HARAP MAKLUM ........

#########################################

Buat pembaca yang mahu meninggalkan komen, sila pastikan anda meninggalkan link blog anda dalam kotak komen DIQCUSS.


Terima kasih diatas sokongan anda....

kawie2020 team.

SELAMAT HARI GURU, CIKGU....

Selepas subuh tadi dalam pukul 6.30 pagi tadi, kawie terima SMS ucapan selamat hari guru.

uissshhh... awalnya dapat sms hari ni... hehehhehehhe...

terus terimbau kenangan hari guru dalam hidup kawie nih...

Dulu waktu sekolah rendah, hari guru merupakan majlis yang dinanti2kan oleh kawie. waktu tuh kebiasaannya mesti ada kenduri kat sekolah dan yang best tuh x belajar hari tuh.

mesti ada majlis persembahan dari cikgu2 sekolah kawie tuh... hehhehehehhe... best tau tengok persembahan cikgu2 nih...

Kini, bila dah jadi cikgu, barulah kawie perasan, cikgu2 juga sendiri excited nak sambut hari guru nih...

kalau dulu kawie akan tengok persembahan cikgu2 tapi kali ni, kawie pulak akan buat persembahan untuk anak2 murid kawie... hehehhehehehehe...

Sebenarnya, guru kita terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat. kawan kita juga pernah menjadi guru secara tidak formal...

Ini adalah kerana kita sebagai manusia akan sentiasa belajar dan belajar sehingga kita menghembuskan nafas yang terakhir...

Bahkan aruah Bro Sham pun sendiri menjadi cikgu kepada kawie dalam dunia blog... al-fatihah untuk bro sham...

Kawie nak amik kesempatan ini nak ucapkan "SELAMAT HARI GURU" kepada semua cikgu2 yang pernah mengajar kawie terutamanya:

1. SEK. KEB. TUNJANG, JITRA
2. SEK. MEN. PULAU NYIOR, JITRA
3. SEK. MEN. JITRA
4. POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM, JITRA-PENSYARAH2 DIPLOMA AKAUNTANSI
5. UITM SHAH ALAM-PENSYARAH2 BACC
6. UITM SEKSYEN 17, SHAH ALAM-PENSYARAH2 ACCA
7. UNIVERSITY OF BRISTOL, UK- SCHOOL OF ECONOMICS, FINANCE AND MANAGEMENT
7. INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA-KAMPUS BAHASA MELAYU PANTAI DALAM- PENSYARAH2 PENDIDIKAN KHAS

dan juga kepada rakan2 guru kawie yang pernah mengajar dan masih mengajar di:

1. SEK. KEB. KILIM, LANGKAWI
2. SEK. MEN. KEB. AYER HANGAT, LANGKAWI
3. MRSM BITARA LANGKAWI
4. SEK. KEB. TAMAN BUNGA RAYA 1, BUKIT BERUNTUNG

dan juga kepada semua kawan2 di alam nyata mahupun di alam maya kerana menjadi guru kepada kawie secara tidak formal...

" SELAMAT HARI GURU, CIKGU"
blog comments powered by Disqus