Kawie telah DELETE Blog kawie2020. Maafkan kawie kerana tidak dapat menyajikan lagi n3 yang membuatkan kawan2 tersenyum dalam tempoh itu.
Ada yang mencari kawie, ada yang sibuk bertanyakan tentang kawie, dan ada juga yang mahu tahu kenapa kawie berhenti berblogging..
Sebenarnya tindakan kawie ini tiada kaitan dengan kawan2 bloggers. Kawie tidak merajuk dengan sesiapa pun. Kawie ok jer dan waktu Jard call kawie malam tuh nk tahu kenapa dengan kawie nak stop berblogging, kawie masih lagi ketawa manis ketika perbualan telefon itu.
Kerana itu Jard telah memberi komen di blog kawie2020 dan blog Bro Sham sebagai "MENGADA!!!!"
Sebenarnya kawie DELETE blog kawie2020 kerana permintaan mak kawie. Mak Kawie mempunyai rasionalnya untuk meminta kawie membuat tindakan itu.
Mak kawie kata kawie telah menghabiskan masa yang begitu banyak didepan lappy sehinggakan tiada masa bersosial untuk keluar dating ngan Jard mahupun blogger2 yang lain.
Maafkan kawie kerana tindakan kawie ini. Bagi kawie mak kawie adalah segala2nya dan arahan mak kawie mestilah dipatuhi.
Terima kasih diatas sokongan kawan2 selama ini.
###########################################################
Walau bagaimana pun pada tanggal 12hb Januari 2010, kawie telah menerima kebenaran untuk berblogging balik dari mak kawie..
Mak kawie sebenarnya tak sangka bahawa kawie akan delete blog kawie2020, tetapi mak kawie suruh adik kawie untuk memastikan sama ada blog ini sudah di delete atau x...
Bila adik kawie cakap blog sudah didelete, mak kawie rasa serba salah plak, so mak kawie pun bagilah kebenaran kepada kawie untuk berblogging semula ataupun tidak.. keputusannya ditangan kawie...
Keputusannya adalah Blog kawie2020 dibuka semula...
###########################################################
N3 kali ini berkenaan ibu...
Syafiq sedang meneliti barang-barang yg hendak dibelinya di sebuah supermarket.
Ketika asyik dia membelek2 barang, syafiq perasan yg ade seorang makcik tua asyik memerhatikan syafiq. Syafiq pergi kebahagian lain bagi mengelakkan makcik tersebut.
Tapi makcik tu asyik mengekori syafiq dan terus memerhatikan syafiq. Syafiq rasa tidak selesa dan tidak dapat menahan diri lalu bersemuka dengan makcik tu..
"errr.. makcik, maafkan saya yer, kenapa makcik ni asyik mengekori dan memerhatikan saya sajer?" Syafiq bercakap dengan nada bersopan...
"owh... anak perasan ek... maafkan makcik yer.. rupa anak ni cam rupa anak makcik yang sudah meninggal dunia, tu yg makcik hairan tuh kerana rupa anak memang seiras dengan anak makcik tuh" makcik itu mula tersedu sedan kesedihan...
Kerana kasihankan makcik itu, maka Syafiq pun menemankan makcik itu membeli belah di supermarket itu. Tujuan Syafiq adalah untuk menggembirakan makcik yg kehilangan anak itu.
Setelah itu, mereka beratur untuk membayar barang-barang yang diambil tadi... lalu makcik itu berbisik kepada Syafiq...
"nak.. bleh tak anak panggil makcik mak.. makcik rindu sgt panggilan mak kat makcik.. lepas makcik bayar, anak panggillah makcik mak yer sebelum kita berpisah" ujar makcik tadi...
" Baiklah mak, saya akan panggil mak sekarang ini juga" jawab Syafiq dengan penuh keikhlasan...
Selepas giliran makcik tu dikaunter, Syafiq berkata kepada makcik tuh...
"Mak jalan elok-elok naa... Jaga diri yer" kata Syafiq sambil mencium tangan makcik itu...
Makcik itu kelihatan sungguh gembira, memeluk Syafiq dan berjalan sambil melambaikan tangan kepada Syafiq...
Syafiq berasa gembira kerana berjaya membuatkan makcik tadi gembira dan melepaskan kerinduan kepada anaknya...
"Semuanya RM324.50 encik" kata cashier yg berada dikaunter tuh..
Syafiq terkejut...
"kenapa mahal sgt nih, saya cuma membeli kicap dan sos cili jer, takkan sampai RM300 lebih kot" Syafiq mula tidak berpuas hati pada cashier tuh...
"errr... Mak encik kata encik akan bayar untuk dia... jadi saya kira semuanya sekali lah" Penjelasan dari cashier tuh...
"@##$%^&**&^%$#$%^^%$@.... Hampeh tol... Sah sah aku terkena nih" maki Syafiq didalam hatinya...
p/s: Hati-hati dengan ibu ayam... hehehehehhehehe