HARAP MAKLUM ........
#########################################
Buat pembaca yang mahu meninggalkan komen, sila pastikan anda meninggalkan link blog anda dalam kotak komen DIQCUSS.
Terima kasih diatas sokongan anda....
kawie2020 team.
Buat pembaca yang mahu meninggalkan komen, sila pastikan anda meninggalkan link blog anda dalam kotak komen DIQCUSS.
Terima kasih diatas sokongan anda....
kawie2020 team.
Ujang....
Aku masih ingat lagi sejak sekolah rendah lagi aku memang minat baca majalah jenaka seperti gila-gila. Bila aku disekolah menengah, telah muncul satu majalah baru yang jadi popular kerana cerita cerita kartun yang best seperti aku budak hostel, lawak antarabangsa dan sbagainya. Majalah itu dikenali sebagai majalah Ujang. tapi bila aku mula sambung belajar buat diploma, aku amat meminati komik-komik seperti alam perwira, pedang setiawan, dewataraya dan yg sejenis dengannya. aku menjadi begitu kemaruk dgn komik2 ni sehingga tamat sarjana. Bila aku memasuki alam pekerjaan, minat itu sudah kurang. tidak semua majalah dan komik yg aku minat dibeli cuma ada beberapa yang masih aku follow. sekarang aku meminati komik2 yg berkisar tentang sejarah, negarawan seperti 'Romance of 3 kingdom' 'Shih Hwang Di' 'king solomon' Hercules dan sebagainya. Sehingga kini aku masih lagi menyimpan koleksi majalah2 yg aku beli sejak dulu hinggalah skrg nih.
********
Ketika aku belajar di universiti dulu, sudah pastinya aku bertemu dan berkenalan dengan ramai kawan2 yang datang dari pelbagai negeri di malaysia. ada yg dari utara, selatan, pantai barat dan negeri tempat aku belajar. pergaulan dengan kawan2 ini secara tak langsung kita dapat mengenali budaya, makanan, bahasa dari negeri2 di malaysia ini. adakalanya kita mengutuk kutuk member2 kita ini dan banyak masanya ada kejadian2 lucu yg timbul akibat perbezaan ini. Semua ini menjadikan hidup aku diwarnai dengan pelbagai warna dan ia cukup indah bila dikenangkan kembali. apatah lagi awek kita pula berasal dari negeri yg x sama dengan kita.
********
Kali ini aku x nak bercerita pasai percintaan. walaupon ia adalah topik yg popular dikalangan bloggers. Aku nak sentuh sikit tentang perbezaan dikalangan kita. Perbezaan ini mungkin menjadikan kita bertekak, bergaduh dan bermasam muka. Tetapi aku melihat perbezaan ini juga boleh merapatkan hubungan sesama manusia. Dan aku pula x nak bercerita tentang perbezaan fahaman politik kerana ia seperti tiada kesudahan dan ia bukanlah topik yg best dikalangan kawan2 bloggers aku. Kisah dibawah adalah kisah benar yang benar2 terjadi di universiti tempat aku belajar dulu...
********
Abu nih org Trengganu, manakala Amer ni org Kedah. Tinggal satu bilik..katil double decker.. Amer kat atas.. Abu kat bawah. Amer ni suker baca majalah dan komik.. si Abu lak suka pinjam.. belinya tidak. So, Amer ader sedikit bengang ler kat Abu ni. Kekadang.. majalah yg baru beli dan tak sempat nak baca lagi pun Abu dah kebas baca dulu.. bila kasi balik dah lasam dah.. tension Amer.
One day, Amer balik dari outing dan beli majalah UJANG. Siap cover tak kasi Abu ni nampak. Lepas basuh baju, kemas sedikit sebanyak dan siapkan homework.. dia pun nak rilek ler kat atas katil. Majalah UJANG bawah tilam pun dia bawa keluar. Elok jer dia baring.. baru buka mukasurat pertama.. Abu kat bawah dia bersuara..
” Amer.. nok ujang..”
“Nanti la jap.. aku baru jer nak baca..” jawab lembut jer Amer.
“Ameer.. nok ujang tu” Abu tak putus asa.
” Nanti la dulu.. bagi la aku baca dulu.. nanti abih aku bagi kat hang laa!” panas sikit Amer.
“Amer ! Nok ujang !! ” Suara Abu sedikit keras.
“Hang ni dah melampau.. kalau nak beli sendiri la.. apa.. hang ingat aku beli UJANG ni dengan duit bapak hang ka??”
Amer dah naik angin.. siap turun dari katil dia dah.
“Laaa.. aku kata tu.. haghi nok ujang tu.. mung basuh kaing.. kekgi basoh..” kecut jer Abu jawab..
Drummmmmm.. hujan pun turun dgn lebat.. Baju Amer kat ampaian pun basah kembali.
