HARAP MAKLUM ........

#########################################

Buat pembaca yang mahu meninggalkan komen, sila pastikan anda meninggalkan link blog anda dalam kotak komen DIQCUSS.


Terima kasih diatas sokongan anda....

kawie2020 team.

Bukit Putus

bukit putus

Dulu boleh dikatakan setiap tahun aku akan pulang ke Rompin, Pahang. Kebiasaannya aku pulang dengan menaiki kereta. Dari kedah ke rompin memakan masa selama 12 jam. Aku selalu drive keta melalui highway utara selatan dan aku akan keluar ikut tol senawang, n9. Aku akan mengikut arah signboard ke Kuala Pilah. Dari tol senawang ke kuala pilah, aku akan menyusuri Bukit Putus. Jalannya agak berliku dan selekohnya berbelit dan bahaya. Selalu terjadinya kemalangan maut dan ngeri tambahan pula lori dan bas turut melalui jalan di bukit putus itu. apabila tiba disimpang kula pilah, sebelah kanan akan ke kuala pilah dan sebelah kiri akan ke Muadzam, bahau, felda kratong, akan boleh menembusi ke rompin. Perjalanannya jauh dan sunyi... kalau memandu diwaktu malam, lebih baik jangan berhenti kalau ada yg menhan keta kite... Bagi yangbiasa menggunakan jalan ini, mereka faham keadaan jalan dan suasana di bukit putus.


....................................................................................

Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.

Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…

” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…

Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…

Dia pun beranikan diri dan bertanya…

”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”
” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu
”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”
tanya lelaki tu lagi.
”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”
” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”
” Ehh takkan sampai seram… ”






“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”

Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya.

nota kaki bucuk: hahahahahahaha......

17 comments :: Bukit Putus

  1. baik pakai cl0r0x je...kui3

  2. hehehehehe
    giler arrrrrrrrrrrr bro...;p


    sakit pewut kite gelak!
    ;)

  3. [sharamli] ehhh.. dah balik dah.. dah x bz yer.. miss ur comment...

    [miezsha] hehehe....

  4. salam...breeze kotak kecik bape rm ek??syarikt breeze ptt amik citer ni wat iklan...pastu hang mnta royalti..ok ??

  5. [hisham] idea yg bernas tuh..hhehehehe

  6. ini iklan ker?
    kakaka

  7. hehe..
    nasib baik bkn hantu..eh..

  8. eh, bukit putos? mesti lalu bukit tu kalau ikot Mr Busyuk balik Kuala Pilah...

    depada pakai breeze color baru, elok jerk pakai vanish teros!!!

  9. pernah lalu cni..lalalalala

  10. jom join kat cni pula...lalalalalal


    http://www.catcheye.com.my/?r=3373

  11. huu..wangi erk breeze?

  12. [ah fatt] bukan iklan..kisah bonar..hahahaha...

  13. [solehah] ini bukan citer antu ler.. nanti i coba bawakan citer seram plak yer..hehehe...

    [rizwans sweetheart] kita ikut yg mrs wangi jer.. buchuk2 x mo lah..hehehe... varnish? kite suke breeze lg..klasik tau.

  14. [enasan] kite pon pernah lalu gak... ehh.. enasan pon nk ajak kite join advertisement gak... pandai yer..hahaha...

    [nursarah87] wangggiiiiiiiiiii..... sehingga menjilat jari.. ehh.. hantam sajalah labuuuu......

  15. lawak3..haha

  16. [manusia] mai gelak ramai2..hahahaha

  17. hahahha....gelak sambil guling2....hahahhahaha...bengong...hahahahah