HARAP MAKLUM ........

#########################################

Buat pembaca yang mahu meninggalkan komen, sila pastikan anda meninggalkan link blog anda dalam kotak komen DIQCUSS.


Terima kasih diatas sokongan anda....

kawie2020 team.

CINTA SUFI





Kawie menghabiskan masa 6 jam untuk membaca novel karangan Ramli Awang Murshid yang berjudul "CINTA SUFI".

terima kasih diucapkan pada cikgu aisyah kerana sudi meminjamkan novel ini untuk kawie.

Novel ini adalah kesinambungan daripada novel "BAGAIKAN PUTERI:, "CINTA SANG RATU" & "HIJAB SANG PENCINTA"



Cinta Sufi adalah sambungan trilogi "bagaikan puteri", dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik.



Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.

Kesinambungan ini berterusan lagi dengan novel "Cinta Sang Ratu" dan"Hijab Sang Pencinta" dan kini, " cinta Sufi".



Membaca novel2 ini membuatkan kawie rasa seperti menonton cerita-cerita epik seperti "Lord of The Ring", "Harry Porter" dan "Star Wars".

Watak2 seperti "Laksamana Sunan, Hang Tuah, Hang Lekir, Wali sufi, empayar melaka, majapahit dan juga Acheh seolah2 mengimbau mengimbau sejarah melayu yang teramat gah tetapi kini dipandang sepi oleh anak bangsa sendiri.

Pembacaan novel2 Ramli Awang Murshid ini juga telah menyebabkan kawie bersemangat untuk merungkai asal dan siapa bangsa melayu ini.

Dari pembacaan2 ini juga kawie mulai menemui bukti2 keagungan ketamadunan melayu itu sendiri yang berkait rapat dengan Islam dan Ahlul bait (keturunan Rasullulah s.a.w) di nusantara.

p/s: mula2 tuh kawie pernah terfikir dulu kalau empayar melaka itu hebat dan termasyhur, kenapa tiada peninggalan kota2 mahupun istana sultan melaka? kini alhamdullilah... kawie sudah menemui jawapannya.

kalau kawan2 berminat nak tahu cerita novel ini boleh kesini.
blog comments powered by Disqus