HARAP MAKLUM ........

#########################################

Buat pembaca yang mahu meninggalkan komen, sila pastikan anda meninggalkan link blog anda dalam kotak komen DIQCUSS.


Terima kasih diatas sokongan anda....

kawie2020 team.

ALFATIHAH BUAT BRO SHAM, EX-HOUSEMATE, TOK GURU BLOG AKU DAN SAHABAT YG BERKUALITI...:(

Bro Sham: kawie, ko bila lagi nak update blog ko? aku rindu nak baca blog ko nih!!!

kata bro sham sambil menepuk bahu aku kat kantin sekolah...

kawie: ala bro... aku sibuk sangat nih.. ape2 pun pas 8hb aku akan aktif berblogging balik... esok pertandingan kawad kaki peringkat daerah, sabtu nih perasmian projek PPKI plak... kalut sungguh nih... dengan bakal isteri aku pun aku x sempat nak ber YM... ko rileks2 la dulu ek...

Aku terkilan!!!! Bro sham baru cakap ngan aku pukul 11.00 am tadi, Dalam pukul 3.00 Anhar call aku cakap bro sham accident...

Aku terkejut dapat berita nih... aku ingatkan accident biasa2 yang x teruk. Aku call kakak ipar bro sham, Kak Zie.

Kak Zie nangis2 dan cakap yg bro sham dah tak ade...

Aku kelu... Anhar ajak aku bergegas ke tempat kemalangan... dalam perjalanan hati aku berdebar2... doa aku agar berita tuh x benar...

sampai ditempat kejadian, hujan turun dengan lebatnya sekali. Aku lihat kereta bro sham remuk teruk. hati aku lagi bertambah sayu. sedih....

Aku jumpa cikgu bob yang sudah ada ditempat kejadian. begitu juga dengan cikgu suhaimi pagi dan cikgu suhaimi petang.

Aku dan Anhar bergegas terus ke kereta Bro Sham. Aku lihat dia kaku x bergerak....

benar.. benar... bro sham sudah meninggalkan kita... hati aku sayu dan sedih... aku baca al-fatihah berulang2 kali untuk bro sham.

Ada bloggers yang call aku nak confirm berita ini. Maaf aku x menjawab panggilan kalian. Aku sedih sehingga x boleh bercakap apatah lagi untuk menceritakan tentang bro sham....

Doakan untuk beliau ye kawan2...

Bro sham lah yang memperkenalkan blog pada aku...

Dialah pengomen pertama blog aku...

Dialah yang suruh aku masuk contest LUMUT dulu...

Dialah yang banyak memperkenalkan kawan2 bloggers untuk aku...

Dia banyak simpan rahsia aku dan kenal aku betul2...

Dialah rakan gaduh aku pasal isu politik tapi perselisihan kami membuatkan kami semakin rapat...

Kami menghadapi saat2 kering ditengah bulan bersama2 dan menghadapinya dengan sweet...

kami duduk bersemuka tetapi masih lagi berYM dan berbalas2 komen di blog2 pilihan kami...

Ramai yang tidak tahu kami serumah sebelum dia berkahwin...

kami berkongsi info pasal bloggers terutamanya awek2 bloggers...

Aku marah dia bila dia x komen blog aku dan dia marah aku kalau aku x komen blog dia sampaikan ia menjadi habit kami... kami sedar dan kami ketawa tentang habit baru kami itu...

Hampir sebulan lebih aku x berblogging. Bro sham kata dia sunyi bila aku x tulis n3. jadi dia pun malas nak berblogging gak. Dia akan masuk streamyx kat rumah baru dia bila aku aktif berblogging balik...

Aku terkilan sebab dia suruh aku menulis tentang sejarah realiti tapi aku blom sempat menulis lagi. Dia nak jadi pengomen pertama dan dia nak berbahas tentang isu tu ngan aku kat blog aku.

Tapi aku x sempat menulis... :(

Minggu lepas ko tanya aku kalau ko mati aku nangis x untuk ko? Aku cakap aku doakan untuk ko...

hakikatnya... aku nangis tadi... dan aku doakan untuk ko bro... kata itu kota...

Bro sham, ko adalah sahabat aku yang cukup berkualiti, sahabat sejati, mesra dan 1 kepala.

Aku sedih sebab ko dah pergi. Hampir sebulan aku x de ko utk gi surau sama2...

Allah sayangkan ko... Ko dah sempurnakan agama Allah dengan berkahwin...

Semoga Allah tempatkan ko dikalangan hamba2Nya yang Soleh...

p/s: jenazah bro sham dah selamat bersemadi lepas maghrib tadi. Urusannya sungguh lancar tadi. Semoga kita semua berdoa untuk arwah sham...
blog comments powered by Disqus