak try hantar kertas kosong jugak laaa
    :))

  2. [anisahangtuah] nak kene tumbuk arr!!! hahahahahaha...

  3. sknag toyol sume ade kt U dh...pawang2 n bomoh2 sile amik perhatian..

  4. [hisham] hahahahaha... dah balik dah.. exam dah abih.. hahahahaha...

  5. hahaha!
    nnt cikgu kate kite meniru!!!
    bapak guling2 aku gelak~~~~

  6. [key] hahahahaha... ceritera dulu2...

  7. comel gile kot kisah ko time tadika tuh... LOL~

    p/s: explain yg pasal jawapan ada gambar gajah tu..

  8. adeh
    man sewel man sewel
    gile lawak member ko

  9. npe pkcik ko pulg kn 66 rgt je??

    nk taw2!!!

  10. bile standard diukur dngn exam
    camni la kan

    tp
    klu xdiukur dngn exam
    nak dngn ape lagi kan?

  11. hoho..
    main toyol2 lak..
    hikhik..

    tak merasa zaman cenggitu
    oh terasa bosan hidupku time exam

  12. hahahahahahaha
    sengal.

    nak hentam siap bawak abcd
    cesh!

  13. alo2...comelnye gi tumbuk kwn tu....hahahaha..pemikiran budak2...mmg gitu..

  14. btol2...dolu2,tyme skolah,pnah gak niru, tp x delah trok sgt..tiru 'manje2' g2..he3 then,blik umah gtau kt mak coz x sdap ati. mak pun gtau, jaw nnti x berkat....then, trus bhenti coz rse berslah.he3.

  15. bab tiru tu berulang kali aku baca sebab memang best la...hahahahha

  16. jgn main toyol..

    dulu ada jiran pernah terjatuhkan toyol dlm toilet, terus burn 1 semester..

  17. Oooo .. ko meniru, nanti aku bagi ko 0 markah. Eh eh sesuai pulak ngan kertas kosong yer!
    rm50? ada ka? kalau rm500 camner agaknya ya! keh keh kehhhhh!! jangan nakallllll!! Astagfirullah!!

  18. hehe...cite ko mse tadika sungguh comel. cite ko mase sek men, aku rase ko lg sewel drpd man sewel 2 sbnrnya... hahah...

  19. aku kalau boleh selagi ada kertas selagi t nam merapu menulis.. ha h aha

    x pernah terfikir nak hantar kertas kosong. ekekekeke

  20. [syamansor] hehehe.. aku memang chomel dulu2.. sekrg ni sepet cam cina..

    Paktam aku pulangkan RM66 coz student tu cuma dapat 34markah. dia bagi rm100 untuk 100 markah tapi dia cuma dapat 34 markah. hahahaha...

  21. [ahfatt] org sewel memang cam tu! hahahahaha....

  22. [aya harith] coz student tu cuma dapat 34markah jer.. hahahahaha.. dia ingat bg RM100 tu nk dpt 100 markah la... hahahahaha....

  23. [joegrimjoe] apa kata kita ukur ngan pembaris plak..hahahahaha...

    p/s: naper aku x bleh buka blog ko?

  24. [nur] hahahahaha.. idup mesti warna warni.. baru syyyoookkkk!!!! hahahahaaha....

  25. [zaradgreat] hehehehehe... ini kira bantuan talian hayat laa.. hahahaha..

  26. [lala] dulu tumbuk kawan kate comel.. skrg ni kalau tumbuk org.. tak pasal2 aku dicop org kelate.. hahahahaha....

  27. [peace89] hehehehe.. kalau meniru ni x de nyer rase bersalah... rasa kelakar plak bila diingat2kan semula..... hahahaha..

  28. [firol] ko cam terkenang kisah silam jer.. hehehehe.. ko meniru jugak ekk..hahahahaha....

  29. [nur sarah87] mane ade main toyol.. mane ade.. toyol tu yg mainkan kitaorg.. hahahahaaha...

  30. [precious] kalau RM500 maksudnya 1 markah= rm5 setiap markah... kita kira brape dia punya markah..pastu pulangkan bakinya.. jgn bg 100 markah plak.. haram!!! hahahahaha...

  31. [seimura] hahahahaha.. sewel..oh sewel... agak2 awek suke tak balak yg sewel? hahahahaha....

  32. [sitedi] jgn hantar kertas kosong.. nanti aku tumbok kang... hahahahaha...

  33. ape plak main rasuah2 plak.. adehlaa

  34. [pinkyLucia] tu la budak2 skrg.. pandai je main rasuah.. sebat kang baru tahu kan...

  35. lempang kang.. haha.. jngkit ngn lumut..

  36. [pinkyLucia] hahahaha.. bleh tahan garang minah nih.. hahahahaaha..

  37. garang2 itu hobi.. lalala~~