Nota kaki bucuk: Fahami loghat roomate anda hahahaha… dan perbezaan itu melucukan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kah3!
sengal!
rummate aku melaka.
aku pun melaka.
tade hal la kot.
hahaha
*majalah dulu2 cam 'perwira ape ntah' aku slalu pinjam abg aku je*
zhrhtoodem
October 23, 2009 at 12:43 AMhahahahaha...
sengal gilleee
kahkahkah
padan mukeeee
baju basaaaahhh
lalalalala
IkanMasin90(IM90)
October 23, 2009 at 12:57 AMsus0h d0p kalu dapat rumet h0k gini....
sus0h nak pehe kecek gap0...
hu3
sharamli
October 23, 2009 at 1:14 AM[zaradgreat] cube la jd best pren ngan org kedah ke, k'tan ke, ganu ke, mesti ade byk perkara lucu berlaku.. cube lah.. ko ade bc komik gak yer... hehehe...
kawie2020
October 23, 2009 at 1:30 AM[azza] hehehehe... fahami loghat roomate mu itu... kalau ade le... nanti baju x basah dah..hahahaha...
kawie2020
October 23, 2009 at 1:31 AM[sharamli] tu hok beh tuh.. tok pehe? hehehe..cari sendiri...
kawie2020
October 23, 2009 at 1:33 AMtu ler berkira sangat
kekeke
Anonymous
October 23, 2009 at 5:20 AMwuih...i org trg ok...ha3.tp,spanjg duk kt matrix or u,jrg ckp loghat trg ngan bdk2 luar.
takut jd cm abu n amer nh la...he3...cian si abu, xpsal2 kna marah...org ganu mmg besh!!!!
Farhana Kamaruzaman
October 23, 2009 at 8:01 AMhehe..tu la kan..sesuka nak marah2..kan dah kene..
Solehah
October 23, 2009 at 9:22 AMyg penting cool bro..
jgn cepat marah sangat..
huhu
Azuan
October 23, 2009 at 9:59 AM{ahfat & solehah} betui tuuu...hehehehe...
[peace 89] neng..neng..neng.. ganu kiter...
[manusia] biase le tuh manusia..nama pon dh manusia..hehehehe
kawie2020
October 23, 2009 at 4:21 PMsalam en kawie
muahahhahahha
saya pahang, sebab saya org teganu gok, kehkehkeh...
lawoks lawok..
teringat lak saya kisah saya dgn sepupu saya org kelantan,
dimajlis kawin sepupu.
sedang saya sukat beras dalam besin, sepupu saya org kelantan tuh cakap:
bo la..
saya teruskan jer bubuh beras dalam besin.
dia cakap lagi: bo la
saya ingat dia kata: bubuh la lagi,
saya terus je bubuh
pastu dia ketuk tangan saya, dan jerit: booooooo la!!
saya terpinga2.
saya kata: apa nih? kan suruh bubuh lagi?
dia kata: aku suruh bo la, dah la, cukup la........
muahahhahah
sejak tuh i faham la maksud bo la. ekekek
tq kiwi singgah umah biru dan komen
salam perkenalan
CITY®
October 23, 2009 at 5:12 PMSAMAPI BASAH BAJU:) hang wat gapo kawie??
LALALALA
MOMMY CGG
October 23, 2009 at 5:16 PMkahkahkah!
tergelak den baca..huu
Ibu Ammar
October 23, 2009 at 9:49 PM[bluecity] hehehe..perbezaan tu memang mengundang kelucuan kan...
[miez hanem] cheq x buat apa2 ehh... basah tu sikit2 jaa... hahahahaha....
[nursarah87] ekau golak tu ala cem gabang x? kikikiki...
kawie2020
October 24, 2009 at 12:06 AMhehe..
lawak pula baca..
susah juga kalo berlainan loghat ni
hikhik
NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR)
October 24, 2009 at 7:29 AM[nur] x susah nur.. cuma lebih banyak keistimewaannya..hehehe..
kawie2020
October 24, 2009 at 5:49 PMhahahhaha
nak ujan rupenyer...:)
apa daaaaaaaaaaaaa
hihihihh
Puan Ninie
October 24, 2009 at 6:14 PM[miezsha]nok ujang lo...
kawie2020
October 24, 2009 at 7:11 PMbro...byk name watak dlm post2 ko kbanyakkn namenye pak abu or abu...ko ske ke name nie??apekata klu ko tukar name blog ko ABU2020
hisham
October 24, 2009 at 10:36 PM[hisham] hehehe.. perasan plak ko yer... tokwan aku x reti nk panggil nama sebenar aku iaitu gary, so dia panggil la aku abu.. tu yg aku suka ngan abu tuh... hahahahaha...
kawie2020
October 27, 2009 at 12:31 AMrumetku juga org ganu!!!!
mula2 mmg pyh nk phm...tapi dh lame2 baru rs ok...hahahahah
Lala
October 28, 2009 at 4:43 PM