Ketika Alif sudah sampai ke kedai mamak, Alif terpandang seorang lelaki tua yg sedang menangis... Alif berasa kasihan melihat orang tua itu... Agakkan Alif mesti org tua itu berumur 70 -80 tahun.
Orang tua itu berpakaian kemas dan segak cuma dia kelihatan agak tua walaupun pandai bergaya diusia begini...
Lalu Alif menegur org tua yg sedang menangis itu...
Alif: Pakcik... ade yang tak kene ke? kenapa pakcik menangis nih?
Pakcik: Pakcik ade isteri muda yg berumur 22 tahun. Pakcik jumpe dy kat kedai mamak ni lah... kami br je kawin 3 bulan lepas... huhuhuhuhu...
Alif: habis tuh, kenape pakcik menangis nih?
Pakcik: Bini pakcik tu selalu buat breakfast kt pakcik, dia cantik, baik dan layan pakcik dengan baik sekali... huhuhuhuhu...
Alif: saya tak faham.. adakah bini pakcik buatkan pakcik menangis nih...
Pakcik: Bini pakcik selalu masakkan sup diwaktu tengah hari.. dia suapkan pakcik makan, pastu dia akan bermanja2 dengan pakcik sampai ke petang.. pastu kami akan mandi bersama untuk segarkan badan... huhuhuhuhu...
Alif: Abis tuh, bini pakcik tu bak org nyer.. tapi kenapa pakcik dok menangis kat sini nih.... ramai org dok tgk pakcik skrg nih....
Pakcik: bila malam, kami akan makan bersama2.. dia suap kan pakcik lagi... kami akan solat berjemaah bersama2.. pastu kami akan bermesra2 lagi sehingga tengah malam... dia akan pastikan pakcik tido dulu pastu barulah dy akan tido sambil memeluk pakcik... huhuhuhuhuhu....
Alif: Abis tuh kenapa pakcik menangis.. cuba pakcik cakap elok2 kt saya... kot2 saya boleh tolong pakcik....
Pakcik: kerana kerap bermesra2... sekarang ni bini pakcik dah mengandung... dia mengidam roti pisang mamak, jadi pakcik pun belikan lah kat dia...huhuhuhuhuhu.... (sambil menunjukkan roti pisang kat alif)...
Alif: Baik lah pakcik nih... sanggup bersusah payah untuk isteri tercinta... tapi saya tak faham kenapa pakcik menangis kat sini pulak....
Pakcik: waaahhhhhhh... huhuhuhuhuhuhuhuhu... (pakcik itu menangis lebih kuat dari tadi sehinggakan semua org memandang kearah pakcik itu)
Orang ramai mula memandang serong kepada Aliff kerana menyangkakan Alif mahu membuang ayahnya ditepi kedai mamak...
pakcik: HUAHUAHUAHUAHUAHUAHUAHUA... PAKCIK TAK INGAT PAKCIK TINGGAL KAT MANA...HUAHUAHUAHUAHUAHUAHAUAHUA.....
p/s: pastikan anda mempunyai dokumen pengenalan diri bila keluar rumah... hehehehehhehe...