HARAP MAKLUM ........

#########################################

Buat pembaca yang mahu meninggalkan komen, sila pastikan anda meninggalkan link blog anda dalam kotak komen DIQCUSS.


Terima kasih diatas sokongan anda....

kawie2020 team.

ABAH KU SAYANG...

N3 kali ini adalah berkenaan abah kawie. Ini bertujuan untuk memasuki contest yang dianjurkan oleh Bard.

Terima kasih kepada Jard, Farhana dan JoeGrimJow (x dpt link kerana account suspend) yang memberi info tentang contest ini.



Setelah kawie dilahirkan di Hospital Besar Alor Setar, kawie telah dibesarkan oleh tokwan dan tok kawie disebuah tempat yang diberi nama "MEGAT DEWA".

Ketika kawie berumur 7 tahun, barulah kawie kembali ke pangkuan mak dan abah kawie. Abah kawie adalah seorang tentera dan mak kawie adalah seorang guru ketika itu. Sekarang ini mereka sudahpun bersara.

abah n mama

Tetapi ketika itu kawie amat jarang berjumpa dengan abah kerana abah sering kali bertugas diluar sehinggakan dalam setahun hanya 4-5 kali kawie akan bertemu dengan abah kawie.

Bila abah kawie bercuti, itulah saat2 yang paling menggembirakan kawie kerana abah kawie akan membawa kawie dan adik beradik kawie berjalan2 ke bandar ataupun ke rumah saudara mara...

Yang paling best adalah abah kawie selalu akan membeli ayam KFC untuk kami sekeluarga... itulah saat yang menggembirakan bagi kawie dan adik beradik kawie yang lain.

Ketika kecil, kawie dikatakan mirip abah kawie, wajah, susuk tubuh, perangai dan juga cara tidur. Perkara ini kerap kali disebut oleh tokwan, tok dan juga mak kawie sendiri.

carl

Photobucket

Kerana itu kawie agak mesra dengan abah kawie ketika kecil.

Pada suatu hari, abah kawie pulang kerumah kerana bercuti... waktu tu kawie berumur 7 tahun. kawie paling gembira kerana asyik terbayangkan abah dan juga ayam KFC... hehehehehhehe....

Photobucket

Abah pulang dan kami sekeluarga menyambut abah dengan gembira sekali maklumlah setelah sekian lama x berjumpa abah...

Malam itu sambil makan ayam KFC, mak kawie bercerita tentang kawie pada abah kawie...

"Adik tu sekarang dah pandai tulis surat cinta dan pos surat cinta... tapikan surat cinta tu untuk diri dia sendiri... hahahhahahahha.." kata mak kawie sambil ketawa....

" yelah... dah tak ada org nak bg surat cinta kat adik.. adik buatlah sendiri dan pos kat adik sendiri.." jawab kawie dengan sedikit malu...

"hahahahahhaha.... pandailah adik ni... nanti abah ajar cara2 mengorat pulak naaa... hahahahhahahaha" Abah kawie membalas dengan rianya...

"Adik ni sekarang dah pandai menulis, membaca... kalau nak suruh adik pergi kekedai, tulis jer, adik akan beli apa yg mak tulis... baguslah anak abah nih" puji mak kawie lagi...

" oooo... kalau macam tuh nanti abah suruh adik beli barang kat abah pulak ya... hehehehhehehe..." kata abah sambil menepuk2 kepala kawie....

kawie ketika itu masih lagi dalam mood mengunyah ayam KFC... nyam..nyam...nyam... hehehehhehehe...

Photobucket

Pada pagi esoknya, abah bagi kertas yang ditulis barang2 keperluan abah untuk kawie belikan di kedai runcit seperti:

1. Pisau cukur cap buaya

2. Rokok daun

3. Tembakau

4. surat khabar

5. rokok moore yang berwarna merah

6. Aiskrim malaysia untuk adik

Dan kawie dengan gembiranya pergi kekedai Chong kat kampung untuk membeli barang2 abah... laju betul kawie mengayuh basikal dan selepas membeli kawie pulang segera....

Photobucket

"Abah.. abah... Chong cakap x cukup duit laaa... tapi dia bagi hutang dulu... ni barang-barang abah... hehehehhehehe.." jerit kawie sebelum parking basikal lagi...

" isk.. pasal apa x cukup duit, kan abah bagi sepuluh ringgit tuh.. mesti lebih nih..." kata abah kehairanan...

" betul la abah.. cuba abah tengok nih... (sambil kawie mengeluarkan barang2 dari beg palstik)

pisau cukur cap buaya satu...

rokok daun dua...

tembakau tiga bungkus...

surat khabar ada empat nih...

rokok merah abah ni lima bungkus...

ais krim malaysia ni ada enam....

mana cukup duit abah nih.... adik beli seperti yg abah tulis laaa... 1 pisau cukur, 2 rokok daun, 3 bungkus tembakau.... kata kawie yg bersungguh2 menunjuk dan mengira barang2 yang dibeli.....

"Bertuah punya budak... hahahahhahahahahha" abah kawie ketawa sehingga keluar air mata....

dan kawie kehairanan ke"innosen"an nya.... hehehhehehehehhehe....

contest ayahku sayang


Kawie sayang Abah kerana abah adalah satu-satunya abah kawie dan tiada sesiapa pun yang boleh menggantikan abah...:)

blog comments powered by Disqus