Sekarang ni banyak sangat pilihanraya kecil... esok orang sibu akan mengundi...
Orang hulu selangor dah buat pilihan dah...
korang perasan tak bila pilihanraya kecil DS Najib akan mengumumkan peruntukan untuk sekolah rendah jenis cina (SRKJC).
Kat hulu selangor SRKJC dapat RM3 juta walaupun dyorg nih x mengundi BN pun...
Kat sibu plak DS Najib bagi RM18 juta kepada SRKJC...
Apa yang cuba dibuktikan disini?
Apakah BN x buat kerja kat kementerian pelajaran ker?
Apakah BN nih terhutang budi dengan sahabat dari keturunan cina?
SRKJT (sekolah rendah kebangsaan jenis tamil) dah mula menjeling jeling...
Apakah yang cuba dihidu oleh Rakyat?
Apakah yang sedang disembunyi oleh anak-anak Cina?
Sibu dipenuhi oleh suku FuChow yang mewah dan kaya raya.
Mereka ini amat tidak wajar dibantu sedemikian rupa, kecuali bantu Rumah Anak-anak Yatim Sibu, Rumah Kebajikan Orang Tua Sibu, Tadika 1 Malaysia, Pusat Riadah 1 Malaysia Sibu, Sekolah-sekolah yang paling layak terima terutamanya di luar bandar di sibu, Elaun khas kepada guru-guru di Sibu yang sanggup bekerja lebih masa, atau pun semua Guru Agama Islam, Guru Agama Bukan Islam diberikan hadiah khas...
Sedarkah Kerajaan BN kerana bila saudara beriya dan bersungguh "promo" Geran RM3 juta dan RM18 juta untuk SRJKC, maka, SRJKT pun celik mata.
Mereka ini anak tiri ke?
Maka, Madrasah persendirian di Hulu Selangor dan Sibu juga akan CELIK?
Apakah madrasah dipencilkan, bukankah P. 12(2), P.153 juga terpakai?
Apakah mustahaknya jaga hati orang-orang kaya lebih baik daripada jaga perpaduan Rakyat Teramai dan Susah.
Doa siapa lebih makbul?
Orang susah, rajin solat, teraniaya dan terancam?
Apakah BN sudah menempah LIANG LAHAT pada PRU-13?
Gamaknya banyak langkah yang diambil tidak bistari dan lestari...
Siapa sebenarnya Penasihat Najib dan Muhyiddin ini?
Gagasan 1 Malaysia masih GAGAL diperturun ke akar umbi.
Gagasan Malaysia 1 sedang menjadi bahan jajaan jalanan.
Apakah Najib sedar, bulan Jun 2010 makin hampir.
Apakah Najib sedar, integriti pegawai awam di Cameron Highlands sedang digadai di kaki lima dan batas-batas kebun sayur?
Apakah Najib sedar bahawa kedudukan Rakyat yang makin resah, gelisah, gusar dengan teknik Geran RM18 juta?
Nampak sikit, tapi diomong dalam pilihanraya, amat tidak sesuai...
p/s: Ini adalah luahan seorang pemerhati politik dan juga seorang guru...
"SELAMAT HARI GURU, CIKGU"
HARAP MAKLUM ........
#########################################
Buat pembaca yang mahu meninggalkan komen, sila pastikan anda meninggalkan link blog anda dalam kotak komen DIQCUSS.
Terima kasih diatas sokongan anda....
kawie2020 team.
Buat pembaca yang mahu meninggalkan komen, sila pastikan anda meninggalkan link blog anda dalam kotak komen DIQCUSS.
Terima kasih diatas sokongan anda....
kawie2020 team.
blog comments powered by Disqus